JPN MALAYSIA TAWAR KERJA KOSONG MINIMA SPM

0 19,760

JPN Malaysia Tawar Kerja Kosong Minima SPM melalui portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Berita gembira ini diumumkan dalam facebook rasmi milik SPA.

Seperti yang ramai sedia maklum, Jabatan Pendaftaran Negara atau JPN merupakan sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam negeri Malaysia.

Bertanggungjawab dalam mendaftar peristiwa- peristiwa penting setiap individu seperti kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan penceraian.

Selain itu, JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan identity individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.

Pembantu Jawatan KP19
Pembantu Jawatan KP19
JAWATAN KOSONG PEMBANTU PENDAFTARAN GRED KP19

Bagi mereka yang memohon jawatan ini, tugas utama mereka ialah bertugas untuk memproses permohonan -permohonan dokumen seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Sijil Kewarganegaraan.

Selain itu juga turut memproses Sijil Perkahwinan dan Penceraian, serta Sijil Pindaan Butiran. Selain daripada tugas-tugas lain yang berkenaan dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Nama Jawatan yang ditawarkan :

  • PEMBANTU PENDAFTARAN GRED KP19
    (Jabatan Pendaftaran Negara – Semenanjung)
  • Kekosongan 18 ( Simpanan – 100)
  • Gaji Permulaan ( RM1,3555.00) max (RM4,007.00)
    Kadar kenaikan gaji tahunan (RM100.00)

SYARAT KELAYAKAN

  • Memiliki dua (2) Subjek Kepujian (termasuk lah subjek Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia) dan memiliki empat (4) subjek Lulus pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau

 

  • Memiliki dua (2) subjek Kepujian (termasuk lah subjek Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia) dan memiliki empat (4) subjek Lulus pada peringkat SPM serta mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT LANTIKAN 

  • Wargangenara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan [Gaji permulaan RM1,360.00]
  • SPM atau kelayakan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan berserta mempunyai SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan diiktiraf setaraf [ Gaji Permulaan RM1,416.40]
  • SPM atau kelayakan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan beserta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan diiktiraf setaraf [ Gaji Permulaan RM1,472.80]

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Jawatan Kosong Pembantu Pendaftaran Gred KP19 yang dibuka oleh Jabatan pendaftaran Negara (JPN) melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini akan ditutup pada 26 Julai 2020 iaitu pada hari Ahad jam 11.59 malam

Baca juga >> Jawan Kosong Polis Konstabel PDRM

CIRI-CIRI PEMOHON YANG DICARI

PIhak JPN mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut :

  • Mempunyai keterampilan yang baik
  • Mempunyai semnagat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  • Mempunyai bakat kepimpinan
  • Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  • Mempunyai kelaykan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan

Kepada semua yang berminat untuk memohon jawatan ini, pastikan mempunyai ciri-ciri yang lengkap seperti yang digariskan pihak JPN dan SPA.

Baik layak dari segi ciri keperibadian, ciri fizikal mahupun kelayakan akademik yang ditetapkan. Semoga semua pemohon yang betuk-betul perlukan jawatan ini dipermudahkan urusan sehingga berjaya.

Bagi semua calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas, tidak perlu untuk mendaftar semula.

Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahu daripada Tarikh mendaftar.

Calon – calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temu duga uang terkini. Semua ini haruslah dilakukan sebelum Tarikh tutup iaitu 26 Julai 2020 jam 11.59 malam.

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN

laman web SPA
Laman Web SPA
  • STEP 2 – Klik Permohonan Jawatan seperti di atas
Link Pendaftaran SPA
Link pendaftaran
  • STEP 3 – Klik link dalam Kotak biru seeprti gambar di atas atau klik link di bawah

>> LINK PERMOHONAN

Isi Maklumat Diri
Isi Maklumat Diri
  • STEP 4 – Log Masuk dan Isi butiran diri

Kami dari Akses Info mendoakan semua pemohon layak dan mendapat pekerjaan yang dipohon ini.

Semoga perkongsian mengenai  JPN Malaysia tawar Kerja Kosong Minima SPM ini dapat membantu semua yang sedang mendapatkan pekerjaan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34