MR D.I.Y Tawar Pekerjaan 1000 Kekosongan Seluruh Malaysia

12 38,878

MR D.I.Y Tawar Pekerjaan 1000 Kekosongan Seluruh Malaysia? Ini adalah berita gembira yang disampaikan oleh Pengarah Urusan MR D.I.Y buat seluruh rakyat Malaysia yang terjejas berikutan kes wabak Covid19.

Memahami situasi pendemik yang berlaku sekarang ini, beliau berkata :

“Pendemik Covid 19 ini meletakkan kita dalam situasi yang tidak pernah kita alami sebelum ini. Yang mana memerlukan isu kesihatan dan ekonomi ditangani semula. Sebagai peruncit produk hiasa dan keperluan rumah yang pantas berkembang, MR. D.I.Y mampu mengekal dan menambah tenaga kerja bagi menyokong ekonomi negara.”

Andrian Ong berkata terdapat banyak kekosongan ini untuk rakyat Malaysia dengan set kemahiran relevan.

Tawaran ini untuk lebih 600 cawangannya seluruh negara termasuk di ibu pejabatnya di Seri Kembangan, Selangor.

Di saat ada yang peniaga yang memberhentikan para pekerjanya, MR D.I.Y mengambil langkah bijak dalam membantu golongan-golongan yang sedang mencari pekerjaan.

Ini adalah peluang kita untuk sama-sama berkhidmat di MR D.I.Y seluruh Malaysia.

MR D.I.Y TAWAR PEKERJAAN 1000 KEKOSONGAN DI SELURUH MALAYSIA

Sejak berlaku Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan oleh wabak Covid 19 ini ramai yang kita dengar mula hilang pekerjaan. Ramai yang dibuang kerja, terpaksa diberhentikan oleh majikan.

Banyak peniaga yang terpaksa gulung tikar, ada yang terpaksa lepaskan bahan mentah yang sudah dibeli sebelum situasi ini.

Hal ini menyebabkan kadar pengangguran meningkat berlipat kali ganda daripada jumlah sebelum pendemik ini. Situasi ini sungguh merisaukan pucuk kepimpinan negara kita.

Oleh yang demikian, tujuan utama Pelan Jana Semula Ekonomi akan dilaksanakan bagi memulihkan ekonomi negara kita.

Ianya diwar-warkan dan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin pada jumaat minggu lalu.

Sehubungan dengan itu, MR D.I.Y merupakan antara pihak yang terpanggil kerana rasa tanggungjawab dalam membantu memulihkan ekonomi negara.

Dalam 1000 jawatan kosong yang ditawarkan itu, semua rakyat Malaysia dialu-alukan untuk memohon jawatan tersebut.

Bukan sahaja terbuka kepada rakyat biasa, bahkan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) juga dialukan untuk mengisi kekosongan tersebut.

Baca juga: JAWATAN KOSONG DI POS MALAYSIA 2020

TAWARAN SAH 3 BULAN BERMULA 1 JUN

Adrian Ong berkata, MR D.I.Y melahirkan rasa gembira kerana dapat membantu pencari kerja di luar sana.

Selain itu dapat menarik minat pencari kerja yang mencari peluang untuk membina karier jangka masa panjang yang menarik.

Tawaran kerja kosong di MR D.I.Y ini sah selama 3 bulan dan ianya bermula 1 Jun 2020 iaitu  pada Isnin minggu lalu.

Beliau juga turut mengalu-alukan individu cerdas, bersemangat dan rajin untuk menyertai pasukan yang sedang berkembang di ibu pejabat atau di rangkain kedainya.

Ong menawarkan manfaat menarik kepada para pekerja termasuklah perlindungan perubatan, diskaun kakitangan, kenaikan dan bonus tahunan, lawatan syarikat.

Selain itu juga peluang pertumbuhan kerjaya dan kenaikan pangkat.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Menjawab kepada syarat kelayakan yang boleh memohon dan mengisi kekosongan di MR D.I.Y ini, beliau berkata pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.

Bagi mereka yang memohon untuk jawatan peringkat penyelia dan seterusnya mestilah memiliki ijazah atau diploma.

Bagi jawatan lain, pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagi jawatan-jawatan yang lebih tinggi, turut ditawarkan bagi peringkat pengurusan kanan, eksekutif serta graduan baharu di pelbagai jabatan.

