JAWATAN KOSONG DI POS MALAYSIA 2020

0 2,702

Jawatan Kosong Di Pos Malaysia 2020 telah dibuka. Pos Malaysia merupakan syarikat penghantaran barang terbesar di Malaysia.

Maklum mengenai itu, Pos Malaysia mempunyai ratusan cawangan di seluruh Malaysia dan telah memberi peluang pekerjaan kepada ribuan para pekerjanya.

Akan tetapi dengan penambahan syarikat-syarikat penghantaran yang lain seperti J&T, Skynet, ABX, NinjaVan dan sebagainya menjadikan para pelanggan dapat membuat pilihan dengan pilihan yang ada.

Walaubagaimanpun bagi mereka yang memang biasa dengan pos malaysia, memang akan setia dengan penggunaan Pos Malaysia sebagai pilihan utama.

JAWATAN KOSONG DI POS MALAYSIA 2020

Terkini, pihak pengurusan Pos Malaysia sedang membuka peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan.

Namun, peluang pekerjaan ini tidaklah dibuka di seluruh cawangan Pos Malaysia. Hanya di beberapa tempat yang tertentu sahaja.

Berikut kami kongsikan sedikit informasi yang boleh membantu anda semua.

JAWATAN YANG DITAWARKAN

→ Pos Rider

→ Posmen dan Kurier

Lokasi : Pelbagai Negeri

Komisen : RM1700 – RM6000

JAWATAN POS RIDER

Dibuka untuk beberapa bandar utama di Malaysia sahaja

NEGERI YANG MEMPUNYAI KEKOSONGAN JAWATAN
  • Lembah Klang ( Shah Alam, Kelana Jaya, Bangi, Puchong, Rawang, Balakong, Cheras, Kota Damansara )
  • Johor  ( Pekan Nanas, Kulai, Pasir Gudang )
  • Negeri Sembilan ( Seremban / Nilai )
  • Perak ( Sitiawan )
  • Pulau Pinang ( Kepala Batas / Gerogetown )
  • Kedah ( Langkawi, Kulim, Jitra, Sungai Petani, Alor Setar )
  • Pahang ( Kuantan / Bentong )
  • Terengganu ( Dungun / Chukai )
  • Kelantan ( Kota Bharu / Machang )
  • Sabah ( Kota Kinabalu )
  • Sarawak ( Kuching, Miri, Bintulu, Sibu )

Sekiranya ada yang berminat dengan pos rider ini, boleh lah emailkan resume kepada [email protected]

  • Boleh juga membuat pendaftaran di sini → Google Doc

Untuk maklumat lanjut mengenai Pos Rider ini, rujuk gambar di bawah.

Baca juga – > JAWATAN KOSONG J&T SELURUH MALAYSIA 2020

SYARAT PERMOHONAN POS RIDER POS MALAYSIA 2020
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai Van (komersial) berpanel penuh atas nama sendiri / syarikat
  • Memiliki Lesen penuh GDL
  • Memiliki telefon pintar Android 5.0

JAWATAN POSMEN & KURIER

  • Gaji pokok termasuk elaun bermula RM1700
  • Selain itu, anda semua yang berminat dengan jawatan posmen dan kurier ini boleh juga membuat pendaftaran di sini
  • Untuk maklumat lanjut boleh rujuk gambar di bawah.

SYARAT PERMOHONAN POSMEN & KURIER POS MALAYSIA 2020

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun hingga 35 tahun
  • Kelayakan minimum SPM atau PMR
  • Memiliki lesen Kenderaan Penuh Kelas B2, D / GDL
  • Penempatan Cawangan adalah Sekitar SELANGOR

Dengan informasi yang dikongsikan ini, harap-harap dapat membantu anda semua untuk membuat pendaftaran dalam jawatan kosong Pos Malaysia 2020 ini.

Selepas pendaftaran, semua permohonan akan ditapis oleh pihak atasan. Jadi, semua permohonan yang diterima akan dishortlistkan untuk di temuduga.

Akan tetapi, sekiranya permohonan anda tidak menerima sebarang balasan selama 6 bulan dari tarikh permohonan, bermakna permohonan anda dianggap gagal.

Oleh itu, kepada semua yang sedang berusaha mencari kerja, dan sudah pun membuat permohonan untuk jawatan kosong di Pos Malaysia 2020 ini, diharapkan beroleh kejayaan dan semoga berjaya!

Secara Kesimpulannya, jangan berputus asa dalam mencari pekerjaan. Dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kita tahu ramai yang kehilangan kerja.

Namun, setiap yang berlaku, pasti ada hikmah tersembunyi.  Diharapkan kekosongan Jawatan Kosong Di Pos Malaysia 2020 ini dapat membuka peluang pekerjaan kepada ramai orang. Akhir kata, Selamat Maju Jaya dari team AksesInfo.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.