Tebus e-Wallet RM50 tapi boleh jimat sehingga RM300? Ini cara yang ramai tak tahu. dengan penggunaan daripada wang bantuan kredit yang kita dapat baru-baru ni.
Seperti yang kita sedia maklum, bermula 31 Julai 2020 yang lepas wang bantuan kredit RM50 telah pun boleh mula ditebus dan dimasukkan dalam e-wallet yang disahkan oleh Pihak Kementerian Kewangan.
Tiga (3) e-wallet yang disahkan ialah daripada Touch n Go, GrabPay dan juga Boost. Namun begitu, setelah diumumkan perihal ini, ketiga-tiga e-wallet ini berpusu-pusu mengajak orang ramai untuk tebus RM50 ini melalui aplikasi mereka.
Pelbagai tawaran menarik yang akan kita perolehi sekiranya menebus bantuan kredit ini daripada mereka.
Daripada pemerhatian, majoriti pengguna memilih aplikasi e-wallet Touch n Go berbanding e-wallet GrabPay dan Boost.
TEBUS RM50 DAPAT RM300 DARIPADA E-WALLET TOUCH N GO
Pengguna berpeluang untuk menikmati ganjaran tambahan lebih RM300 sekiranya menebus insentif kredit RM50 e-Penjana melalui e-wallet Touch n Go.
Insentif ini adalah salah satu inisiatif di bawah Pelan Jangka Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diberikan bantuan bernilai RM50 berbentuk kredit e-dompet.
Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong berkata mereka yang menebus insentif kredit itu di platform berkenaan berpeluang menikmati ganjaran tambahan dengan nilai lebih RM300 apabila ia ditawarkan rakan niaga kepada Touch n Go.
Antara rakan niaga ini terdiri daripada pelbagai jenama besar, industri kecil dan industri sederhana serta perusahaan mikro dalam industry makanan dan minuman, sektor runcit, bahan makanan, fesyen, hiburan dan teknologi maklumat.
“Kami juga membenarkan rakyat Malaysia menggunakan penebusan kredit RM50 e-Penjana untuk membeli tag TNG RFID ada untuk bayaran tol.”
Tambahan beliau lagi, Kami gembira dapat bekerjasama dengan pihak kerajaan skali lagi bagi melaksanakan e-Penjana dan berikhtiar mewujudkan ekosistem yang berfungsi secara baik kepada rakyat.
Muat turun aplikasi MySejahtera, kemas kini akaun Touch n Go e-wallet, selesaikan proses dan tuntutan e-Penjana RM50 terus hari ini.
Setakat ini, leboh 11 juta pengguna dan 220,000 rakan niaga di platform berkenaan dan penebusan boleh dilakukan dan diguna pakai untuk pelbagai transaksi sepanjang tempoh sah ia boleh digunakan.
Kepada yang tak tahu macam mana nak gunakan e-wallet ni. Saya ada kongsikan step by step yang mudah nak guna wang Kredit e-Penjana ni. > > Step by Step Cara Guna e-Wallet TnG
BANYAK KEGUNAAN e-WALLET TOUCH n GO
Melalui e-wallet, kita boleh tambah nilai sekiranya kad touch n go kita kekurangan baki. Tetapi ternyata sebenarnya ada banyak kegunaan selain daripada touch n go sahaja. Namun, banyak lagi kegunaan lain e-wallet ini.
Pada entry ini, kita fokuskan pada penggunaan e-wallet Touch n Go sahaja ye. Tidak pada Boost atau GrabPay. InsyaAlah di next entri.
Melalui Touch N Go, terdapat 220,000 outlet atau tempat yang boleh diguna pakai dalam menerima pembayaran melalui aplikasi Pay di e-wallet Touch n Go.
Antara outlet yang boleh digunakan adalah :
- 99 Speedmart
- AeonBig
- Village Grocer
- Mydin
- Hero Market
- Jaya Grocer
- Billion
- EconSave
- Giant
- Pak Grocer
- Tesco
- The Store
- 7 Eleven
- Family mart
- KK (24 Jam)
- MYNews
- Shell
- Starbucks
- Watsons
- MR D.I.Y
- Lazada
- Pizza Hut
- Kenny Rogers
- Kedai-kedai runcit, mini mart
- Dan banyak lagi pasaraya dan outlet yang bekerjasama dengan pembayaran melalui e-wallet Touch N Go ini.
Setiap outlet di atas ini boleh digunakan di setiap cawangan mereka yang ada. Boleh juga buat semakan di sini.
>> SEMAKAN KEDAI SEKELILING ANDA
Setiap penggunaan dengan minima perbelanjaan yang ditetapkan, kita akan diberi pulangan semula sebanyak percent yang ditawarkan.
Sebagai contoh, sekiranya kita berbelanja minima RM40 di Stesyen Minyak Shell. Kita akan dapat semula RM2.
RM6 cahsback diterima sekiranya berbelanja RM40 di Pizza Hut. Dan RM5 cashback dengan minima belanja RM25 di Kenny Rogers.
Selain itu, kita berpeluang untuk dapat 9GB bonus internet sekiranya reload Digi prepaid. Ish memang banyak yang boleh kita dapat sekiranya kita lihat satu per satu tawaran yang diberikan kepada kita.
Selain daripada berbelanja dalam bentuk offline, kita boleh juga buat belian menerusi atas talian atau online. Contohnya melalui laman jualan Lazada dan Shopee.
Jadi, boleh lah selepas ini berbelanja dengan senang hati menggunakan e-wallet ni. Sebab semakin berbelanja, semakin banyak kelebihan cashback dan kelebihan-kelebihan lain yang kita boleh dapat.
Semoga dengan perkongsian Tebus e-Wallet RM50 tapi boleh jimat sehingga RM300? Ini cara yang ramai tak tahu ini dapat membantu kita yang tak tahu nak gunakan wang bantuan kredit ini ke mana. Bolehlah berbelanja di senarai kedai di atas yang saya kongsikan tadi.
Kami di Akses Info mengucapkan tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada semua yang berjaya dah tebus bantuan kredit ini.