PENGAMBILAN BARU TENTERA UDARA TERKINI MINIMA SPM
Pengambilan Baru Tentera Udara Terkini Minima SPM telah mula Nampak akan di war-warkan melalui laman facebook rasmi mereka.
Ramai juga yang menanti untuk sama-sama turut serta dalam pasukan beruniform ini. Rata-rata komen di laman facebook menyatakan Hasrat untuk bersama menyertai TUDM ini.
Tentera Udara Di Raja Malaysia atau TUDM ini merupakan satu cadang dari Angkatan tentera Malaysia yang bertanggungjawab di atas operasi dan pertahanan wilayah udara Negara.
Selain tentera udara, terdapat dua lagi tentera yang berada di bawah naungan Angkatan Tentera Malaysia iaitu :
- Tentera Udara
- Tentera Laut
- Tentera Darat
Setiap badan ini mempunyai tanggungjawab terhadap Kawasan – Kawasan yang perlu dijaga dan diawasi sepenuhnya.
Mempunyai bidang tugas yang meluas, menjadi askar dan polis merupakan impian bagi kebanyakan orang baik lelaki mahupun wanita. Tidak dinafikan, minat segelintir golongan yang terlalu suka untuk berada dalam pasukan beruniform.
Menerusi laman facebook Kerjaya & Pengambilan TUDM, pihak mereka ada memuat naik status bergambar mengenai peluang menyertai Angkatan tentera udara di raja Malaysia dalam pelbagai bidang ketenteraan.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN TUDM
Namun, sudah pasti setiap permohonan ada syarat-syarat kelayakan yang perlu dipatuhi oleh calon dan pemohon.
SYARAT ASAS PERMOHONAN
- Mestilah seorang Warganegara Malaysia
- Umur mestilah berumur 18 tahun hingga 24 tahun. Tidak melebihi 24 tahunpada Tarikh angkat sumpah.
- Keupayaan Penglihatan
- Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lengkap.
- Tidak rabun warna
- Keupayaan Pendengaran
- Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
- Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi
- Taraf Kesihatan
- Sihat
- Tidak Cacat Anggota Badan
- Tidak Pernah Mengalami Kecacatan Serious seperti Patah Tulang
- Tiada penyakit lelah, penyakit kronik dan tiada penyakit keturunan
Untuk menjadi ahli pasukan beruniform dan askar terutamanya haruslah mempunyai badan yang tegap, mencapai ketinggian dan berat yang diperlukan.
SYARAT FIZIKAL
Tinggi Ideal
- Ukuran Tinggi Minima Bagi Lelaki ialah 1.62 meter
- Ukuran Tinggi Minima Bagi Wanita ialah 1.57 meter
Berat Ideal
- Berat Badan Minima Bagi Lelaki ialah 47.5 kg
- Berat Badan Minima Bagi Wanita ialah 40.5 kg
Indeks Jisim Badam (BMI)
- Indeks Jisim badan dan Wanita adalah di antara 18 hingga 25.
Walaupun kekuatan pasukan tentera ini dilihat dari segi kekuatan pasukan dan ahli, namun pihak TUDM tidaklah mengambil sewenang-wenangnya prajurit yang mahu menyertai pasukan tentera udara ini.
Terdapat kelayakan akademik yang perlu dilihat bagi memenuhi syarat permohonan.
Baca Juga -> Permohonan Jawatan Kosong di MR D.I.Y
KELAYAKAN AKADEMIK
- SPM
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan. Lulus subjek Bahasa Melayu dan juga Mata pelajaran Sejarah.
- Gaji Permulaan : RM1,564.00
- SVM
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan diiktiraf oleh Kerajaan dan lulus subjek Bahasa Melayu kod 1104 dan salah satu subjek berikut :
- Matematik
- Bahasa Inggeris
- Salah satu subjek Sains
- Gaji Permulaan : RM1,564.00 (SKIM SPM)
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan diiktiraf oleh Kerajaan dan lulus subjek Bahasa Melayu kod 1104 dan salah satu subjek berikut :
- SKM TAHAP 2
- Sijil pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan diiktiraf Kerajaan
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan
- Gaji Permulaan : RM1,630.01
- SKM TAHAP 3
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan diiktiraf kerajaan
- Sijil kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan
- Gaji Permulaan : RM1,696.02
- DIPLOMA PELBAGAI BIDANG
- Diploma dalam pelbagai bidang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
- Gaji Permulaan RM1,564.00 (SKIM SPM)
- DIPLOMA KEJURUTERAAN
- Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
- Gaji Permulaan : RM,2026.07
CARA PERMOHONAN
- Daftar sebagai pemohon. Bagi yang belum mempunyai akaun pemohon
- Log Masuk ke bahagian pemohon
- Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/ Diploma dan juga maklumat suka. Serta maklumat lain yang diperlukan
- Isi Borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan. Pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda


Maklumat tambahan yang boleh kita dapati ialah :
- Borang permohonan atas talian hanya akan dibuka mengikut Tarikh yang telah ditetapkan
- Pemohon perlu membuat permohonan sebelum Tarikh tutup permohonan
- Pemohon boleh buat semakan permohonan melalui ruangan pemohon
- Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusar Pemilihan Awal Perajurit Muda Utara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.
Namun, buat masa ini Tarikh permohonan masih belum dibuka dan akan dimaklumkan dari semasa ke sesame melalui laman facebook rasmi >> Kerjaya & Pengambilan TUDM.

Jangan lupa like dan follow facebook tersebut untuk tidak terlepas sebarang update terkini.
Kami di Akses Info mendoakan supaya anda yang membuat permohonan ini berjaya dengan cemerlang hingga ke pemilihan akhir. Diharapkan perkongsian mengenai Pengambilan Baru Tentera Udara Terkini Minima SPM ini dapat membantu anda semua.
I want
Boleh baca full info kat artikel..