Lukisan Mural Wajah Kesayangan Malaysia Diconteng, Ini Titah Sultan Selangor
Lukisan Mural Wajah Kesayangan Malaysia Diconteng, Ini Titah Sultan Selangor yang tampak murka dengan kejadian vendalisme yang berlaku semalam.
Kejadian disedari oleh seorang penuntut tempatan yang melalui kawasan tersebut pada jam 7 pagi. Melihat paparan lukisan itu dicemari dengan kata-kata kesat, beliau terus menghubungi pelukis.
Dalam setengah jam kemudian pelukis terus datang ke tempat kejadian untuk melihat sendiri kejadian menyedihkan itu.
Pelukis tersebut, Muhamad Firdaus Nordin berkata selain ada yang menghubunginya untuk memberitahu mengenai kejadian itu, dia juga ada terlihat video dan gambar yang dihantar dalam group whatsapp dan sudah tular di media sosial.
Sampai sahaja ke tempat kejadian, lukisan sudah ditutup dengan kanvas dan sudah ada tali penghadang DILARANG MASUK yang telah diletakkan oleh Pihak Berkuasa. Turut ada di sana ketika itu orang awam , Majlis Bandaraya Shah Alam dan pihak polis.
Ternyata kelakuan vandalisme ini bukan sahaja menyedihkan ramai pihak malah turut mengundang rasa murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddun Idris Shah Alhaj.
Baginda yang melahirkan rasa murka dan sangat dukacita dengan kejadian vandalisme terhadap mural pemimpin negara yang berlaku di Taman Cahaya Alam dekat Sesyen U12 ini.
Titah baginda, contengan kata-kata kesat di atas lukisan mural gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan serta beberapa pemimpin lain itu sebagai perbuatan yang sangat biadap.

TANGKAP DAN HUKUM SEGERA!
Baginda turut meluahkan rasa kesal dan kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni ini berlaku di Negeri Pemerintahan Baginda iaitu Selangor Darul Ehsan. Baginda mengharga karya seni pelukis tempatan seumpamanya.
Titah Baginda lagi, kelakuan ini tidak lah dilakukan oleh orang yang kurang siuman atau budak-budak nakal. Akan tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian.
Baginda berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan!
Ditanya kepada pelukis sekiranya ada mengesyaki sesiapa, Muhamd Firdaus berkata dia tidak mengesyaki ada pihak yang tidak berpuas hati mengenai karya seni itu susulan ia menjadi tular.
Malah sebelum ini Yang Dipertuan Agong, Ketua Menteri Kesihatan sendiri ada datang melawat mural berkenaan. Namun, katanya lagi selepas kedatangan pemimpin dan ahli politik ke Kawasan berkenaan semalam, terdapat beberapa komen berbaur politik yang dibaca di berita semalam.
Lebih kurang jam 10.50 pagi, kelihatan para pelukis membantu Pihak Berkuasa untuk mengecat semula dinding berkenaan kepada warna putih.
Ketua Bahagian Karporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata tindakan menconteng lukisan mural di Kawasan komersial tersebut adalah tindakan tidak bertanggungjawab.
Baca juga > Tarikh Rasmi Bayaran Baki BSH Fasa 3
MBSA memandang serious perkara ini. Dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Seksyen 6 berhubung kes contengan ini.
Menurut Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata dalam kenyatanya mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan dan akan menjalankan siasatan lanjut mengenai hal itu.
Sekiranya disabitkan kesalahan, memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Lukisan Mural Wajah Kesayangan Malaysia Diconteng, Ini Titah Sultan Selangor
Lukisan Mural yang dihasilkan tersebut diabadikan sebagai menghargai peranan dan sumbangan semua pihak khususnya pemimpin negara yang bekerja keras dan komited dalam menangani wabak Covid-19.
Antara wajah yang dilukis itu adalah wajah Yang diPertuan Agong Malaysia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Dato’Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah, Dato’ Sri Ismail Sabri, Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, dan Yang Berhormat Senator Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Alangkah sayangnya lukisan mural yang cantik dilukis ini terpaksa dipadam kerana kejahatan tangan manusia tidak bertanggungjawab.
Bukan hanya para pemimpin, bahkan seluruh rakyat Malaysia turut melemparkan tohmahan dan mengutuk tindakan kejahatan ini. Dari sisi CCTV yang dilihat, dua orang wanita yang dilihat melakukan perkara ini.
Semoga semua orang dapat membantu pihak polis dalam memberkas mereka ini dan pengajaran dapat diberikan dengan hukuman yang sewajarnya.
Kepada yang ada maklumat terkini dan untuk disalurkan kepada pihak polis mengenai pelaku, boleh terus hubungi Asisten Superitendan Yong Meng Heng di talian 019-5753399 atau balai berhampiran.