JAWATAN KOSONG AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) 2020 MINIMA SPM
Jawatan Kosong Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia APMM 2020 Minima SPM kini dibuka memlaui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali dengan SPA.
APMM atau Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia merupakan agensi yang bertanggungjawab mengawasi setiap Kawasan Maritim atau perairan. APMM ini juga kadangkala lebih dikenali sebagai Pengawal Pantai Malaysia.
Tugas mereka bukan sahaja memastikan Kawasan perairan sentiasa aman dan selamat bagi kegunaan masyarakat dan negara.
Selain daripada itu, antara tugas terpenting APMM ini adalah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di Kawasan laut dan pantai.
Bagi yang tidak cukup mengenali Agensi Maritim ini, mereka mempunya lima (5) wilayah maritime yang utama iaitu bahagian Utara, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak.
Kekosongan jawatan untuk Agensi Maritim ini dibuka sebanyak 184 kekosongan dengan 20 simpanan. Paling menggembirakan, minima kelayakan untuk memohon adalah peringkat SPM. Hai ini, pasti membuka peluang kepada lebih ramai untuk membuat permohonan.
JAWATAN KOSONG AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA
- Nama – Laskar Kelas II Maritim Gred T1
- Gaji – RM1,441.00 – RM4,152.00
- Kekosongan – 184
- Simpanan – 20
Namun, terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi melayakkan pemohon untuk menyertai anggota maritim Malaysia.
SYARAT- SYARAT KELAYAKAN
- Memiliki dua (2) subjek Kepujian (termasuklah Bahasa Melakyu) dan empat (4) subjek Lulus pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
- Memiliki Kepujian dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM dan Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, atau
- Memiliki dua (2) subjek Kepujian (termasuk Bahasa Melayu) dan empat (4) subjek Lulus pada peringkat SPM serta SKM Tahap 2 atau SKM tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Dan
- Memenuhi syarat ukuran fizikal dan pancaindera yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan.
Baca Juga – Lebih 1000 Jawatan Kosong Mydin Seluruh Malaysia
SYARAT KELAYAKAN FIZIKAL
- Tinggi sekurang – kurangnya 1.63 meter bagi lelaki dan 1.57 meter bagi wanita tanpa sepatu
- Berat badan sekurang – kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita
- Mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
- Sekurang-kurangnya 81 cm ukuran dada biasa dan 86 cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa cermin mata atau kanta pelengkap.
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacar dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar
>> link RUJUKAN
CARA MEMBUAT PERMOHONAN APMM MELALUI SPA
- Permohonan Jawatan Kosong Agensi Perkhidmatan Maritim Malaysia (APMM) ini hanya dibuka secara atas talian atau online sahaja.
- Sila Log in atau daftar masuk (jika anda pengguna pertama kali) di laman web rasmi Permohonana SPA sebelum buat sebarang permohonan.
- Sila layari laman sesawang SPA8i untuk membuat permohonan ini. Boleh terus klik link di bawah ini >> https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
- Pemohon yang telah mendaftarkan permohonan di Borang SPA8i dimohon untuk update dengan memasukakn alamat e-mel yang betul di borong permohonan masing-masing. Ini bagi mengelakkan kegagalan notifikasi emel mengenai Peperiksaan / Assessment Centre / Temu Duga sebagainya sekiranya berkaitan oleh pemohon.
- Sila masukkan maklumat yang lengkap dan pemohon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk sesi seterusnya.
Menurut iklan SPA, calon-calon yang mendaftarkan permohonana bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tempoh mendaftar.
Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temu duga yang terkini. Tarikh tutup permohonan baru bagi jawatan ini adalah pada 12 Julai 2020 (Ahad) jam 11.59 malam.
Antara kriteria yang dicari APMM melalui SPA ini
- Mempunyai keterampilan yang baik
- Mempunyai semangat uang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
- Mempunyai bakat kepimpinan
- Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
- Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan
Jadi kepada anda semua yang sedang mencari pekerjaan, boleh lah cuba mohon untuk mengisi kekosongan ini.
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia APMM 2020 Minima SPM ini dapat membantu anda mendapat maklumat untuk kekosongan jawatan APMM ini. Kami di Akses Info mengucapkan Selamat Maju Jaya!