PERMOHONAN GAGAL DI FASA 3 INI JAWAPAN PIHAK LHDN

0 15,881

Permohonan Gagal di Fasa 3, Ini Jawapan Pihak LHDN. Ramai yang tertanya-tanya mengenai permohonan mereka yang tiba-tiba gagal untuk bantuan BSH Fasa 3.

Tidak senang duduk rasa bila nama kita yang tersenarai dalam pemberian BSH Fasa 1 dan Fasa 2, tiba-tiba digugurkan untuk fasa seterusnya.

Setiap permohonan yang ditolak ini sudah ditapis oleh Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengikut kepada data semasa selepas kemaskini yang dibuat.

Jadi, ianya tidak lah berlaku secara tiba-tiba. Tambahan pula, memang setiap tahun berlaku perkara yang sama di mana ada kegagalan dalam permohonan,

Bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)  2020 ini, terdapat 3 Fasa seperti sebelum ini. Namun untuk Fasa ketiga ada yang permohonannya dibatalkan untuk penerima bantuan ini.

Tarikh kemaskini yang mestilah dilakukan oleh penerima BSH adalah pada 15 Mac 2020 yang lepas. Sehingga ke tarikh ini, tiada tarikh kemaskini baru yang dibuka oleh Pihak LHDN.

Walaubagaimanapun, tidak semua permohonan digagalkan. Ada yang masih dalam proses, ada yang sedang dikreditkan, ada juga yang tiada dalam senarai!

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN

Bagi mereka yang GAGAL, permohonan rayuan boleh dibuat supaya pihak LHDN dapat membuat semakan semula sekiranya kita adalah golongan yang layak menerima.

Tarikh permohonan bagi rayuan ini akan dibuka selama sebulan dan bermula pada 7 Ogos 2020 sehingga 6 September. Sehingga saat itu, kita perlukan sediakan bahan dan dokumen yang diperlukan.

DOKUMEN YANG PERLU DISIAPKAN UNTUK PERMOHONAN RAYUAN

Sebarang dokumen yang perlu dihantar bersama semasa permohon rayuan adalah tertakhluk kepada kod alasan kita digagalkan. Namun, tidak semua kod yang dibolehkan untuk membuat rayuan.

Antara dokumen penting yang penting dan boleh dibawa :

  • Kad Pengenalan Pemohon
  • Kad Pengenalan Pasangan
  • Kad Pengenalan / Sijil Lahir Anak
  • Sijil Kematian (sekiranya ada kematian)
  • Dan dokumen-dokumen lain yang terlibat

Setiap permohonan yang tidak diluluskan, pastinya Pihak LHDN BSH berikan alasan penolakan. Tetapi, semua penolakan tidak lah diberikan alasan yang sama. Kerana setiap permohonan itu masalahnya berbeza.

Terdapat kesemuanya 41 kod alasan yang diberikan oleh pihak LHDN. Data ini merupakan data 2019 dan masih diguna pakai sehingga tahun ini. Selagi tidak ada kemaskini terbaru daripada Pihak LHDN.

Seperti yang kita maklum, Fasa 3 ini adalah hasil semakan selepas kemaskini dilakukan. Oleh itu, terdapat perubahan yang berlaku sekiranya kita membuat menambah baikan atau kemas kini.

Baca Juga > Dah Dapat RM50 Bantuan e-Wallet. Ini Cara Paling Simple Untuk Guna

Untuk alasan – alasan yang kebiasaanya menjadi punca utama antaranya ialah :

  • ALASAN – Maklumat pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data dari JPN yang melibatkan nama, nombor kad pengenalan atau status kewarganegaraan.* Oleh itu, tindakan yang perlu dilakukan adalah dengan memngemukakan dokumen asal dan Salinan iaitu MyKad Pemohon.

 

  • ALASAN : Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon / pasangan melebih RM4,000* Kes seperti ini tidak perlukan sokongan dokumen kerana pihak LHDN melakukan semakan terus dari agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan (MoF)

 

  • ALASAN : Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)-Sediakan dokumen MyKid atau MyKad anak-anak
    -Sijil Lahir anak (bagi pengesahan status kewarganegaraan)

 

  • ALASAN : Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan- Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 15 Mac
    – Dokumen asal dan Salinan yang perlu dikemukakan :
    * Sijil kematian pasangan yang dikeluarkan JPN
    * Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan)

 

Terdapat banyak lagi alasan yang diberikan bagi menjawab persoalan kenapa ada yang tidak lulus dalam permohonan.  Boleh rujuk gambar di bawah  atau klik KOD TIDAK LULUS DAN DOKUMEN SOKONGAN

 

CARA BUAT PERMOHONAN RAYUAN

Terdapat dua cara permohonan rayuan ini boleh dibuat, Diingatkan permohonan rayuan ini dibuka bermula 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020.

Jadi, pastikan sehingga tarikh itu kita siapkan dokumen sokongan yang perlu dibawa dan dihantar bersama borang rayuan kelak.

  • Permohonan secara atas talian atau secara online. Pergi ke laman web rasmi BSH. Nanti akan ada tab untuk rayuan dan kitab oleh isi terus secara online.
    >> https://bsh.hasil.gov.my/

 

  • Bawak dokumen yang diperlukan dan isi borang permohonan rayuan. Hadir ke mana-mana cawangan (LHDNM)  Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau Pusat Transformasi Bandar Urban (UTC)

PERINGATAN! Permohonan secara online (atas talian) boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus tidak lulus dengan kod tertentu sahaja)

Semoga dengan perkongsian ini, dapatlah anda tahu kenapa status permohonan tidak lulus atau digagalkan. Namun sekiranya yakin yang kita tiada dalam alasan yang diberikan, boleh buat rayuan semula bila dibuka nanti.

Jadi melalui artikel Permohonan Gagal di Fasa 3, Ini Jawapan Pihak LHDN yang kami kongsikan ini diharapkan terjawab apa yang difikirkan dan bersedia dengan dokumen sokongan.

Kami di Akses Info mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua yang membaca maklumat ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34