LEBIH 1000 KEKOSONGAN JAWATAN DI MYDIN SELURUH MALAYSIA

0 4,029

Lebih 1000 Kekosongan Jawatan di Mydin Seluruh Malaysia kini dibuka untuk pengambilan. Melalui program PENJANA KERJAYA MYDIN, terdapat pelbagai jenis jawatan yang ditawarkan.

Melalui laman facebook rasmi mereka 2 Julai lalu, Pihak Mydin ada memuat naik sekeping gambar poster untuk pencarian pekerja dan tarikh temuduga yang bakal diadakan.

Antara jawatan yang ditawarkan oleh Pihak Mydin ialah :

  • Juruwang
  • Pembantu Jualan
  • Pembantu Stor
  • Sekuriti

Empat (4) tawaran yang ditawarkan ini adalah untuk seluruh cawangan seluruh Malaysia. Namun, tempat untuk temuduga akan dilakukan di beberapa cawangan mydin yang terpilih sahaja.

Syarikat Mydin merupakan salah sebuah daripada syarikat pasaraya yang terbesar di Malaysia. Dengan jumlah cawangan yang ada, syarikat Mydin mampu untuk menambah lagi jumlah para pekerja di cawangan yang ada.

SENARAI CAWANGAN UNTUK TEMUDUGA

Bagi memenuhi jawatan kekosongan yang ditawarkan, berikut merupakan senarai  tempat temuduga yang bakal dilaksanakan. Ianya terbahagi kepada 4 kawasan utama iaitu :

  • Cawangan Lembah Klang
  • Cawangan Selatan
  • Cawangan Pantai Timur
  • Cawangan Utara

Oleh itu, para pemohon bolehlah pilih untuk ke tempat temuduga yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal kita. Ia bukan sahaja memudahkan para pemohon, ia juga memudahkan pihak Mydin dalam memilih para pekerja kelak.

Bagi Cawangan Lembah Klang, lima (5) tempat temuduga yang akan dijalankan ialah di

  • MYDIN Hypermarket USH ( Subang Jaya )
  • MYDIN Emporium Kajang ( Kajang )
  • MYDIN Mart 2218 ( Shah Alam )
  • MYDIN CDC, U10 ( Puncak Alam )
  • PERKESO Wilayah, Jalan Tun Razak ( Kuala Lumpur )

Bagi Cawangan Selatan pula, akan dibuat di dua tempat berasingan negeri iaitu satu di Negeri Melaka dan satu lagi di Negeri Johor.

  • MYDIN Hypermarket MITC ( Melaka )
  • MYDIN Hypermarket Mutiara Rini ( Johor )

Agak sukar juga lah sebab Negeri Johor mempunyai ramai penduduk dan hanya tertumpu pada 1 kawasan temuduga sahaja. Tapi apa – apa pun boleh cuba dahulu ye.

TIdak ketinggalan buat penduduk di Kawasan Pantai Timur. Juga terdapat dua ktempat temuduga yang akan dibuat iaitu di Negeri terenggan dan juga Negeri Kelantan.

Baca juga –> Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia Minima PMR

  • MYDIN Hypermarket Kubang Kerian ( Kelantan )
  • MYDIN Hypermarket Kuala Terengganu ( Terengganu )

Sudah pasti ramainya yang akan berduyun – duyun menyerbu pusat – pusat mydin ini untuk tidak melepaskan peluang menghadiri temuduga ini. Semoga ada rezeki buat kalian semua.

Bagi di Kawasan Utara, dua (2) cawangan Mydin yang akan digunakan untuk tempat temuduga ialah di :

  • MYDIN Hypermarket Bukit Mertajam ( P.Pianang )
  • MYDIN Hypermarket Meru Raya ( Perak )

BERMULA 14 JULAI HINGGA 16 JULAI 2020

Jadi, semua calon diminta hadir ke tempat – tempat tersenarai bagi menjalani proses temuduga secara terbuka. Tarikh temuduga ini diadakan bermula 14 Julai ( Selasa ) sehingga 16 Julai 2020 ( Khamis).

Sesi temuduga itu bermula jam 9.00 pagi dan akan berakhir jam 5.00 petang. Kesemua calon yang berminat untuk mendapatkan pekerjaan ini, bolehlah hadir dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Kami di Akses Info mendoakan yang terbaik untuk anda. Terutama buat mereka yang sekian lama mencari pekerjaan. Semoga bantuan dari pihak MYDIN dengan membuka peluang pekerjaan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua.

Sebarkan berita gembira ini, supaya ada sahabat atau ahli keluarga kita yang belum mengetahuinya cakna dan sempat untuk buat persiapan sebelum hari temuduga dijalankan.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Bahagian Sumber Manusia di talian :

  • +60380736000 (7172)
  • +60162120703 (Rosillah)
  • +60173427908 (Hafizee)

Semoga perkongsian lebih 1000 Kekosongan Jawatan di Mydin Seluruh Malaysia ini dapat membantu anda semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34