Skim Perumahan Belia (SPB) BSN MyHome Terima Bantuan Ansuran Bulanan RM200 Sebulan Daripada Kerajaan

2 55,538

Skim Perumahan Belia (SPB) BSN MyHome terima bantuan ansuran bulanan RM200 daripada kerajaan. Skim Perumahan Belia (SPB) iaitu satu skim khusus untuk golongan belia warganegara Malaysia.

Skim ini adalah bertujuan bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan perumahan terutama sekali rumah pertama.

APA ITU SKIM PERUMAHAN BELIA (SPB)?

Skim Perumahan Belia (SPB) merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu golongan belia yang bujang atau sudah bekahwin memiliki rumah pertama dengan mudah.

Tujuan SPB adalah untuk membantu belia memiliki rumah mereka sendiri untuk didiami.

Cagamas dan KWSP merupakan organisasi yang terlibat untuk menjayakan skim SPB ini.

Skim SPB ini terhad kepada 20,000 unit rumah sahaja. Jadi siapa cepat buat pemohonan dia yang akan dapat.

CIRI-CIRI DAN KELEBIHAN SKIM SPB

  1. Skim ini di tawarkan untuk membiayai hartanah sudah siap atau sedang dalam pembinaan dari pemaju.
  2. Jumlah pembiayaan RM100,000 (Minimum) sehingga RM500,000 (Maksimum)
  3. Tempoh pembiayaan minimum 5 tahun dan maksimum 35 tahun atau tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat pembiayaan.
  4.  Pengecualian duti setem sebanyak 50% untuk dokumen pembiayaan.
  5. Kerajaan akan memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan. Bantuan tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun pertama pembiayaan.

Semua pelanggan yang ingin memohon skim SPB disyaratkan untuk mengikuti modul Pengurusan Kewangan.

Modul ini di jalankan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang dilakukan secara online di website https://learn.akpk.org.my

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun hingga 45 tahun
  2. Bujang atau sudah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,00 sebulan
  3. Pemilikan hartanah atau rumah pertama sahaja
  4. Merupakan pemegang akaun BSN GIRO/GIRO-i
  5. Mempunyai bukti pembelian atau pemilikan hartanah

KADAR FAEDAH

  1. Antara KA + 0.60% sehingga KA + 1.00% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pelanggan.
  2. Bagi amaun pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun, kadar faedah indikatif adalah BR + 0.80%*
  3. Konsep pembiayaan islamik dan konvensional
    • Tertakluk kepada terma dan syarat

CARA MEMBUAT PEMOHONAN

Pemohonan Skim Perumahan Belia (SPB) BSN MyHome boleh di buat di cawangan Bank Simpanan National (BSN) yang berdekatan kawasan anda.

STEP 1 : Anda perlu memuat turun borong pemohonan di website rasmi mybsn: KLIK SINI

STEP 2 : Klik butang “Memohon BSN MyHome  (Skim Perumahan Belia)”

STEP 3: Download dan print borang pemohonan skim SPB

STEP 4: Lengkapkan borang pemohonan anda.

STEP 5 : Borang yang telah siap di isi hendaklah dihantar ke cawangan Bank Simpanan National (BSN) yang berhampiran tempat tinggal anda.

BACA JUGA >> Program Perumahan PPR untuk B40

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Borang pemohonan BSN MyHome
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan sijil perkahwinan bagi yang sudah berkahwin.
  • Pemohon yang bekerja tetap
    • Salinan slip gaji 3 bulan terkini
    • Salinan penyata bank 6 bulan
    • Salinan penyata KWSP
    • Surat pengesahan majikan / HRMIS (Kakitangan Kerajaan)
    • Salianan dokumen pendapatan sampingan (jika ada).
  • Bagi pemohon yang bekerja sendiri
    • Salinan pendaftaran perniagaan/syarikat.
    • Salinan borang B / BE + Resit LHDN.
    • Salinan penyata kewangan syarikat.
    • Salinan penyata  bank syarikat untuk tempoh enam (6) bulan.
    •  Lain-lain Dokumen (Contoh. Laporan Lawatan Tapak).
    • Bukti pembelian yang terdiri daripada salinan Perjanjian Jual Beli (S&P) yang telah disetem. Jika S&P belum selesai, Draf S&P / Letter of Intent to Purchase / Resit Deposit / Pesanan Pembelian Pro-forma boleh diterima bagi tujuan kelulusan permohonan.
    • Salinan Geran Induk / Individu (jika ada).

DOKUMEN TAMBAHAN:

Bagi permohonan bersama (Joint Application) adik-beradik kandung / tiri, Sijil Kelahiran perlu dikemukakan.

Hartanah yang dibeli di bawah Skim SPB tidak boleh dipindah milik atau dijual kepada pihak lain dalam tempoh 5 tahun.

Skim Perumahan Belia (SPB) BSN MyHome ni sangat berbaloi untuk golongan belia kerana anda akan jimat RM200 setiap bulan dalam tempoh 2 tahun pertama pembiayaan.

Contohnya jika bayaran ansuran bulanan rumah anda RM1500, anda hanya perlu bayar RM1300 dalam tempoh tersebut.

Semoga perkongsian saya mengenai Skim Perumahan Belia (SPB) BSN MyHome ini membantu anda untuk memilih skim yang terbaik untuk pembiayaan rumah pertama anda.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

2 Comments
  1. Md supiyan jusoh says

    Sangat berminat dengan SPB,bagaimana mahu 1)semak kelayakan pinjaman dan 2) tanah masih dalam proses tukar hak milik,adakah layak untuk memohon.3)cara untuk berhubung dengan orang yang berkaitan(BSN) melalui online @[email protected]@Personal massager..terima kasih

    1. aksesinfo says

      Dalm posting ni kami ada share syarat kelayakan utk memohon SPB.. nanti boleh rujuk.. skim ini lebih kepada skim utk rumah pertama di bawah BSN MYHOME..boleh rujuk posting ni utk cara pemohonan

Leave A Reply

Your email address will not be published.