JAWATAN KOSONG UKM 2020

0 798

Jawatan Kosong UKM 2020 sedang dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan. Terdapat 29 jawatan yang ditawarkan dan permohonan akan ditutup pada 9 June 2020 iaitu hari Selasa.

Universiti Kebangsaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai UKM terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Universiti ini telah pun berusia 50 Tahun dan pernah menduduki tangga ke 12 Dunia dalam Universiti Terbaik kategori usia bawah 50 tahun.

Anggaran gaji yang bakal diperolehi buat mereka yang berjaya mendapatkan jawatan – jawatan ini ialah dalam RM1100 – RM13,256.

Berikut kami senaraikan jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan kepada anda semua.

  1. JURUPULIH PERUBATAN U29
    1. Elaun
      1. Imbuhan Tetap Perumahan RM300
      1. Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM160
      1. Bantuan Sara Hidup RM350
      1. Gaji ( RM1797.00 – RM5753.00)
      1. Jawatan – TETAP
  • Syarat Lantikan
    • Warganegara Malaysia
    • Mempunyai diploma dalam bidang fisioterapi, pemulihan cara kerja atau bidang berkaitan yang diiktiraf kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
    • Mempunyai sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • JURURAWAT U29
    • Elaun
      • Imbuhan Tetap Perumahan RM300
      • Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM160
      • Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (15% daripada gaji pokok sebulan)
      • Bantuan Sara Hidup RM350
      • Gaji (RM1797.00 – RM5737.00)
      • Jawatan – TETAP
  • Syarat Lantikan
    • Warganegara Malaysia
    • Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia
  • Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
    • Sekurang-kurangnya Gred C dalam SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Keutamaan
    • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki sijil pos basik (OT, Orthopedik, Pediatric, NICU, PICU dan A&E)
  • Syarat Untuk Kenaikan Pangkat
    • Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh pihak berkuasa untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29.

Baca juga: JAWATAN KOSONG DI POS MALAYSIA 2020

  • PEGAWAI KEWANGAN W41
    • Elaun
      • Imbuhan Tetap Perumahan RM300
      • Imbuhan tetap Khidmat Awam RM300
      • Bantuan Sara Hidup RM300
      • Gaji RM2094.00 – RM9585.00
      • Jawatan TETAP / KONTRAK
  • Syarat Lantikan
    • Warganegara Malaysia
  1. Ijazah Sarjana Muda dalam perdagangan @ pengajian perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan dari Institusi  pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • (Gaji Bermula RM2094.00) atau
  1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • (Gaji permulaan ialah pada Gred W41: RM2,300.73) atau
  1. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • (Gaji permulaan ialah pada Gred W41: RM2,819.63) atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    • (Gaji permulaan ialah pada Gred W41: RM2,819.63) atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    • (Gaji permulaan ialah pada Gred W41: RM2,923.41) atau
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
    • (Gaji permulaan ialah pada Gred W41: RM3,027.19)
  • Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
    • Sekurang-kurangnya Gred C dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
    • Mempunyai Kelayakan di atas atau
    • Lulus Peperiksaan Khas

Terdapat 26 lagi jawatan kosong UKM 2020  yang ditawarkan dengan lebih detail dan lengkap. Boleh rujuk link di bawah ini untuk lebih detail.

>> https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm

>> https://smk.ukm.my/sppj/infojwtn_pnpukm_L.cfm?kodjwtn=#N00301


Bagi anda yang sedang mencari pekerjaan, boleh lah mencuba untuk mengisi jawatan kekosongan dan berkhidmat dalam bahagian pengurusan di Universiti Kebangsaan Malaysia ini.

Tarikh akhir permohonan ini ialah 9 Jun 2020 iaitu hari Selasa. Bagi permohonan yang tidak mendapat maklum balas dalam tempoh empat (4) bulan, dikira tidak berjaya.

Semoga maklumat Jawatan Kosong UKM 2020 ini dapat membantu anda mendapatkan maklumat yang tepat dan pantas.

Kami dari team aksesinfo mengucapkan selamat maju jaya kepada anda semua yang sedang mencari pekerjaan ini.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.