JAWATAN KOSONG KONSTABEL POLIS GRED YA1 DIBUKA
Jawatan Kosong Konstabel Polis Gred YA1 dibuka tidak lama lagi. Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia memaklumkan di laman rasmi facebook mereka semalam.
Permohonan bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 ini akan mula dibuka selama 21 hari bermula 27 Julai 2020 iaitu hari Isnin sehingga 16 Ogos 2020 yang jatuh pada hari Ahad.
TUGAS KERJA KONSTABEL POLIS GRED YA1
Menjalankan tugas-tugas kepolisian selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik , Jabatan Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam dan cawangan khas.
Selain itu adalah Jabatan integrity dan pematuhan Standard, jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan teknologo serta Jabatan pendegahan jenayah dan Keselamatan Komuniti.
Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan.
Membuat rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiringi pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.

SKIM PERKHIDAMATAN BAGI JAWATAN KONTABEL POLIS GRED YA1
Syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Pihak Polis Diraja Malaysia adalah seperti berikut :
- Terbuka kepada Lelaki Sahaja
- Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 yang dikeluarkan melalui :
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016
- Syarat-syarat permohonan
- Terdiri daripada Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tida melebihi 28 tahun pada Tarikh permohonan secara online atau atas talian.
- Kelayakan Akademik
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Dan mempunyai 2 kepujian termasuk Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia serta lulus Ujian Lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Dan lulus empat mata pelajaran lain.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM1441.00]
- Dan mempunyai 2 kepujian termasuk Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia serta lulus Ujian Lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Dan lulus empat mata pelajaran lain.
- Lulus Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Dan mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred C)
- mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00)
- purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan
- Kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut :
- Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
- Teknologi Kejuruteraan Awam
- Perniagaan
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau
- Teknologi Kejuruteraan Marin atau
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
baca juga > Jawatan Kosong TLDM Dibuka
-
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- [ GAji Permulaan ialah Pada Gred YA1 : RM1507.01] atau
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
-
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya.
- [Gaji Permulaan ialah pada Gred YA1 : RM1573.02]
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya.
Setiap pemohon mestilah mempunyai tubuh badan yang sihat dan fizikal yang ditetapkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia. Syarat – syarat Fizikal yang ditetapkan adalah seperti berikut
- Tinggi sekurang-kurangnya 163 cm tanpa sepatu
- Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg
- Dan mempunyai Indeks Jisim Badan (BMO) di antara julat 19-26
- Ukuran lilit dada pula pada keadaan normal sebanyak 81 cm dan semasa menarif nafas 86 cm.
- Mestilah lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan mata kanan uang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan seperti kaca mata atau kanta pelengkap.
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar (kerajaan)

KELAYAKAN GAJI
Jadual Gaji | Gaji Minimum | Gaji Maksimum |
GRED YA1 | RM1442 | RM4152 |
· Kadar gaji Tahunan : RM105.00 |
ELAUN DAN KEMUDAHAN
- Elaun Tetap Perumahan (RM300)
- Elaun Cola (RM100 – RM350)
- Elaun Khidmat Awam (RM115)
- Elaun Khas PDRM (RM200)
- Elaun Seragam PRP / Konstabel (RM690)
- Elaun Kasut (RM300)
- Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah dan Sarawak atau sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima.
Boleh baca dan layari Skim jawatan di sini >> SKIM JAWATAN
Secara kesimpulannya, Peluang untuk menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia ini terbuka cerah buat mereka yang sangat meminati badan beruniform ini.
Ingat, bermual 27 Julai ini permohonan dibuka sehingga 16 Ogos 2020. Jangan lepaskan peluang!
Share dan tag kepada kawan-kawan serta ahli keluarga yang sedang mencari pekerjaan dan minat untuk bersama-sama dalam pasukan PDRM Malaysia dalam mengisi Jawatan Kosong Konstabel Polis Gred YA1 Dibuka Bermula 27 Julai.