Ebit Lew Buka 100 Kerja Kosong di 10 Cawangan Elew’s Mart

0 22,502

Ebit Lew Buka 100 Kerja Kosong di 10 Cawangan Elew’s Mart – Tular di media sosial Ustaz Ebit Lew bakal membuka 10 cawangan mart di sekitar Lembah Klang.

Bukan hanya cakap kosong, Elew’s mart kini berada di fasa-fasa akhir proses perasmian pembukaan. Kesemua 10 cawangan ini dijadualkan beroperasi pada pertengahan bulan hadapan.

Pasti ramai yang berbangga dan senang hati dengan tindakan Ustaz Ebit Lew ini kerana objektifnya hanya satu. Iaitu membantu mereka yang susah dari segi kewangan dan mendapatkan keperluan harian.

Dalam status terbaru beliau, Ustaz Ebit Lew kini membuka 100 kekosongan jawatan untuk diisi oleh sesiapa sahaja untuk menjadi tenaga kerja di 10 cawangan Elews Mart ini.

100 PELUANG PEKERJAAN DI ELEW’S MART

Antara jawatan-jawatan yang dibuka untuk pengambilan nanti ialah :

  • Branch Manager
  • Assistant Manager
  • Marketing officer
  • Supervisor
  • Retail Staf

Kekosongan jawatan yang dibuka ini untuk dipenuhi untuk 10 cawangan Elews Mart yang bakal dibuka di tempat -tempat berkenaan :

  1. Bandar Baru Bangi
  2. Kajang
  3. Cyberjaya
  4. Subang Perdana
  5. Sg Buloh
  6. Prima Sri Gombak
  7. Gombak Traders
  8. Shah Alam
  9. Damansara
  10. Balakong Cheras

Kepada yang berminat dan layak mengisi kekosongan jawatan – jawatan tersebut boleh lah menghantar resume ke email hrelewsmart@gmail.com

Sebaiknya mereka yang tinggal berdekatan dengan Kawasan mart ini bagi memudahkan urusan tempat tinggal sekiranya diterima bekerja di mana-mana cawangan yang ada.

Waah! Sudah pasti banyak permohonan diterima sebab ramai yang teringin untuk bekerja di bawah Ustaz Ebit Lew yang peramah ni.

Perkongsian yang dimuat naik ke laman facebook milik beliau itu mendapat perkongsian sebanyak 2700, disukai oleh 27,000 dan komen sebanyak 1500.

Rata-rata yang meninggalkan komen ini mereka yang mendoakan supaya dipermudahkan urusan dalam membuka cawangan dan mart yang bakal dibuka kelak.

BACA JUGA: MR D.I.Y Tawar Pekerjaan 1000 Kekosongan Seluruh Malaysia

BUKA DI KAWASAN SAYA PULA USTAZ

Selain itu juga, ramai juga yang meninggalkan komen untuk meminta supaya dibuka di Kawasan mereka. Ada yang mohon untuk buka di Putrajaya, Kota Bharu, Pulau Pinang, Johor dan tak lupa juga di Sabah dan Sarawak.

Masing-masing meletakkan harapan yang tinggi supaya dapat bersama-sama Ustaz Ebit Lew dalam membantu orang-orang miskin dan  susah di Malaysia.

NAK SUPPLY PRODUK BOLEH USTAZ?

Apa yang saya perhatikan, menerusi ruang komen juga ramai yang meminta untuk memasarkan produk mereka ke dalam Elews Mart.

Ada yang menjual rendang, aiskrim, roti dan banyak lagi lah yang boleh diletakkan dalam mart tersebut

Akan tetapi, semuanya akan ditentukan oleh Ustaz Ebit Lew dan team mereka nanti. Doakan yang terbaik!

Saya pasti 10 cawangan yang bakal dibuka pertengahan Julai depan ini, sebagai tanda aras untuk membuka lebih banyak lagi cawangan di seluruh Malaysia.

Semoga Ustaz Ebit Lew dan team berjaya dalam membantu lebih ramai orang dan kita juga punya peranan dan tanggungjawab yang sama.

Apa yang boleh kita lakukan ialah sekiranya jarak kawasan kita tinggal tidak jauh dari Elews Mart ini, boleh lah kita buat belian di sana nanti.

Sudah pasti ianya halal dan yang paling seronok bila yakin ke mana wang kita dibelanjakan. Semoga niat murni Ustaz Ebit Lew dalam membuka 10 cawangan ini dipermudahkan urusan.

Jadi, kepada yang sedang mencari pekerjaan, bolehlah mula menghantar resume ke email yang dinyatakan di atas.

Ebit Lew Buka 100 Kerja Kosong di 10 Cawangan Elew’s Mart. Kami di Akses Info mendoakan kepada anda yang memohon perkerjaan ini, mendapat tempat dalam 100 kekosongan yang dibuka ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.