LEBIH 400 JAWATAN KOSONG PENGAWAL KESELAMATAN MINIMA PMR
Lebih 400 Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan Minima PMR kini dibuka untuk pengambilan baru bermula Julai 2020 ini.
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan (CGSO) melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia membuka jawatan kosong kepada seluruh rakyat Malaysia bagi mengisi kekosongan sebagai Pengawal Keselamatan.
Pengawal Keselamatan atau Bahasa tidak rasminya, jaga adalah orang yang bekerja mengawal dan menjaga keselamatan seseorang yang penting, rumah, bangunan, pejabat dan sebagainya.
Biasanya mereka ini diuruskan oleh sebuah syarikat keselamatan. Penting nya pengawal keselamatan adalah untuk menjaga keselamatan nyawa dan harta benda.
Risiko kerja keselamatan ini juga terdedah kepada sebarang marabahaya seperti ditembak, dipukul, dicaci maki oleh pengunjung, perompak atau orang yang tidak dikenali.
Pihak Kementerian Dalam Negeri telah menggariskan sebahagian syarat -syarat kelayakan untuk bekerja dalam sektor ini kerana ianya merangkumi perlindungan keselamatan dan pertahanan.
JAWATAN KOSONG PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
Majikan – Kumpulan Pelaksana
Jawatan – Pengawal Keselamatan Gred KP11 (Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia [CGSO])
Kekosongan – 65
Simpanan – 350
Gaji – RM1205 (minima) RM2939 (Maksima)
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan – RM80
Pihak SPA dan Pihak CGSO telah menetapkan syarat-syarat kelayakan yang wajib dipatuhi oleh setiap pemohon.

SYARAT KELAYAKAN
- Memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan empat (4) lulus (termasuk subjek Matematik) pada peringkat SRP/PMR/PT3 atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan oleh Kerajaan
- Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
- Memenuhi syarat Ukuran Fizikal dan Pancaindera seperti yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan :
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.57 meter bagi lelaki dan 1.53 meter bagi wanita tanpa sepatu.
- Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita
- Mempunyai indeks Jisim Badan (BMI) di antara julay 19 hingga 26
- Sekurang-kurangnya berukuran 79 cm ukuran dada biasa dan 84 cm ukuran ketika menarik nafas. Ia diukur bagi lelaku sahaja
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan. Perlu diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan bantuan cermin mata atau kanta pelengkap.
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
SYARAT LANTIKAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada Tarikh tutup iklan jawatan
- Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
[ GAJI PERMULAAN – RM1,205.00 ] - Bekas Polis atau tentera (seperti yang tertera di atas)
[ GAJI PERMULAAN – RM1,205.00 ]
- Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Baca Juga > Jawatan Kosong PTD 2020
Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula.
Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada Tarikh mendaftar.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temu duga yang terkini. Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 26 Julai 2020 (Ahad) jam 11.59 malam.
Sekiranya calon-calon yang mempunyai ciri-ciri keperibadian ini, boleh buat permohonan dengan segera.
- Mempunyai keterampilan yang baik
- Mempunyai semangat yang tinggu dalam bekerja secara berkumpulan
- Mempunyai bakat kepimpinan
- Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
- Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.
CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
- Layari laman web Rasmi SPA >> JAWATAN KOSONG
- Klik Permohonan Jawatan. Akan keluar paparan seperti di bawah
- Klik link ini untuk mengemaskini maklumat dan teruskan permohonan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Kemudian klik Log Masuk
- Klik di Bahagian Tab Jawatan Dipohon.
- Klik Tab PT3/PMR, kemudian scroll down untuk carian Jawatan Pengawal Keselamatan KP11.
Semoga perkongsian mengenai Lebih 400 Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan Minima PMR ini dapat membantu anda yang mempunyai masalah mencari kerja kosong.
Kami di Akses Info mengucapkan selamat maju jaya dan jangan lupa share kepada kawan-kawan atau ahli keluarga yang sedang mencari pekerjaan.