Jawatan Kosong KKM 2020 Dibuka, Minima SPM / SKM

0 42,217

Jawatan Kosong KKM 2020 Dibuka, Minima SPM / SKM? Tawaran jawatan kosong ini terbuka kepada semua yang terlibat dengan minima peringkat SPM/SKM/Sijil Perdagangan Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka peluang pekerjaan kepada semua yang kini sedang mencari pekerjaan.

Berhadapan dengan situasi pendemik ini,  ramai yang turut terjejas sehingga ada yang kehilangan pekerjaan.

Hal ini mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia ini untuk mengambil para pekerja dalam membantu mengurangkan kadar pengangguran Malaysia.

Sebanyak 235 tempat kekosongan yang dibuka dalam kerja kosong KKM ini.

Walaubagaimanapun, mereka yang memohon haruslah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak KKM dan juga SPA .

Melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), terdapat syarat-syarat yang dikongsikan dan perlu dipatuhi.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN JAWATAN KOSONG KKM

  • Jawatan – PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
    [ Ianya di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dan Sabah Sarawak. ]
  • Kekosongan dibuka : 35                
  • Simpanan  : 200
  • Gaji yang ditawarkan ialah sebanyak bermula dari RM1,353 HINGGA RM4,005
  • SYARAT KELAYAKAN :
    • Berusia 18 tahun, dan merupakan warganegara Malaysia.
    • Memiliki dua (2) subjek Kepujian (termasuk Bahasa Melayu dan salah satu subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan) dan empat (4) subjek LULUS dalam SPM
    • Memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM dan Sijil Perdangan Malaysia perintkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau lekayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, atau
    • Memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan kosong ini merupakan salah satu jawatan di bawah kategori jawatan kosong kerajaan. Ini amat melegakan buat mereka ini baru-baru ni sahaja dalam mendapat kerja  

Bukan sahaja boleh mendapatkan pendapatan yang agak lumayan, bahkan kehidupan juga akan lebih terjamin. Jadi, rugi sangat-sangat kan sekiranya kita melengah-lengahkan dan tidak merebut peluang yang ada ini.

LANGKAH – LANGKAH  PENDAFTARAN JAWATAN KOSONG ATAS TALIAN

Sehingga 21 Jun 2020, tawaran ini dibuka untuk permohonan kita. Setiap permohonan mestilah melalui laman web rasmi iaitu di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ikuti Langkah-langkah di bawah ini untuk saya kongsikan bagaimana proses pendaftaran dibuat.

STEP 1 – Perlulah mendaftar terlebih dahulu di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di link ini.  >> PERMOHONAN ONLINE

STEP 2– Klik DAFTAR MYID BARU sekiranya pengguna baru. Dan Log masuk sekiranya sudah ada akaun SPA.

STEP 3 – Bagi pengguna baru, isi detail yang diperlukan seperti mana yang terdapat dalam laman web ini. Sesudah isi semuanya, klik butang DAFTAR.

STEP 4 – Isi Borang Maklumat Pemohon Dengan Lengkap. Antara maklumat yang perlu diisi ialah di bahagian akademik. Maklumat ko-kurikulum dan maklumat tambahan yang kita ada.

STEP 5 – Pilih bahagian Borang Permohonan Jawatan. Kemudian, isi borang tersebut dengan tepat dan lengkap. Pilih Latihan Separa Perubatan pada ruangan jawatan yang dipilih.

STEP 6 – Pemohon yang sudah pun mendaftar, boleh lah mengemaskini maklumat dan pastikan email kita tepat bagi mengelakkan kegagalan penerimaan sebarang email dari pihak majikan.

STEP 7– Klik butang SIMPAN dan tunggu sehingga dipanggil untuk tarikh temuduga. Anda akan dimaklumkan melalui email sekiranya BERJAYA.

BACA JUGA: MR D.I.Y Tawar Pekerjaan 1000 Kekosongan Seluruh Malaysia

SPA MENCARI PERKHIDMATAN AWAM YANG…

Dalam iklan penuh dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini, mereka mencari perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut :

  • Mempunyai keterampilan yang baik
  • Mempunyai semangat yang tinggi dalam kerja secara berkumpulan
  • Mempunyai bakat kepimpinan
  • Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  • Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Jadi, kepada yang sedang mencari pekerjaan boleh lah isi dan buat pendaftaran di portal rasmi SPA. Ikuti Langkah-langkah yang saya kongsikan di atas.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan pekerjaan yang ditawarkan oleh pihak majikan memalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini.

Jawatan Kosong KKM 2020 Dibuka, Minima SPM / SKM dan juga Sijil Perdangan Malaysia ini sudah boleh diisi dan tutup pada 21 Jun 2020.

Leave A Reply

Your email address will not be published.