JAWATAN KOSONG POLIS BANTUAN 2020 DIBUKA

0 9,310

Jawatan Kosong Polis Bantuan 2020 Dibuka untuk beberapa syarikat seluruh Malaysia yang memerlukan perkhidmatan polis bantuan ini.

Terdapat beberapa buah syarikat yang dilihat membuka tawaran kekosongan bagi polis bantuan, namun untuk entri ini saya akan perincikan mengenai Jawatan Kosong Polis Bantuan KTMB.

Keretapi Tanah Melayu Berhad atau KTMB kini sedang membuka peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia untuk memohon kerja kosong Polis Bantuan yang ditawarkan.

Jawatan ini dibuat secara terbuka baik kepada lelaki mahupun perempuan. Grade bagi jawatan polis Bantuan ini ialah Grade KP10G12.

Ramai yang sedia maklum, KTM merupakan sebuah syarikat pengangkutan yang besar dan mula dikendalikan sejak tahun 1885 lagi.

Sejarah KTMB
Sejarah KTMB

Selain daripada jawatan kosong Polis Bantuan, Pihak KTMB turut membuka peluang pekerja bagi mengisi beberapakan lagi jawatan kosong yang lain. Antaranya :

  • Internship
  • Polis Bantuan Lelaki dan Perempuan (Grade KP10G12)
  • Senior Executive, Tender & Contract (N04AG06) -Finance & Procurment Department
  • Senior Executive, Vendor (N04AG06) – Finance & Procurment Department
  • Trainer (N05AG07)
SPESIFIKASI TUGAS POLIS BANTUAN

Bagi jawatan polis Bantuan yang dibuka, berikut merupakan spesifikasi Tugas yang perlu dilaksanakan.

Menjalankan Semua Aspek Penugasan Kepolisian Di Seluruh Rangkaian dan Premis KTMB Seperti :

  • Membuat kawalan di Depoh
  • Menjaga keselamatan orang ramai di Stesen dan platform
  • Membuat rondaan berjalan kaki dan kenderaan jabatan di sepanjang landasan
  • Membuat rondaan di dalam tren (On Board)
  • Memantau kawalan 24 jam melalui CCTV
  • Mengiringi VVIP
  • Kawalan Penghantaran Wang (CIT)

Bukan biasa-biasa tugas polis bantuan ini. Memang sangat besar bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan Kawasan tersebut.

Baca Juga >> Hukuman Berat Buat Pemandu Mabuk 

Bagi yang ingin membuat permohonana Polis Bantuan ini, perlu lah dilakukan segera kerana TARIKH TUTUP PERMOHONAN ialah pada 24 Julai 2020.

Namun, pastikan pemohon merupakan calon yang layak untuk diterima sebagai Polis Bantuan di KTMB ini.

SYARAT KELAYAKAN POLIS BANTUAN

Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Pihak KTMB kepada semua calon Polis Bantuan ini ialah seperti berikut :

  • Lulus lima (5) mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termask lulus Bahasa Melayu Dan Sejarah
  • Umur mestilah tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun (calon luar) 30 tahun (calon dalaman)
  • Tinggi tidak kurang daripada 165 cm bagi lelaki dan 157 cm bagi wanita. Tanpa sepatu.
  • Berat badan yang sesuai bagi jawatan ini ialah tidak kurang daripada 52 kg untuk calon lelaki. Manakala calon wanita pula, berat badan mestilah tidak kurang daripada 48 kg.
  • BMI yang diperlukan bagi kedua-dua calon ialah antara julat 19 – 29
  • Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/0 tanpa cermin mata atau kanta pelengkap
  • Calon hendaklah boleh berkomuniasi dan menulis dengan baik dalam Bahasa Malaysia.
  • Calon mestilah bebas daripada segala jenis dadah atau pun jenayah. Pihak Polis Diraja Malaysia akan membuat saringan ujian air kencing.
  • Dan Calon mestilah sentiasa bersedia untuk ditempatkan di mana-mana lokasi yang ada di seluruh rangkaian KTM Berhad.
Jawatan Kosong KTMB
Jawatan Kosong KTMB

Permohonan Jawatan Kosong Polis Bantuan ini hendaklah dibuat menerusi Link E-Recruiement KTMB

>> LINK PERMOHONAN

Permohonan mestilah dibuat sebelum 24 Julai 2020. Sebarang pertanyaan mengenai jawatan kosong ini bolehlah dibuat melalui Unit Perancangan Kakitanga, Jabatan Modal Insan Keretapi Tanah Melayu Berhad di talian 03-22631312/1368

Permohonan yang disenarai pendek akan dihubungi untuk diminta hadir ke temuduga yang bakal dilakukan kelak.

DIharapakan mereka yang sedang mencari pekerjaan dan bercita-cita untuk menjadi Polis Bantuan ini, boleh lah membuat permohonan dalam kadar segera.

Semoga perkongsian mengenai Jawatan Kosong Polis Bantuan 2020 Dibuka ini dapat membantu anda. Bolehlah kongsikan artikel ini kepada sahabat dan ahli keluarga kita yang sedang mencari pekerjaan.

Kami di Akses Info mendoakan Selamat Maju Jaya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34