450 JAWATAN KOSONG PTD KINI DIBUKA 2020

0 1,622

450 Jawatan Kosong PTD Kini Dibuka 2020Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) kini telah dibuka kepada seluruh warga Malaysia untuk membuat permohonan.

Melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di laman facebook rasminya mengumumkan mengenai pengambilan baru Pegawai PTD yang baru.

Pengambilan Kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik bagi Mengikuti Kursus Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam Sesi 2021

Iklan SPAA
Iklan SPA

Kekosongan yang dibuka adalah sebanyak 400 dan untuk simpanan dibuka sebanyak 50 kekosongan.
Gaji Minima – RM2,422 dan Gaji Maksima RM9,631
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM225.00

Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini dibuka bagi mereka yang mempunyai kelulusan Ijazah Dalam bidang Pengurusan dan Profesional.

Syarat Lantikan untuk jawatan ini :

  • Berwarganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada Tarikh tutup iklan jawatan
  • Kelayakan Akademik :
    • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan : RM2,422.00 ] ATAU
    • Memiliki Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Isntitusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [ Gaji Permulaan : RM2,733.14 ] ATAU
    • Memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya [ Gaji Permulaan : RM3,044.48 ]
  • Lulus peperiksaan memasuki Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan
  • Lulus Program Assessment Centre (PAC) yang ditetapkan dan
  • Hadir dan Lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara dan diperakukan oleh JPA sebelum dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41.

Sekiranya ada sebarang maklumat mengenai Peperiksaan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Gred M41 ini boleh diperolehi dari Channel Telegram yang disediakan KHAS ini. Perkongsian mengenai panduan lengkap, contoh soalan-soalan peperiksaan untuk PTD nanti juga kami akan kongsikan. Boleh join dengan KLIK berikut.

>> TELEGRAM PTD M41

Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir Dan Diplomatik

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, petadbiran dan pembangunan wilayah / daerah/tempatan/tanah, perancangan dan petadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negari (termasuk perkhidmatan luar negari) keselamatan/ ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Baca Juga >> Jawatan Kosong JPN Dibuka

Selain daripada Syarat Lantikan yang disediakan untuk kita patuhi, Terdapat beberapa syarat kelayakan termasuk kelayakan Bahasa Melayu.

Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki Kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Seperti yang kita semua maklum, pengambilan Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 ini dibuka KHUSUS kepada lepasan Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah sahaja.

Bagi jawatan yang ditawarkan ini, semua pemohon yang berkelayakan mestilah dalam semua bidang yang diiktiraf MQA iaitu yang ditetapkan oleh jabatan.

Laman Web SPA
Laman Web SPA
INFO PENTING!

Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan / kelulusan Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang telah diiktiraf oleh Senat Universiti / JawatanKuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut :

  • Mempunyai keterampilan yang baik
  • Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  • Mempunyai bakat kepimpinan
  • Mempunyai ciri-ciri jati diri cemerlang
  • Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan
TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.

Hanya permohonan calon yang diterima sebelum tarikh tutup iklan akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 27 Julai 2020 (Isnin) pada jam 11.59 malam.

Semoga dengan perkongsian 450 Jawatan Kosong PTD Kini Dibuka 2020 ini, dapat membantu anda semua yang sedang mencari pekerjaan membuat permohonan Pegawai PTD ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34