Bagi anda yang ingin memohon, boleh berbuat demikian kerana MR D.I.Y ni mempunyai lebih kurang 600 cawangan di seluruh Malaysia.

Jadi, bukan sahaja di ibu pejabat yang terletak di Seri Kembangan, Selangor yang memerlukan pekerja.

Malah, cawangan lain yang terletak di Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, perlis, Sabah,Sarawak, Selangor dan juga Terengganu turut memerlukan pekerja.

Berikut ini saya kongsikan cara permohonan jawatan kosong di MR.D.I.Y. Anda boleh lihat jawatan kosong mengikut department dan lokasi negeri.

CARA MOHON JAWATAN KOSONG DI MR D.I.Y

Langkah 1 : Layari website mrdiy.com

A picture containing screenshot

Description automatically generated
  • Layari website rasmi MR.D.I.Y
  • Klik butang “Career” untuk lihat jawatan kosong yang di tawarkan

Langkah 2: Pilih jawatan

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
  • Klik butang “Search by Department” untuk lihat jawatan-jawatan yang ada mengikut department.
  • Terdapat 14 department di MR.D.I.Y seperti :
  • Business Development
  • Corporate Office
  • Corporate Planning & Investor Relations
  • Corporate Secretariat
  • Finance
  • Himan Resource Management
  • Internal Audit
  • Information Technology
  • Logistic & Quality Management
  • Marketing
  • E-Commerce
  • Procurement
  • Retail Management
  • Warehouse & Distribution Centre
A screenshot of a social media post

Description automatically generated
  • Klik “Search by Department” untuk pilih jawatan.
  • Klik “Search by Lokasi” untuk pilih lokasi.
  • Selesai pilih jawatan lokasi anda klik butang “Search”
  • Selepas jawatan terpapar, pilih jawatan yang anda ingin mohon.
  • Kemudian klik butang “See Detail” untuk lihat info lanjut berkenaan jawatan yang anda pilih.

Langkah 3: Mohon Jawatan

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
  • Baca detail berkenaan syarat pemohonan dan kelebian yang ditawarkan sekiranya anda menjadi pekerja di MR.D.I.Y.
  • Sekiranya berminat dengan jawatan tersebut klik “Apply now”.

Langkah 4: Isi borang pemohonan secara online

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
  • Isi semua butiran yang di perlukan dan klik butang “Apply now” untuk hantar borang pemohonan anda

Semoga anda yang memohon jawatan kosong ini mendapat tempat dalam 1000 kekosongan yang ditawarkan.

Kongsikan info ini kepada sahabat – sahabat kita yang masih belum mendapat pekerjaan atau yang baru diberhentikan.

MR D.I.Y tawar pekerjaan 1000 kekosongan seluruh Malaysia ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Jangan lupa mohon, okay!

Join Channel Telegram dengan update pantas!

12 Comments
  1. Valentine says

    Minta kerja

    1. aksesinfo says

      hai.. boleh apply kat website rasmi MR.D.I.Y.. cara nak apply saya ada share kat dalam artikel

    2. Abdul aman bin tesu says

      Assiten

      1. aksesinfo says

        Tauan boleh cuba buat pemohonan di portal rasmi Mr.D.I.Y

  2. Abdul aman bin tesu says

    Assiten

    1. aksesinfo says

      boleh rujuk posting yg kami share ni sampai habis ye utk info lanjut

  3. Abdul aman bin tesu says

    Sy pengalaman selama 5 tahun super market sebagai assisten super market giant

    1. aksesinfo says

      Hai.. untuk pemohonan kerja di MR.D.I.Y boleh rujuk posting yg kami share..ada step by step cara untuk membuat pemohonan.. baca posting sampai habis ye. Nanti boleh check area mana masih ada kekosongan.

  4. Lisa says

    Nk mohon keje ptime area rawang

    1. aksesinfo says

      Hai.. untuk pemohonan kerja di MR.D.I.Y sis boleh rujuk posting yg kami share..ada step by step cara untuk membuat pemohonan.. baca posting sampai habis ye

  5. Rizwan shah muin says

    masih ada kosong kerja di MR D.I.Y bhgian beaufort kah skg?

    1. aksesinfo says

      Boleh rujuk portal rasmi MR.D.I.Y

Leave A Reply

Your email address will not be published.