Jawatan Kosong Tentera Laut DiRaja Malaysia Dibuka Minima SPM

0 2,928

Jawatan Kosong Tentera Laut DiRaja Malaysia Dibuka Minima SPM bermula 16 Julai 2020 sehingga 1 Ogos 2020. Berita ini diumumkan melalui laman facebook rasmi mereka mengenai kekosongan dan pengambilan perajurit muda ini.

Terdapat dua (2) kategori pengambilan perajurit muda (PtM) TLDM siri 222/20 iaitu terbuka untuk Lepasan SPM/SVM dan juga Lepasan Diplima Kejuruteraan.

Seperti yang sedia maklum, TLDM atau tentera laut diRaja Malaysia merupakan salah satu daripada cabang kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

TLDM merupakan agensi utama yang bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan pertahanan maritime negara.

Penguasaan TLDM meliputi 603,210 kilometer persegi (hampir 2 kali ganda keluasan daratan Malaysia) yang merangkumi Kawasan persisiran dan zon ekonomi eksklusif milik negara.

Pengambilan Baru untuk Perajurit Muda ini menetapkan syarat-syarat kelayakan yang wajib dipatuhi oleh setiap pemohon sebelum membuat permohonan.

Pengambilan Perajurit Muda PtM
Pengambilan Perajurit Muda PtM
SYARAT KELAYAKAN PEMOHON
  • Semua calon lelaki dan wanita berwarganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun hingga 25 tahun pada Tarikh 1 Mac 2021
  • Skim SPM dan SVM (bagi lelaki dan wanita)
  • Skim Diploma Kejuruteraan (lelaki sahaja)
  • Taraf Perkahwinan (Bujang – tidak pernah berkahwin)
  • Pemohon mestilah bebas daripada sebarang kes jenayah / dadah / juvana

Tidak hanya syarat kelayakan kemasukan, malah tahap akademik juga turut dititikberatkan oleh pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN AKDEMIK

BAGI LEPASAN SPM/SVM

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    1. Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia
    2. Lulus dalam matapelajaran Sejarah
    3. Keutamaan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam :
      • Bahasa Inggeris
      • Matematik
      • Sains
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
    1. Kepujian dalam Bahasa Melayu

BAGI LEPASAN DIPLOMA KEJURUTERAAN

  1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam Bahasa Melayu.
  2. Pemohon perlu mengemukakan sijil diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi
  3. Diploma yang diiktiraf oleh Malaysia Qualification Agency (MQA) seperti berikut :
    • Diploma in Engineering
    • Diploma in Electrical Engineering
    • Diploma in Electronics Engineering
    • Diploma in Electrical and Electronic Engineering
    • Diploma in Marine Engineering
    • Diploma in Mechanical Engineering
    • Diploma in Mechatronic Engineering
    • Diploma in Manufacturing Engineering
    • Diploma Engineering in Aircraft Maintenance
    • Advanced Diploma in Engineering

Sekiranya pemohon memiliki sijil kokurikulum, kecemerlangan dalam bidang sukan dan berkebolehan berenang akan diberi keutamaan. Keutamaan juga akan diberikan kepada atlit yang sedang aktif mewakili NEGERI atau NEGARA dalam kejohanan yang diiktiraf dalam sukan tertentu. i

Setiap pemohon mestilah mempunyai taraf kesihatan yang sihat tubuh badan dan tidak mempunyai sebarang penyakit dan kecacatan fizikal.

TARAF KESIHATAN

  • Sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran dalam keadaan baik tanpa sebarang alat bantuan
  • Penglihatan – jelas tanpa cermin mata, atau kanta pelengkap serta tidak mempunyai masalah rabun warna
  • Syarat minimum untuk ukuran fizikal adalah seperti berikut :

 

UKURAN LELAKI WANITA
Tinggi (min) 162 cm 160 cm
Berat (min) 47.5 kg 46.5 kg
BMI 18- 25 18-23
Beza ukuran dada (pernafasan)

5 cm

4 cm
GAJI, ELAUN DAN KEISTIMEWAAN
  • Gaji permulaan yang akan diterima oleh Latihan Perajurit Mudah (Selama 6 bulan) adalah sebanyak RM1774.00

Bagi yang diperjwatkan dengan kelulusan SPM atau SVM adalah sebanyak RM1879.00 manakala diperjawatan dengan Diploma (Tugas Khusus) akan diberikan sebanyak RM2341.07.

Jumlah gaji yang diberikan ini termasuk dengan Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Insentif Khas ATM (RM200).

  • Kenaikan Tahunan – Kenaikan Gaji Tahunan yang ditetapkan mengikut pangkat
  • Bayaran Elaun dan Insentif (tertakhluk kepada syarat dan kelayakan)
    • Bayaran Insentif Khas Pasukan Khas Laut
    • Bayaran Insentif Krew Kapal Selam
    • Bayaran Insentif Sabah/ Sarawak/ Semenanjung.
    • Tuntutan Perjalanan dari Rumah ke Tempat Bertugas
    • Tuntutan Cuti Tahunan
  • Keistimewaan –
    • Rawatan perubatan dan pergigian
    • Pakaian Seragam
    • Waren Perjalanan Tahunan
    • Sajian dan Tempat Tinggal bagi yang Bujang
    • Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera
    • Peluang melanjutkan pelajaran melalui Skim Pengajian Tinggi secara PERCUMA
    • Pengiktirafan sebagai Certified Technician (Tc)

Baca Juga >> Jawatan Kosong Polis Bantuan KTMB

LANGKAH -LANGKAH DAN PROSES PERMOHONAN
  • Pemohon perlu menimbas kod DR untuk mendaftar maklumat awal

  • Butiran maklumat awal akan disemak dan diproses oleh TLDM
  • Calon yang berjaya melepasi tapisan maklumat awal akan menerima Borang Permohonan Memasuki Perkhidmatan TLDM melalui email yang didaftarkan pada 13 Ogos 2020
  • Pemohon perlu melengkpkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa 3 hari dari tatikh penerimaan borang
  • Pemohon yang berjaya akan diberitahu melalui SMS dan Emel
  • Pemohon perlu melapor diri ke pusat pemilihan lokasi yang dipilih
  • Pemohon hanya perlu mendaftar SEKALI sahaja

PERINGATAN!

  • Hanya Calon yang mengini borang online sahaja dan memenuhi syarat yang telah dinyatakan akan berpeluang dipilih untuk ke pemilihan awal
  • Mana -mana pemohon yang hadir tanpa pendaftaran online dan hanya buat pendaftaran (walk in) TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN

>> Tarikh tutup pemohonan adalah – 1 Ogos 2020

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Pengambilan Perajurit Muda (PtM) boleh menghubungi Markas berikut :

Markas Tentera laut
Cawangan Perkhidmatan Sumber Manusia -Bantuan
Wisma Pertahanan
Jalan padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Emel – pengambilantldm@navy.mi.my
Telefon – 0192104163

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan tempat dalam TLDM. Jawatan Kosong Tentera Laut DiRaja Malaysia Dibuka Minima SPM. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34