PKPP: Rentas Negeri dibenarkan Bermula 10 Jun – PM

0 1,023

Alhamdulillah! Saya yakin semua rakyat Malaysia kini menarik nafas lega saat mendengar perutusan Perdana Menteri kita YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin yang bermula tepat jam 3 petang tadi, kan.

Bermula Jumaat lepas, sewaktu perutusan mengenai Pelan Jana Semua Ekonomi (PENJANA), ramai  sebenarnya yang menungggu berita gembira ini disebut oleh Perdana Menteri. Tapi ternyata hampa kerana belum diberikan jawapannya.

Namun, berita hari ni bukan sahaja melegakan warga bujang yang sudah lama disekat (diminta bersabar) untuk pulang ke kampung.

Malah, turut menggembirakan semua pihak kerana keputusan rentas negeri ini dibenarkan untuk semua golongan KECUALI mereka yang berada dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Bermula 10 Jun 2020 iaitu hari Rabu ini, bolehlah kita mula pulang ke kampung halaman. Bagi mereka yang sudah lama rindukan keluarga, tidak dapat menyambut hari raya bersama baru-baru ini dan juga mereka yang masih tersekat di universiti atau rumah sewa.

Namun, SOP yang ditetapkan perlulah dipatuhi dengan sebaiknya untuk mengelakkan wabak COVID 19 ini terus merebak dan menjangkiti mereka yang berisiko sekaligus akan meningkatkan jumlah pesakit di negara kita.

baca juga: Daftar Dan Tebus RM50 Ke Akaun E-Wallet Program E-Penjana

PATUHI SOP YANG DITETAPKAN

  • Elakkan untuk berada di tempat yang bersesak-sesak ketika pulang ke kampung.
  • Sentiasa memakai pelitup muka jika berada di luar  atau kawasan orang ramai.
  • Selain daripada itu, kita juga dinasihati untuk kerap memebersihkan diri untuk mengelakkan terjangkit dengan wabak ini.

Seperti yang kita sedia maklum, golongan ibu bapa kita yang sudah tua merupakan golongan yang berisiko tinggi.

Jadi, mereka lebih mudah untuk mendapat jangkitan kuman. Kita tidak mahu menjadi punca atau penyebab penularan semula wabak ini.

Dalam kita berseronok untuk berjumpa dengan ibu bapa kita, jangan dilupa bahawa kita juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga mereka dari terkena wabak ini.

Oleh yang demikian, patuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan bagi sama-sama membantu mengekang wabak Covid 19 ini.

Jadi, sebelum melalukan perjalan pulang ke kampung, rancangan perjalanan sebaiknya. Hal ini kerana sekiranya semua rakyat berpusu-pusu mula bergerak pada 10 Jun 2020, sudah pasti akan berlaku kesesakan jalan lintas.

Jadi dapatkan info lalulintas pada hari perjalanan sebelum melakukan perjalanan untuk pastikan perjalanan kita lancer sampai ke destinasi yang dituju.

TAHNIAH PIHAK BARISAN HADAPAN

Tahniah dan jutaan terima kasih kepada barisan hadapan yang sudi berkorban masa dan tenaga buat negara dalam membanteras wabak covid19 ini sehingga habis-habisan.

Hasil pengorbanan mereka inilah membolehkan angka pesakit Covid19 di negara kita ini semakin menurun dan melihatkan kepada perkembangan positif.

Hal ini juga lah menjadi kayu ukur pihak Kerajaan dalam membenarkan perjalanan rentas negeri ini dibenarkan. Seluruh rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan ini.

Tidak dinafikan juga, pematuhan kita sebagai rakyat Malaysia sendiri yang mengamalkan STAY AT HOME dan PENJARAKAN SOSIAL turut menyumbang kepada berkurangnya jumlah pesakit Covid19 ini.

Secara kesimpulannya, berita kebenaran rentas negeri ini bukan sahaja berita yang menggembirakan anak-anak yang jauh di kota untuk pulang bertemu ibu dan ayah di kampung dalam semenanjung.

Malah turut membahagiakan anak-anak Sabah Sarawak yang sudah lama tidak pulang bertemu keluarga di sana.

Tapi perlu diingatkan untuk kita terus mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan diri.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.