Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah 2020

0 699

Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Dan Teks Khutbah 2020. “ Berbeza Namun Bermakna” itulah tajuk khutbah Aidilfitri untuk tahun ini 2020.

Pada tahun ini, sambutan Aidilfitri disambut agak berbeza dari tahun-tahun yang sebelum ini. Namun, sudah pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.

Esok 1 Syawal yang jatuh pada 24 Mei 2020, maka umat Islam meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa sepanjang Bulan Ramadhan.

Sungguh pantas masa yang berlalu, sekejap sahaja berlalu sebulan dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Maka, esok walaupun masih dalam tempoh PKP ini khutbah raya tetap akan berlangsung dan akan dibacakan oleh Imam di rumah masing-masing.

Solat Sunat Aidilfitri dibenarkan tapi ianya terhad kepada beberapa orang yang dibenarkan sahaja mengikut masjid di kawasan masing – masing.

Oleh yang demikian, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan SOP tatacara dan syarat untuk mereka yang dibenarkan solat di masjid. Dan juga teks khutbah untuk para imam bacakan di rumah sendiri.

SOP SOLAT DI MASJID

Berikut adalah SOP yang dikenakan kepada mereka yang akan solat di masjid.

  • Melaksanakan jarakan sosial di dalam dan luar masjid
  • Jarak antara ahli jemaah adalah 1 meter dan wajib memakai penutup hidung dan mulut
  • Cara masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan beratur serta menjaga pergerakan
  • Jemaah yang menghidap penyakit kronik, yang berumur 70 tahun ke atas, serta kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah TIDAK DIBENARKAN untuk menyertai jemaah di masjid.
  • Semua jemaah yang hadir hendaklah berwudhuk di rumah dan membawa sejadah masing-masing dari rumah
  • Jemaah hendaklah terus bersurai sesudah solat dalam keadaan tenang.
  • Tidak dibenarkan berkumpul baik di dalam atau di luar masjid sesudah solat

Dr Zulkifli selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut menggariskan saranan tambahan kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri untuk :

→ Mengadakan kaunter di pintu masuk yang dihadkan bilangannya bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah

→ Melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wudhuk sebelum dan selepas solat

→ Penggunaan tandas juga perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa

→ Ahli Jemaah WAJIB membawa kad pengenalan diri. Jika Gagal, ahli jemaah harus diarah pulang. Kehadiran direkodkan dalam buku kehadiran.

→ Pintu masjid akan dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan.

SUMBER : BERNAMA

PANDUAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI RUMAH BAGI TAHUN 2020

Tahun ini merupakan tahun pertama solat sunat dan khutbah Aidilfitri dilakukan di rumah masing-masing.

Hal ini berikutan Pendemik Virus Covid -19 yang cukup hebat penularannya sehingga menjejaskan pelbagai institusi baik pendidikan, rumah agama dan juga ekonomi negara.

Turut terjejas surau dan masjid yang merupakan tempat ibadah umat Islam. Oleh yang demikian, tahun pertama ini satu norma baru yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan kita.

Semoga wabak ini diangkat dan kita boleh kembali mengerjakan solat di masjid dan surau seperti sedia kala.

Panduan Solat Sunat Aidilfitri  Di Rumah Dan Teks Khutbah 2020

TEKS BACAAN KHUTBAH SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFIRTI 1441H ( 24 Mei 2020 )

Berikut ini kami kongsikan teks bacaan khutbah untuk solat sunat Aidilfitri 1441H bersamaan 24 Mei 2020. Boleh lah di cetak untuk dibaca pada keesokan pagi.

Panduan Solat Sunat Aidilfitri  Di Rumah Dan Teks Khutbah 2020
Panduan Solat Sunat Aidilfitri  Di Rumah Dan Teks Khutbah 2020
Panduan Solat Sunat Aidilfitri  Di Rumah Dan Teks Khutbah 2020
Panduan Solat Sunat Aidilfitri  Di Rumah Dan Teks Khutbah 2020
Panduan Solat Sunat Aidilfitri  Di Rumah Dan Teks Khutbah 2020
Panduan Solat Sunat Aidilfitri  Di Rumah Dan Teks Khutbah 2020
Panduan Solat Sunat Aidilfitri  Di Rumah Dan Teks Khutbah 2020

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Dan sebelum berakhir, kami dari team Akses Info mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Inilah Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Dan Teks Khutbah 2020. Semoga tahun ini merupakan tahun pertama dan terakhir kita beraya dalam keadaan yang masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber : JAKIM

* http://www.islam.gov.my/images/documents/Kit_Panduan_Hari_Raya_Di_Rumah.pdf

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.