SENARAI 10 LOKASI ELEWSMART BESERTA ALAMAT LENGKAP

0 22,272

Senarai 10 Lokasi ElewsMart Beserta Alamat Lengkap sudah diwar-warkan oleh Page Rasmi ElewsMart. So, boleh lah kita tengok yang mana berdekatan dengan Kawasan kita.

Kita sememangnya sedia maklum bahawa Ustaz Ebit Lew yang merupakan pengasas ElewsMart ini akan membuka 10 cawangan sekaligus pada bulan Julai ini. Namun, sebelum ini hanya sekadar lokasi asas sahaja yang kita ketahui.

Bagaimana pun hari ini, ElewsMart telah pun mengeluarkan senarai lokasi dengan terperinci bagi setiap cawangan.

Berikut saya kongsikan kepada anda semua alamat lengkap 10 ElewsMart dan hanya tunggu Tarikh pembukaan sahaja.

Terbaru, menurut Ustaz Ebit Lew cawangan pertama yang akan dibuka ialah di Bandar Baru Bangi pada hari sabtu hadapan iaitu pada 18 Julai 2020.

Diikuti dengan esoknya 19 Julai 2020 iaitu pada Hari Ahad yang akan merasmikan pembukaan ElewsMart Kajang.

Senarai lengkap lokasi ElewsMart

SENARAI 10 LOKASI ELEWSMART YANG BERDEKATAN DENGAN ANDA

Lokasi-lokasi ini sudah boleh mula dicari dan jejak menggunakan aplikasi Maps atau Waze melalui telefon masing-masing.

  • 99 & 100, Biz Avenue 2, Persiaran Cyber Point Barat, 63000 Cyberjaya, Selangor
  • No 23G & 25G, Jalan TTDI Grove 7/1, Taman TTDI Grove, 43000 Kajang, Selangor
  • No 73-G & 73A-G, Jalan Dataran Cheras 4 , Dataran Perniagaan Cheras 43200 Cheras, Selangor.
  • No 1-G, Jalan Prima SG 1,
    Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.
  • No 43A-G,Plaza KLTS, Blok B, Jalan Gombak,
    53000 Kuala Lumpur
  • No 21-G, Jalan Dataran Villa Putra 1, Dataran Villa Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor
  • Unit A-G-13 & A-G-13A (Ground Floor), Pelangi Square, Persiaran Surian, 47810 Petaling Jaya
  • No 20, Jalan Medan Pusat 2C, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
  • No 6, Jalan 22/1,
    Persiaran Jubli Perak, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor
  • 29, Jalan Dinar D U3/D, Taman Subang Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor

Ada di antara ElewsMart ini yang berdekatan dengan Kawasan kita? Jangan lupa nanti pergi support perniagaan Ustaz Ebit Lew ni tau.

Dah tengok harga barangan di ElewsMart di hari pembukaan nanti? Harga serendah RM0.10 tau! Tapi dengan terma dan syarat.

Baca juga > Harga Termurah Ketika Pembukaan ElewsMart Serendah SEPULUH SEN

Semoga lebih banyak lagi cawangan yang bakal dibuka. Dan semoga dapat membantu meringankan beban lebih ramai orang yang memerlukan.

Ketika awal-awal dikongsikan mengenai pembukaan 10 cawangan ElewsMart ini, Ustaz Ebit Lew pernah ditanya kenapa tiba-tiba Mart?

Saya kongsika petikan yang pernah Ustaz Luahkan di ruangan instagram beliau.

“Saya pergi mana-mana semua tanya kenapa tiba-tiba saya nak buka 10 cawangan ELewsMart? Hari-hari saya kerja buat training, 3 Restoren ParamountCoffeeHouse, Butik Elews. Kenapa tiba -tiba Mart?

Saya sangat Bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga.

Saya nak buat food bank di setiap ElewsMart dan teringin nak bantu jual dengan harga yang paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan.

Masa musim PKP, 3 lori besar beli makanan agihkan 3 hari jer dah habis. Di situ, saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tanggungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya Bahagia buat kerja ni.

Dari kecil, saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak Redha Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang.

Dulu saya miskin susah. Alas tidur orang pernah bagi. Yuran pun begitu. Doakan yer semua.

Pohon doakan yer ada 10 cawangan. Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sg Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana. Terima Kasih semua

ElewsMart

Saudaraku, Murah

IG – Ebit Lew (23 June 2020)

 

Ternyata hari ni impian Ustaz menjadi kenyataan kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi ElewsMart ini akan dirasmikan pembukaannya. Tahniah ustaz!.

Semoga dipermudahkan urusan Ustaz dalam setiap apa yang dilakukan. Dan semoga kita juga boleh menjadikan kebaikan beliau sebagai inspirasi.

Kami semua akan terus bersama ustaz dan membantu semampu yang boleh.

Semoga dengan perkongsikan Senarai 10 Lokasi ElewsMart Beserta Alamat Lengkap ini dapat memberikan maklumat kepada anda mengenai kedudukan elewsmart yang ada dan bakal dibuka.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.