Pembayaran BSH Tidak Seperti Yang Diharapkan? Ini Puncanya Kenapa. Bermula semalam, orang ramai sudah mula memuat naik status gembira tentang pembayaran Bantuan Sara Hidup yang sudah diterima.
Dengan kategori yang disenaraikan, golongan pertama yang merupakan golongan isi rumah rata-rata meluahkan rasa syukur kerana sudah menerima pembayaran tersebut.
Walaupun baru-baru ini pihak Menteri Kewangan mengumumkan pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa 3 ini akan mula diagihkan pada 24 Julai iaitu Jumaat ini, namun sudah ada yang menerima selepas membuat semakan secara atas talian ke akaun masing-masing.
Sebelum ini, tular di laman Facebook mengenai pembayaran BSH Fasa 3 ini, sudah boleh dituntut secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 22 Julai 2020 (Rabu).
Ternyata bukan sahaja tuntutan secara tunai, tetapi pembayaran terus ke akaun bank juga sudah mula masuk mulai 22 Julai 2020.
ALHAMDULILLAH, SAYA DAH TERIMA BSH FASA 3
Pelbagai perkongsian yang kami terima dari laman Facebook mengenai pembayaran ini. Namun, seperti yang dimaklumkan sebelum ini juga pembayaran dibuat secara berperingkat dan bermula dengan golongan isi rumah terlebih dahulu.
Tapi, ramai yang mula risau kerana status mereka di portal Bantuan Sara Hidup telah bertukar kepada sebaliknya. Ini memberi tekanan kepada mereka yang sentiasa menunggu bantuan ini dan terus terusan bertanya mengenai status mereka.
Sejak selesai pembayaran FASA 2 sebelum ini, semua status penerima ditukarkan kepada “Kelulusan akan dimaklumkan” oleh pihak Bantuan Sara Hidup. Selepas mendapat keterangan daripada pihak BSH, mereka maklumkan hal ini kerana TIDAK SEMUA penerima FASA 1 dan FASA 2 yang akan layak menerima FASA 3 ini.
Namun, rayuan akan dibuka dan kelulusan akan dipertimbangkan. Oleh itu, jangan risau sekiranya status kita bertukar kepada Tidak Lulus atau Tiada Rekod dan sebagainya. Pada 7 Ogos nanti, rayuan akan dibuka dan kita boleh membuat permohonan rayuan.
Baca juga >> Daftar Bantuan Ibu Tunggal RM300 kepada yang layak
PEMBAYARAN TAK SAMA WALAUPUN GAJI BAWAH RM2000
Bukan satu tapi ada beberapa kes yang berlaku di mana pembayaran BSH yang diterima tidak sama seperti yang dimaklumkan dan dijanjikan pihak BSH.
Setelah diteliti, terdapat beberapa kes dimana terdapat pengguna yang salah buat kiraan dan pengurangan daripada LHDN sendiri.
Ada pengguna yang mengharapkan jumlah yang diperolehi FASA 3 ini merupakan jumlah keseluruhan termasuk FASA 1 dan FASA 2 sedangkan SUDAH diterima sebelum ini. Namun, bagi mereka yang layak, tetapi BELUM mendapat BSH di FASA 1 dan 2, akan diberikan SEKALIGUS.
Ada juga kes, di mana penerima mengharapkan bayaran tambahan dengan jumlah SETIAP anak yang mereka ada. Hakikatnya, bayaran tambahan untuk anak adalah untuk :
- ANAK YANG LAYAK (Bawah 18 TAHUN)
- 4 ORANG ANAK SAHAJA (Maksima)
Tidak kurang juga bila mana ada yang memuat naik status tidak faham dengan kiraan, ada yang mengatakan bayaran berperingkat namun ternyata ia tidak benar sama sekali.
Ia dijelaskan bila mana salah seorang pengguna terus menghubungi pihak LHDN untuk mendapatkan jawapan.
“Teka teki saya dah terjawab. Pagi-pagi dah call LHDN. Tanya kenapa saya dapat BSH kurang. Kalau diikutkan gaji atas RM2000 (yang diterima). Sedangkan gaji bawah RM2000..
Rupa-rupanya LHDN ikut potongan KWSP. Sebab gaji husband campur elaun tetap dengan OT semua dah RM2600 (atas RM2k). Jadi dia ikut pendapatan kasar. Tak ikut basic dah. Sistem dah berubah. Apa-apa pun Alhamdulillah. Dapat Juga. Rezeki.”
Dengan penjelasan ini turut melegakan beberapa penerima lain yang hairan bila menerima pembayaran yang kurang dari kiraan asal.
CARA BUAT SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA HIDUP FASA 3
Berikut ini saya kongsikan bagaimana cara nak buat semakan status BSH ini
STEP 1 – Layari laman web Bantuan Sara Hidup
STEP 2 – Klik Semak Status Permohonan
STEP 3 – Masukkan Nombor Kad Pengenalan
STEP 4 – Masukkan CAPTCHA yang disediakan
STEP 5- Semak status Kelulusan dan Jumlah Keseluruhan dan Jumlah Bakal Diterima (Terdapat beberapa version, ada yang lengkap dengan jumlah tambahan anak)
Kepada yang mempunyai masalah-masalah lain, boleh hubungi pihak LHDN (BSH) yang mengendalikan kes Bantuan Sara Hidup ini.
Terdapat beberapa talian penting yang boleh kita hubungi bagi memastikan status pembayaran kita. Apa-apa pun, boleh tunggu sehingga kemasukan 24 Julai ini terlebih dahulu sebelum membuat pertanyaan.
- Layari laman sesawang https://bsh.hasil.gov.my
- Hubungi LHDN di hotline BSH (1-800-88-2747)
- Pusat Hubungan Pelanggan BSN (1-300-88-1900)
Kami di Akses Info mengucapkan TAHNIAH kepada yang sudah menerima pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa 3 ini. Dan semoga bantaun ini dapat meringan sedikit bebanan yang ditanggung.
Sekiranya belum, jangan berputus asa dan buat rayuan yang akan dibuka pada 7 Ogos nanti. Semoga dengan perkongsian daripada artikel Pembayaran BSH Tidak Seperti Yang Diharapkan? Ini Puncanya Kenapa ini dapatlah memberi jawapan kepada persoalan yang mengganggu fikiran.