Semakan Status eBantuan JKM Secara Online

0 1,097

Semakan Status eBantuan JKM secara Online. Bagi yang belum tahu, JKM ada membuka permohonan untuk ebantuan JKM. Dan adakah anda juga salah seorang yang sudah pun memohon?

Kepada sesiapa yang sudah membuat permohonan ebantuan JKM, kini semakan status sudah boleh dibuat menerusi atas talian.

Saya doakan anda yang memohon ebantuan JKM ini akan lulus hendaknya. Mana tau kan boleh meringankan sikit beban di bahu. Tapi, ada juga yang belum tahu tentang kewujudan Skim Ebantuan JKM ini.

Sekiranya anda pun salah seorang yang belum mendaftar atau memohon, boleh lakukan segera.

Dalam entry sebelum ini, saya ada kongsikan cara memohon ebantuan JKM melalui 2 cara. Boleh rujuk sini untuk lebih detail.

> Cara Mohon Ebantuan JKM

Secara ringkasnya, Ebantuan JKM ini ada menyediakan 11 jenis bantuan kemasyarakatan yang disediakan pihak JKM kepada mereka -mereka yang kurang bernasib baik.

JENIS BANTUAN YANG DITAWARKAN

1- Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
2- Elaun Pekerja Cacat (EPC)

3- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja  (BTB)

4- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

5- Bantuan Orang Tua (BOT)

6- Bantuan Am Persekutuan (BA)

7- Bantuan Geran Pelancaran (GP)

8- Bantuan Anak Pelihara (BAP)

9- Bantuan Latihan Perantis (BLP)

10- Tabung Bantuan Segera (TBS)

11- Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)

CARA SEMAK STATUS SECARA ONLINE

Untuk Semakan status, boleh dibuat menerusi atas talian atau secara online dengan cara berikut.

STEP 1 – Klik http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp

STEP 2 – Tekan pada ruangan bulat seperti di bawah

STEP 3- Masukkan Nombor Kad Pengenalan untuk teruskan semakan.

PERINGATAN!

Adalah diingatkan senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian / Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat.

Dah masukkan nombor kad pengenalan, Klik butang semak.

STEP 4 – Sekiranya belum ada keputusan atau belum buat pendaftaran, dia akan kelihatan seperti di bawah ini. Jadi, mohon bersabar atau terus ke pejabat JKM untuk kepastian.

Selain daripada itu, kita juga boleh menghubungi Pejabat Utama Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang beralamat :

Jabatan Kebajikan Masyarakat,

Aras 6, 9-18
No 55 Persiaran Perdana,

Presint 4

62100 Putrajaya

No tel – 603 – 8000 8000

Semoga sedikit sebanyak info yang kami kongsikan ini dapat membantu anda untuk membuat semakan bagi ebantuan JKM ini.

Sekiranya info inti berguna dan bermanfaat kepada anda, mohon sebarkan dengan klik butang kongsi supaya lebih ramai lagi yang belum cakna tau peka dengan ebantuan JKM ini.

Jom Semakan Status eBantuan Jkm Secara Online. Semoga anda lulus mendapatkan ebantuan JKM 2020. Selamat Maju Jaya!

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.