Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Langat PT3, SPM Layak Memohon

0 35

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Langat PT3, SPM Layak Memohon. Terdapat 7 kekosongan yang boleh diisi oleh rakyat Malaysia amnya, dan Warga Negeri Selangor Khasnya.

Majlis Perbandaran Kuala Langat telah mengeluarkan notis pengumuman kekosongan jawatan ini pada 17 Jun yang lepas di laman web rasmi mereka. Oleh itu, berita yang disampaikan ini adalah telus dan benar. 

Sehubungan dengan itu, borang permohonan untuk mengisi jawatan ini bermula 17 Jun sehingga lah 30 Jun. Dan ianya terbuka kepada sesiapa sahaja yang menepati ciri-ciri dan syarat – syarat yang ditetapkan.

KEKOSONGAN JAWATAN DI MPKL

Daripada tujuh (7) kekosongan yang ditawarkan, terdapat 6 jawatan atau jenis pekerjaan yang diperincikan. Antaranya ialah

  • Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred JA29
    • Taraf Jawatan : Kontrak
    • Kekosongan : 2
    • Jadual Gaji : Min RM1,549 – RM5,701
    • Syarat lantikan
      • Sijil dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institus pengajian tinggi tempatan atau politeknik tempatan (Gaji Permulaan : RM1549)
      • Diploma dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi tempatan atau kelayakan setaraf (Gaji Permulaan : RM1.935.02)
    • Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :
      • Kepujian Bahasa Melayu (Sekurang2nya C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ siji vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.
  • PEMBANTU PENGUATKUASA GRE KP19
    • Taraf Jawatan : Kontrak
    • Kekosongan : 1
    • Jadual Gaji : Min RM1,360 – RM4,052
    • Syarat Lantikan
      • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan (Gaji Permulaan : RM1,360)
      • Bekas anggota Polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan jawatan tersebut. Rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca, menulis dalam Bahasa Melayu. (Gaji Permulaan : RM1,360)
      • SPM atau kelayakan diiktiraf serta mempunyai Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan setaraf (Gaji Permulaan : RM1,416.40)
      • SPM atau kelayakan diiktiraf serta mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan setaraf (Gaji Permulaan : RM1,472.80)
      • Mempunyai syarat fizikial pancaindera :
        • Tinggi sekurang2-kurangnya 1.57m (lelaki ) 1.53m (Wanita) tanpa sepatu
        • Berat badan sekurang-kurangnya  48kg (lelaki) dan 46kg (wanita)
        • Mempunyai ukuran indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19-26
        • Mempunyai sekurang-kurangnya 79cm ukuran dada yang biasa dan 84cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
KEKOSONGAN JAWATAN2 INI HANYA BOLEH DIISI SECARA MANUAL
  • PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
    • Taraf Jawatan : Kontrak
    • Kekosongan : 1
    • Jadual Gaji : min RM1,352 – RM4,003
    • Syarat lantikan
      • SPM atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan (Gaji Permulaan : RM1,352)
      • SPM atau kelayakan dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan dan diiktiraf (Gaji Permulaan : RM1408)
      • SPM atau kelayakan yang diiktiraf serta mempunyai Sijil Kemahiran tahap 3 dalam bidang berkaitan dan diiktiraf (Gaji Permulaan : RM1,464.80)
      • Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ Sijil Vokasional atau kelulusan yang diiktiraf.
  •  PENGHANTAR NOTIS
    • Taraf Jawatan : Kontrak
    • Kekosongan : 1
    • Jadual Gaji : RM1,216 – RM2,983
    • Syarat Lantikan
      • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta memiliki lessen memandu seurang-kurangnya kelas B2.  (Gaji Permulaan : RM1,216)
      • Kepujian sekurang0kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3 atau PMR tau kelulusan yang setaraf dan diiktiraf.
    • Syarat Kelayakan SRP, PMR, atau PT3 :
      • Mendapat sekurang-kurangnya peringkat D dalam 5 subjek termasuk Bahasa Melayu dan juga Matematik
      • Bagi Skim perkhidmatan yang mensyaratkan kepujian dalam subjek tertentu seperti Bahasa Melayu atau Pengetahuan Agama Islam atau seumpanya diperingkat SRP, hendaklah dapat sekurang-kurangmnya Gred C dalam PT3 atau PMR

Dan terdapat 2 lagi jawatan yang ditawarkan untuk diisi di Majlis Perbandaran Kuala Langat ini. Boleh rujuk gambar di bawah atau pautan yang kami kongsikan.

>> JAWATAN TERSEDIA

1/5
2/5
3/5
4/5
5/5
CARA – CARA MEMOHON

Permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan borang Permohonan yang boleh diperolehi di Bahagain Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Kuala Langat atau muat turun daripada Laman Web rasmi MPKL di sini

>> BORANG PERMOHONAN

 Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/ Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua jabatan mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005

Borang permohonan mestilah lengkap diisi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan :

  • Gambar berukuran passport
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa Pemohon
  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
  • Salinan Sijil Kelahiran Ibu Bapa Pemohon
  • Salinan Sijil Akademik dan ko-kurikulum
  • Salinan Sijil Penghargaan

**semua dokumen hendaklah disahkan oleh Wakil Rakyat/ Penghulu/ pengetua/ Guru Besar atau pegawai yang setara atau lebih tinggi.

** Nama jawatan hendaklah dicatat di penjuru kanan sampul surat

Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak. Dan hanya calon yang layak melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga

Permohonan yang tidak mendapat jawapan Selepas enam (6) bulan dari Tarikh iklan ditutup dianggap GAGAL

Borang yang telah lengkap diisi, hendaklah dihantar (sampai ke meja pejabat) selewat-lewatnya jam 4.30 pada Tarikh tutup permohonan. Hantar kan ke alamat :

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT
PERSIARAN MAJLIS, JALAN SULTAN ALAM SHAH
42700 BANTING
SELANGOR

Tarikh Tutup Permohonan : 30 Jun 2020

cara memohon

Jadi, kepada sesiapa yang sedang mencari pekerjaan, boleh lah untuk cuba memohon kekosongan yang ada di MPKL ini.

Semoga info yang kami kongsikan ini dapat membantu anda dalam mebcari pekerjaa yang sesuai dengan keadaan dan kawasan anda.

Oleh itu, jangan lupa isi Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Langat PT3, SPM pun Layak Memohon kekosongan  yang ada.

Kongsikan Jika ada kawan-kawan atau keluarga kita sedang perlukan pekerjaan ini.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.