PKPP Ganti PKPB: Ini aktiviti yang sudah dibenarkan

0 620

Perutusan Perdana Menteri yang dibacakan sebentar tadi oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat ramai rakyat menarik nafas lega.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menggatikan Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini bakal tamat pada 9 Jun 2020 ini.

Walau bagaimanapun, Kerajaan akan menggantikannya kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos 2020.

Mendengar berita ini, semua rakyat Malaysia bersyukur kerana ancaman Virus Covid 19 ini sedang difasa akhir. Di mana kerajaan sedang melancarkan strategi pemulihan daripada wabak ini.

Baca juga: PKPP: Rentas Negeri Dibenarkan Bermula 10 Jun – PM

Antara intipati yang terkandung dalam perutusan sebentar tadi ialah :

  • PERJALANAN RENTAS NEGERI AKAN MULA DIBENARKAN BERMULA  10 JUN 2020
    • Perjalanan rentas negeri ini tidak dihadkan kepada mana-mana golongan. Dengan erti kata lain, semua orang dah boleh mula untuk rentas negeri bermula 10 Jun ini.
    • Kecuali bagi kawasan yang sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)
    • Namun begitu, perlulah mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan. Seperti memakai topeng muka Ketika berada di tempat orang ramai. Jaga kebershan diri dan juga sentiasa mencuci tangan dengan kerap . Sebaiknya, elakkan untuk berada atau pergi ke tempat awam.
  • HAMPIR SEMUA AKTIVITI SOSIAL AKAN DIBENARKAN BEROPERASI SEMULA
    • Bukan sahaja aktiviti sosial, malah Pendidikan, keagamaan, pernoagaan sektor ekonomi dan sebagainya akan beroperasi secara berperingkat.
    • Perkhidmatan gunting rambur dan Salun akan mula dibenarkan bermula 10 Jun 2020 ini.
    • Pasar Malam, Pasar Tani, Pasar Pagi, Pasar Borong, bazaria, food truck, pusat penjaja, gerai makan dan juga Pasar Hari dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa dengan mamatuhi SOP yang diperketatkan oleh kerajaan.
    • Kedai-kedai makan sudah boleh beroperasi seperti biasa. Semua premis hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan.
  • AKTIVITI KOMERSIAL YANG MELIBATKAN URUS NIAGA JUALAN DAN PEMASARAN BUKAN DALAM PREMIS PERNIAGAAN DIBENARKAN
    • Lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancung dan penggambaran filem turut dibenarkan.
    • Mesyuarat dan bengkel dibenarkan dengan syarat mematuhi protocol kesihatan dan mengoptimumkan ruang.
  • DALAM KATEGORI SUKAN ADA SUKAN YANG DIBENARKAN DAN MASIH ADA YANG DILARANG
    • Aktiviti sukan dan rekreasi  yang dibenarkan adalah sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain.
    • Aktiviti luar berkumpulan seperti kayuhan basikal, konvoi motosikal juga dibenarkan.
    • Yang belum mendapat keizinan dan masih dilarang ialah pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton ramai seperti stadium, sukan renang  dan kolam renang awam dan sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bolasepak, bolakeranjang dan juga hoki.

RAMAI MENARIK NAFAS LEGA

Melalui berita ini ramai rakyat Malaysia yang bersyukur kerana dapat pulang berjumpa dengan ibu bapa.

Para peniaga yang mula menarik nafas lega kerana sudah boleh mula berniaga seperti sediakala.

Kita juga sedia maklum bahawa ada golongan yang hanya mengharapkan hasil jualan sebagai punca pendapatan untuk menyara keluarga.

Salah satu berita gembira yang boleh dikongsikan Bersama ialah bila mana ucapan Perdana Menteri kita tadi mengenai Sambutan Hari Raya AidilAdha.

Aktiviti ibadah korban akan dibenarkan tetakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam.

Waah! Tak dapat pulang beraya masa raya Aidilfitri boleh gantikan dengan raya Aidiladha. Walaupun suasananya berbeza, sudah pasti kita tidak akan lepaskan peluang berkumpul bersama keluarga.

AKTIVITI LAIN YANG DIBENARKAN

Banyak lagi yang aktiviti yang dibenarkan melalui Perintah Kawalan Pergerakan  Pemulihan (PKPD).

Antaranya mengenai persekolahan anak-anak yang bakal dibuka secara berperingkat, aktiviti keagamaan dan solat berjemaah dimasjid juga akan dipertimbangkan dengan sedalam-dalamnya.

Juga industri pelancongan juga mendapat tempias gembira ini kerana sudah boleh mula beroperasi seperti sedia kala.

Perdana Menteri kita juga turut mencadangkan untuk kita membawa ibu ayah, anak-anak dan keluarga untuk melancong bagi mengurangkan rasa tekanan setelah 3 bulan dalam perintah kawalan baru-baru ini.

Berikut merupakan teks ucapan perutusan yang dibacakan sebentar tadi. Boleh muat turun di sini atau baca di bawah –

Teks Ucapan Perutusan 7 Jun 2020

A screenshot of a social media post

Description automatically generated
A screenshot of a social media post

Description automatically generated
A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Leave A Reply

Your email address will not be published.