JAWATAN KOSONG RELA KINI DIBUKA, MINIMA SPM BOLEH MOHON
Jawatan Kosong Rela Kini Dibuka Minima SPM Boleh Mohon bermula hari ini sehingga Tarikh tutup permohonan. Permohonan Rela ini adalah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebelum ini dikenali sebagai Ikatan Rakyat Malaysia dan Pasukan Sukarelawan Malaysia. Pasukan ini merupakan sebuah persatuan eruniform yang ditugaskan untuk memabntu memelihara dan mengekalkan keselamatan negara.
Antara tugas dan peranan RELA ialah :
- Sebagai duta kecil kerajaan dalam penyebaran pelaksanaan dasar-dasar kerajaan
- Melaksanakan jaringan Kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan
- Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat
- Membangunkan modal insan melalui Latihan yang bersesuaian
JAWAWAN KOSONG RELA 2020
- Nama Jawatan – Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 ( Jabatan Sukarelawan Malaysia)
- Kementerian / Jabatan – Jabatan Pertahanan Awam
- Kekosongan – 15 dan simpanan seramai 15
- Jadual Gaji – Minima (RM1,360) Maksima (RM4,052)
# Kadar kenaikan gaji tahunan sebanyak RM100.
Setiap jawatan yang dibuka sudah pasti mempunyai syarat-syarat yang wajib dipatuhi oleh pemohon. Ini sangat penting bagi memastikan kekosongan jawatan tersebut diisioleh orang yang selayaknya.
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada Tarikh tutup iklan jawatan
- Mempunyai :
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktirad setaraf dengannya oleh Kerajaan. ( Gaji Permulaan : RM1360) atau
- Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan jawatan tersebut serrta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik, boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. (Gaji Permulaan : RM1360)
- SPM aau kelayakan setaraf serta sijil kemahiran Malaysia Tahap 2 (SKM 2) dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM1416.40)
- SPM atau kelayakan setaraf dan mempunyai sijil kemahiran Malaysia Tahap 3 )SKM 3) dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf. (Gaji Permulaan : RM1472.80)
- Selain daripada itu, para pemohon mestilah menepati syarat – syarat ukuran fizikal dan pancaindera :
- Tinggi lelaki – sekurang-kurangnya 1.57 meter tanpa sepatu
- Tinggi wanita – Sekurang-kurangnya 1.53 meter tanpa sepatu
- Berat badan 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita
- Mempunyai BMI di antara julat 19 hingga 26
- Memiliki ukuran dada 78 sm bagi yang biasa dan 84 sm Ketika menarik nafas. Ini hanya untuk lelaki sahaja.
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta pelengkap.
- Pengecaman warna dan pendengaran tidak cacat
- Diperiksa dan diperaskui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Baca Juga >> Pengambilan Baru Tentera udara
Deskripsi tugas bagi jawatan ini ialah :
Bertanggungjawab mengetuai Pejabat Pertahanan Awam Daerah yang bertanggungjawab ke atas tugas-tugas pentadbiran / kewangan, pengurusan pasukan dan operasi bencana daerah berkenaan.
Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 15 Julai 2020 (Rabu). Oleh itu, calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan ini tidak perlu untuk mendaftar semula.
Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada Tarikh mendaftar.
Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temu duga yang terkini. Tarikh tutup permohonan baru bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 15 Julai 2020 jam 11.59 malam
Untuk permohonan Jawatan Sukarelawan Malaysia ini, boleh klik pautan borang ini.
Segala info tentang jawatan kosong ini ada dimuat naik di laman facebook rasmi RELA Malaysia dan juga laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Semoga perkongsikan mengenai Jawatan Kosong Rela Kini Dibuka Minima SPM Boleh Mohon ini dapat membantu anda yang sedang mencari pekerjaan untuk memohon.
Kami di Akses Info mendoakan Selamat Maju Jaya kepada semua!