JAWATAN KOSONG KERANI SELURUH MALAYSIA MINIMA SPM DIPERLUKAN
Jawatan Kosong Kerani Seluruh Malaysia Minima SPM Diperlukan – Dengan minima SPM kita semua boleh memohon jawatan Kerani yang sedang diwar-warkan seluruh negeri ini.
Melalui beberapa website pencarian pekerja, kami kumpulkan beberapa kekosongan bagi jawatan kerani yang boleh diisi oleh semua pemohon yang layak.
Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan, boleh buat permohonan secara atas talian seperti yang saya kongsikan di bawah nanti.
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka dalam kamus dewan edisi keempat, kerana merupakan pekerja di pejabat yang membuat kerja-kerja seperti pengurusan surat, fail, rekod, dokumen dan sebagainya.
Pekerjaan kerani ni sangat penting dalam sesebuah syarikat kerana mereka inilah yang akan membantu menguruskan pelbagai perkara walaupun dilihat remeh dalam perniagaan atau bisnes.
Sekiranya melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), tugas kerani dinamakan juga sebagai pembantu tadbir dalam kategori (perkeranian/ operasi) dengan gred N17, N19 dan sebagainya.
JAWATAN KOSONG KERANI SELURUH MALAYSIA 2020
Untuk memohon jawatan kosong kerani ini mestilah menepati syarat dan garis kelayakan yang ditetapkan oleh setiap syarikat. Hal ini kerana setiap syarikat yang memerlukan pekerja kerani ini adalah datang daripada syarikat yang berbeza-beza.
Baca juga >> Tak pandai guna e-wallet? Ni cara tukarkan kepada CASH!
Syarat – syarat umum yang WAJIB bagi setiap pemohon adalah :
- Mestilah berwarganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas ketika membuat permohonan
- Permohonan mestilah dibuat secara atas talian sahaja. Tiada penghantaran borang secara manual diperlukan
- Mempunyai akaun bagi lamanweb ‘Pencari Pekerja’ untuk menghantar permohonan. Jika tiada, boleh daftar akaun terlebih dahulu. (Rujuk cara daftar di bawah)
Antara jawatan kerana yang ditawarkan adalah seperti berikut :
- Kerani Pengurusan (Admin Clerk)
- KANSON TYRE SDN BHD
- Negeri – Selangor
- Minima SPM
- Kerani Jualan (Sales Clerk)
- TS PLASTIC SDN BHD
- Negeri – Perak
- RM1500-RM1800 (sebulan)
- Minima SPM
- Pengalaman 1 tahun minima
- Hospital Billing Clerk
- ONCO LIFE CENTRE
- Negeri – Kuala Lumpur
- RM2000 – RM2500
- Minima STPM
- Pengalaman 2 tahun minima
CIRI-CIRI DAN KRITERIA PEMILIHAN CALON
Setiap majikan mestilah menginginkan para pekerja boleh membuat kerja dengan baik. Oleh itu, kriteria yang kebanyakan syarikat perlukan adalah seperti berikut :
- Boleh bekerja dalam kumpulan
- Berkarisma dan mempunyai semangat bekerja yang tinggi
- Boleh menerima arahan dengan baik
- Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik.
- Mempunyai pengetahuan am
- Dan berpenampilan kemas
CARA BUAT PERMOHONAN JAWATAN KERANI
Ikuti langkah demi langkah untuk buat permohonan jawatan ini. Diingatkan, untuk membuat permohonan ini, adalah melalui atas talian sahaja.
Dan setiap pemohon mestilah mempunyai akaun melalui laman web tersebut. Oleh itu, ikuti langkah berikut.
CARA MENDAFTAR AKAUN
STEP 1 – Buka laman web – JobStreet
STEP 2 – Isi Form untuk Sign Up (Daftar)
STEP 3 – Bagi yang sudah ada akaun, hanya perlu log masuk sahaja. Masukkan email dan kata laluan
STEP 4 – Pilih sama ada mempunyai pengalaman bekerja atau fresh graduate (jika tidak pernah bekerja selepas habis belajar). Kemudian klik Next
STEP 5 – Isi butiran detail mengenai diri pemohon. Dari segi sejarah pembelajaran, bidang pelajaran dan sebagainya. Kemudian klik Next.
STEP 6 – Ceritakan sedikit pengalaman bekerja (sekiranya pernah bekerja. Isi ruang kosong mengenai sejarah pekerjaan kita. Klik Complete
STEP 7 – Selesai daftar. Kita akan dibawa ke bahagian depan. Validate email.
Pastikan setiap detail atau butiran yang diberikan adalah tepat dan benar. Selepas mendaftar akaun, boleh lah membuat permohonan jawatan.
Melalui akaun ini, bukan hanya jawatan Kerani sahaja, malah apa-apa jawatan yang ditawarkan dalam laman web ini kitab oleh buat permohonan sekiranya rasa layak.
CARA BUAT PERMOHONAN
STEP 1 – Di bahagian dashboard, ade ruangan Search Jobs. Klik tab tersebut.
STEP 2 – Masukkan jawatan ‘CLERK’ di ruangan atas bahagian kiri. Klik Search. Kita dapat lihat sebanyak 1513 jawatan Clerk yang ditawarkan.
STEP 3 – Klik pada syarikat dan jawatan yang kita minat di sebelah bahagian kiri. Sekiranya betul-betul berminat dan ingin buat permohonan. Klik Apply Now.
STEP 4 – Step terakhir, jika ada soalan, boleh kemukakan dalam borang soalan yang disediakan. Jika selesai, klik button Submit Application.
Permohonan kita akan terus diterima oleh pihak syarikat yang kita mohon. Sekiranya permohonan kita tiada jawapan dalam masa tiga (3) bulan, ini bermakna permohonan kita ditolak dan status adalah GAGAL. Boleh cuba lagi dengan jawatan lain pula.
Namun jika permohonan kita diluluskan oleh pihak syarikat yang dimohon, kita akan dipanggil untuk ke peringkat seterusnya iaitu sesi temuduga. Tarikh temuduga akan diberikan untuk kita hadir.
Jika lulus pada sesi temuduga, barulah kita akan diterima untuk bekerja dalam sarikat tersebut. Tahniah sekiranya ada yang berjaya!
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Kerani Seluruh Malaysia Minima SPM Diperlukan ini boleh membantu mereka yang betul-betul sedang memohon pekerjaan atau mencari pekerjaan. Jadi, bolehlah kongsikan artikel ini kepada sahabat handai atau saudara mara kita yang memerlukan.
Kami di Akses Info mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua yang membuat permohonan jawatan dan yang sedang mencari pekerjaan.