Soalan Temuduga Gantikan Kursus Praperkahwinan 2020

0 649

Soalan Temuduga Gantikan Kursus Praperkahwinan 2020? Disebabkan sekarang ini musim PKPB, tiada kursus kahwin yang dibenarkan untuk diadakan oleh mana-mana pusat atau institusi sekali pun.

Oleh itu,  soalan temuduga gantikan kursus praperkahwinan 2020 ini dibuat dan akan dikuatkuasakan dalam seberapa segera.

Tapi bagaimana soalan temuduga ini boleh menggantikan kursus perkahwinan? dan adakah akan di apply untuk semua negeri?

Okay, kami kongsikan di mana Negeri Kedah akan mula mempraktikkan temuduga ini menggantikan kursus perkahwinan ini bermula 1 Jun 2020.

TEMUDUGA PENGGANTI KURSUS PRAPERKAHWINAN

PELAKSANAAN TEMUDUGA BAGI MENGGANTIKAN KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM MBKPI DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN 6 (ENAM) BULAN PASCA PKPB

  1. Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Praperkahwinan Islam MBKPI di Negeri Kedah Darul Aman adalah ditangguhkan dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Enam (6) Bulan Pasca PKPB
  • Justeru, keputusan Mesyuarat Proses Kebenaran Berkahwin bertarikh 20 Mei 2020 memutuskan untuk dilaksanakan proses temuduga bagi menggantikan Kursus Praperkahwinan Islam MBKPI.
  • Pelaksanaan proses temuduga boleh dirujuk pada Arahan Tatacara  Pelaksanaan Temuduga Bagi Menggantikan Kursus Praperkahwinan Islam MBPKI Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Enam (6) Bulan Pasca PKPB.
  • Pelaksanaan temuduga bagi menggantikan Kursus Praperkahwinan Islam MBKPI dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Enam (6) Bulan Pasca PKPB berkuat kuasa 1 Jun 2020

ARAHAN TATACARA

1.0       PENDAHULUAN

  • Setelah Kerajaan Malaysia mengisytiharkan Perintah Kawalan pegerakan Bersyarat (PKPB) susulan penyebaran wabak COvid-19, pelaksanaan Kursus Praperkahwinan Islam MBKPI di seluruh Malaysia telah ditangguhkan.

    Penangguhan ini juga selari dengan Keputusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah yang turut menangguhkan urusan pentadbiran pengurusan nikah, cerai dan ruju’pada peringkat awal pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  • Bagaimanapun, setelah tempoh PKP dan PKPB berlanjutan, orang awam mula memohon agar diwujudkan alternatif bagi membolehkan pasangan yang ingin mengemukakan permohonan kebenaran berkahwin untuk mengikuti Kursus Praperkahwinan Islam MBKPI.
  • Justeru, pelbagai pandangan diambil bagi mempertimbangkan alternatif yang bersesuaian untuk pelaksanaan Kursus Praperkahwinan Islam MBKPI dalam tempoh PKPB dan enam (6) bulan pasca PKPB.

    Keperluan membangunkan tatacara ini oleh Unit Pembangunan Keluarga Islam, Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah adalah perlu sebagau entiti yang bertanggungjawab dalam menyelaras kursus praperkahwinan Islam berasaskan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) di Negeri Kedah Darul Aman.

Baca juga: Skim Rumah Pertamaku (SRP) Yang Ramai Tak Peduli

2.0       KEPUTUSAN

  • Mesyuarat Proses Kebenaran Berkahwin bertarikh 20 Mei 2020 memutuskan untuk dilaksanakan proses temuduga bagi menggantikan Kursus Praperkawinan Islam MBKPI untuk tujuan Permohonan Kebenaran Berkahwin di Negeri Kedah Darul Aman.

3.0       PELAKSANAAN TEMUDUGA

  • Prosedur Pelaksanaan
    • Pemohon hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)bersama-sama Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin dan lain-lain dokumen yang telah lengkap diisi
    • Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ atau mana-mana kakitangan bertanggungjawab hendaklah memastikan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin dan lain-lain dokumen disediakan dengan lengkap. Jika dokumen tidak lengkap, permohonan tidak akan diproses.
    • Semasa mengemukakan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin, pemohon akan ditemuduga oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’atau mana-mana kakitangan bertanggungjawab sebagai gantian Kursus Praperkahwinan Islam MBKPI.
    • Sesi temuduga akan dilaksanakan sekitar 10-15 minit mengikut budi bicara Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’atau mana-mana kakitangan bertanggungjawab.
    • Sesi temuduga hendaklah mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Majlis Keselamatan Negara (KMN) dan agensi – agensi berkaitan.
    • Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ atau mana-mana kakitangan  bertanggungjawab hendaklah mengemukakan soalan yang menjurus ke arah bimbingan. (LAMPIRAN 1)
    • Setelah selesai sesi temuduga, pemohon akan diberikan Surat Kebenaran Berkahwin (tertakluk prosedur Pejabat Agama Islam Daerah)

ANTARA INTIPATI TEMUDUGA

  • Mengucap dua kalimah syahadah
  • Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammas SAW
  • Membaca surah Al-Fatihah dan surah-surah pilihan
  • Hal ehwal rukun iman dan rukun islam
  • Hukum hakam yang berkaitan perkahiwnan (talak, nusyuz dan lain-lain)
  • Hal ehwal pengurusan kewangan
  • Apa-apa persoalan yang wajar dan munasabah

Secara kesimpulannya, soalan temuduga gantikan kursus praperkahwinan 2020 wajar dilaksanakan bagi memudahkan urusan orang ramai yang kini mengalami kesukaran untuk berumahtangga pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Lepas ni yang mana nak berkahwin boleh lah teruskan sesi perkahwinan. Walaupun tiada kursus praperkahwinan  dilaksanakan, pasangan pengantin masih tetap juga boleh bersatu di hari perkahwinan.

Kami mengucapkan selamat pengantin baru kepada semua pasangan yang bakal berkahwin!

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.