JAWATAN KOSONG DI MUZIUM NEGERI KEDAH

0 1,396

Jawatan Kosong Di Muzium Negeri Kedah. Satu jawatan kosong sedang diiklankan untuk warganegara Malaysia amnya, dan mereka yang tinggal di Negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman khususnya.

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk memohon jawatan ini bolehlah berbuat demikian untuk mengisi borang kekosongan.

Jawatan Kosong di Muzium Negeri Kedah

# Pembantu Muzium Gred S19

  • Mestilah Berwarganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas (sewaktu memohon)
  • Berkelayakan dan menepati syarat-syarat pelantikan jawatan yang telah ditetapkan
CARA MEMBUAT PERMOHONAN

→ Untuk memohon, anda hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan yang boleh didapati di Bahagian Petandbiran Dan Sumber Manusia, pejabat Muzium Negeri Kedah Darul Aman dengan kadar bayaran sebanyak RM2.00

→ Isi butiran lengkap pada borang permohonan serta telah mengikuti segala arahan-arahan yang telah ditetapkan bagi memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.

→ Borang yang sudah lengkap diisi, hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar ke alamat berikut :

PENGARAH
MUZIUM NEGERI KEDAH DARUL AMAN
LEBUHRAYA DARUL AMAN

BAKAR BATA

05100 ALOR SETAR

KEDAH

TARIKH TUTUP PERMOHONAN INI ADALAH PADA 31 MEI 2020 (AHAD)

Bagaimanapun, pemohon mestilah mempunyai kelayakan akademik seperti mana di bawah. Sekiranya menepati kriteria atau ciri- ciri yang disyaratkan, maka bolehlah membuat permohonan jawatan kosong ini.

KELAYAKAN AKADEMIK

# – Sijil Pelajaran  Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam salah satu subjek Sejarah, Kesusasteraan, Sains, Geografi, Fizik, Kimia atau Biologi pada peringkat peperiksaan tersebut 

[ Gaji permulaan ialah pada Gred S19 – RM1352.00 ] atau

# Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[ Gaji permulaan ialah pada Gred S19 – RM1408.40 ] atau

# Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[ Gaji permulaan ialah pada Gred S19 – RM1464.80 ] atau

# Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan.

NOTA PENTING BUAT PEMOHON!

  1. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah.
  •  Permohonan yang lewat, tidak lengkap,  atau tidak mengikut syarat  di atas akan ditolak.
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga
  • Pemohon – pemohon yang tidak menerima jawapan selama 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  • Pentadbiran Muzium Negeri Kedah Darul Aman, tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

Jadi, kepada semua rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan, hendaklah membuat persiapan dengan mengisi borang SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) terlebih dahulu.

Sekiranya ada jawatan yang ditawarkan sesuai dengan kelayakan kita, pihak SPA akan memanggil kita untuk menjalani ujian-ujian fizikal dan temuduga.

Walaupun jawatan pembantu Muzium ini dibuka untuk Muzium Negeri Kedah, tetapi pihak Muzium Kedah menerima permohonan daripada semua rakyat Malaysia yang datang dari pelbagai negeri. Bukan sahaja dari Negeri Kedah.

So, selamat mencuba gaiss! Kami team akses info mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka yang membuat permohonan pekerjaan ini.                               

Rebutlah peluang selagi masih ada kekosongan Jawatan Kosong Di Muzium Negeri Kedah.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.