Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia Minima PMR Boleh Mohon
Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia Minima PMR Boleh Mohon sehingga 15 Julai ini. LGM atau nama penuhnya Lembaga Getah Malaysia sedang membuka jawatan kosong untuk seluruh Malaysia.
Perindustrian getah ini merupakan industri yang menggabungkan aktiviti professional, saintifik dan juga teknikal. Penyelidikan dan pembangunan dalam sains pertanian.
Bermula 29 Jun lepas, Pihak LGM memuat naik di portal JobMalaysia beberapa jawatan kosong untuk diisi oleh seluruh rakyat Malaysia bermula dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau terkini PT3.
Daripada 19 jenis jawatan yang ditawarkan, terdapat 62 kekosongan jawatan yang perlu diisi buat masa ini.
Setiap jawatan mempunyai kriteria dan ciri yang berbeza. Bukan sahaja itu, malah tangga gaji juga sudah tentu berbeza bergantung kepada jenis jawatang yang disandang.
Tangga Gaji untuk jawatan -jawatan ini adalah bermula RM1216 sehingga RM5208.
Dari kebanyakan jawatan yang ditawarkan, banyak jawatan yang memerlukan kepada aspek kemahiran. Namun, tidak memandang enteng terhadap bidang akademik yang melayakkan.
ANTARA JAWATAN YANG DITAWARKAN
Berikut saya kongsikan beberapa jawatan yang dibuka kepada semua.
- PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J26
- 1 Kekosongan
- Tempat : Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Kelayakan Akademik :
- SPM/SPMV/MCE/o-LEVEL
- Sijil Kemahiran / kelulusan Bidang kemahiran
- Mendapat sekurang-kurangnya C dalam Bahasa Melayu peringkat SPM dan setaraf
- PEMBANTU PENYELIDIK GRED Q19
- 11 Kekosongan
- Tempat : Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Kelayakan Akademik : SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
- PEMBANTU AWAM GRED H11
- 12 Kekosongan
- Tempat
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Kota Tinggi Johor
- Kelayakan Akademik
- PMR/LCE/SRP
Baca Juga – Jawatan Kosong di Pasaraya ElewsMart
- PEMANDU KENDERAAN GRED H11
- 1 Kekosongan
- Tempat : Kuala Terengganu, Terengganu
- Kelayakan Akademik : PT3 / PMR / LCE
- PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41
- 5 Kekosongan
- Tempat ; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Kelayakan Akademik :
- Ijazah Sarjana Muda (Degree) Sains
- Ijazah Sarjana Muda (Degree) Pertanian / Sains Pertanian
- Ijazah Sarjana Muda (Degree) Sains [Teknologi dan Pengurusan Perladangan
- Ijazah Sarjana Muda (Degree) Kejuruteraan kimia
- Ijazah Sarjana Muda (Degree) Biologi
- Untuk Pegawai penyelidik Gred Q41 ini, keutamaan kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang :
- Patologi Tumbuhan
- Kejuruteraan Mekanikal (Mekatronik) atau
- Kimia / kimia Organik/ Kimia Analisa / Kimia Gunaan / Kimia Industri dan berdaftar dengan institute Kimia Malaysia serta berkebolehan dalam menyediakan dan membangunkan system dokumentasi makmal mengikut Skim Akreditasi Makmal-Makmal Malaysia yang berasaskan ISO/IEC 17025.
Jawatan -jawatan lain yang turut ditawarkan adalah :
- Jurutera Gred J48
- Penjaga Jentera Elektrik Gred J22
- Pengawal Keselamatan Gred KP11
- Pembantu Operasi gred N11
- Pembantu Tadbir (kewangan) Gred W19
- Pegawai Khidmat pelanggan Gred N19
- Pembantu Tadbir (Perkeranian /Operasi ) Gred N19
- Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
- Jurutera Gred J44
- Pegawai Teknologi Maklumat Gred F48
- Pegawai Teknologi Maklumat F41
atau boleh klik pautan –> SENARAI LENGKAP JAWATAN KOSONG LEMBAGA GETAH
SYARAT-SYARAT UTAMA PERMOHONAN
- Berumur 18 tahun dan keatas Ketika permohonan dibuat
- Mestilah warganegara Malaysia
- Mempunyai minima Sijil PMR atau PT3
CARA-CARA PERMOHONAN
- Permohonan di Lembaga Getah Malaysia ini hendaklah dilakukan secara atas talian sahaja.
- Permohonan mestilah dilakukan di laman web JobMalaysia. Jadi perlu ada akaun dan mendaftar dahulu di JobMalaysia.
- Pemohon perlu mengisi maklumat diri yang diperlukan dengan lengkap. Jangan lupa muat naik resume yang terkini pemohon.
- Semua permohonan, akan disemak oleh Pihak Lembaga Getah Malaysia secara satu persatu. Mereka yang layak akan dipanggil untuk temuduga.
- Permohoanan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan dari pihak LGM dikira TIDAK BERJAYA
- Permohonan dibuka sehingga 15 Julai 2020 iaitu pada Rabu akan datang.
Kepada yang sedang mencari pekerjaan, boleh lah usha dan cuba nashi dalam Lembaga Getah Malaysia ini. Mana tau ada rezeki kita di sini kan?
Jika kita tidak perlukan, sudi lah kiranya dapat kongsikan dan sebarkan kepada sabahat-sahabat dan ahli keluarga yang sedang mencari pekerjaan.
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia Minima PMR Boleh Mohon ini dapat membantu sedikit sebanyak.
Kami di Akses Info doakan semoga dipermudahkan urusan korang semua yang buat permohonan.