SAPURA BUKA TAWARAN JAWATAN POLIS BANTUAN MINIMA SPM

2 3,624

Sapura buka tawaran jawatan polis bantuan minima SPM lakukan permohonan. Jawatan Kosong di Sapura ini mula diiklankan bermula awal Jun yang lalu.

Syarikat Sapura Group merupakan sebuah syarikat besar yang berasaskan teknologi dan mereka terlibat dalam pelbagai aktiviti perniagaan seperti Minyak & Gas, Penerbangan, Hartanah, Keretapi, Pertahanan, Komunikasi Selamat dan Automatif baik di dalam dan juga peringkat antarabangsa.

SAPURA GROUP BUKA KEKOSONGAN JAWATAN

Sapura Group kini sedang mencari mereka yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan di salah satu anak buah syarikat mereka, Sapura Secured Technologies yang terletak di Wangsa Maju Kuala Lumpur.

Jawatan yang ditawarkan ialah berupa Polis Bantuan Sapura Holdings Sdn Bhd. Apa yang menariknya, kekosongan ini terbuka dan menerima permohonan baik daripada lelaki mahupun wanita.

Jenis Jawatan : Polis Bantuan Holding Sdn Bhd
Gaji Asas : RM1,400
Kelebihan :

  • Mendapat pakaian saragam polis yang lengkap setiap tahun
  • Bekerja hanya 12 jam sehari (4 jam OT)
  • Elaun menarik (elaun Khas, kenderaan, telefon, kedatangan dobi dan tunggu sedia)
  • Rawatan perubatan serta insirans yang sangat menarik
  • Bonus tahunan

Nampak menarik dengan tawaran dan kelebihan yang diberikan buat para pekerja di Syarikat Sapura Group ini.

Baca juga : KERJA KOSONG MR D.I.Y SELURUH MALAYSIA

Tapi sebelum itu, jom saya kongsikan Syarat – syarat kelayakan untuk menyertai salah seorang daripada warga kerja Sapura Secured Technologies ini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
  1. Mestilah warganegara Malaysia
  2. Mempunyai sijil KAPB yang masih sah ( golongan ini sangat di alu-alukan)
  3. Tiada sebarang rekod jenayah lampau dan penyalahgunaan dadah
  4. Mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lulus sekurang – kurangnya lima (5) mata pelajaran termasuklah subjek rasmi Bahasa Melayu dan sejarah.
  5. Mempunyai tahap kesihatan dan penglihatan yang beaik serta tiada kecacatan mental dan fizikal
  6. Tidak mempunyai masalah rabun warna
  7. Mempunyai lessen kenderaan sekurang-kurangnya B2 dan D sertia tiada masalah kenderaan untuk digunakan.
  8. Berjiwa kental dan boleh bekerja lebih masa pada bila-bila masa jika diperlukan
  9. Mempunyai pengalaman bertugas di bidang Pelabuhan dan limbungan serta mempunyai asas siasatan. (golongan ini juga sangat dialu-alukan untuk memohon)
  10. Bekerja secara syif atau giliran ( terdapat 2 syif)
  11. Lokasi Tugas : Kuala Lumpur, Selangor dan juga Lumut, Perak
  12. Pangkat yang dikehendaki : Pangkat Konstabel hingga pangkat Sarjan

Disebabkan kekosongan ini dibuka untuk lelaki dan wanita, jadi turut disediakan SYARAT KELAYAKAN FIZIKAL yang berbeza.

SYARAT KELAYAKAN FIZIKAL

Bagi Lelaki –

  • Ketinggian minima – 165 cm
  • Berat badan minima – 48 kg
  • BMI – Antara 19 – 26
  • Lulus ujian penglihatan tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lengkap

Bagi wanita –

  • Kelayakan Minima – 163 cm
  • Berat badan Minima – 48 kg
  • BMI – Antara 19 hingga 26
  • Lulus ujian penglihatan tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lengkap
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MOHON JAWATAN DI SAPURA
  1. Resume lengkap dengan surat permohonan jawatan dan pangkat
  2. Salinan kad Pengenalan
  3. 2 keping gambar berukuran passport
  4. Sijil SPM dan sijil-sijil sokongan lain
  5. Sijil kursus asas polis bantuan yang masih sah digunakan

Calon Pemohon dikehendaki menghantar sendiri / pos / email permohonan tersebut ke alamat di bawah sebelum 30 Jun 2020.

Hantarkan permohonan ke alamat berikut :

URUSETIA POLIS BANTUAN SAPURA
SAPURA SECURED TECHNOLOGIES SDN BHD
LOT 26921 JALAN REJANG SEKSYEN 10
WANGSA MAJU, 53300 KUALA LUMPUR

Email kan permohonan anda ke : [email protected]

Sekiranya terpilih dan layak, pihak Sapura Group dan Sapura Secured Technologies akan memanggil untuk menghadiri sesi temuduga dan ujian fizikal yang akan diadakan (sebelum/selepas) julai 2020.

Pss: Sapura Secured Technologies ini berdekatan dan mudah diakses dengan pengangkutan awam. Dan yang paling terhampir dengannya ialah Stesen putra LRT Wangsa Maju (kj35)

Untuk maklumat lanjut mengenai jawatan kosong ini, boleh dibaca di laman web ini.
>> JAWATAN KOSONG SAPURA

Semoga dengan maklumat yang kami kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang di luar sana yang sedang mencari pekerjaan, mendapat pekerjaan yang sesuai dan dipermudahkan.

Jadi, dengan berita Sapura buka tawaran jawatan polis bantuan minima SPM ini, jangan lupa untuk hantar borang permohonan dan hantar segera resume anda melalui laman web yang saya kongsikan di atas.

Kami di Team Akses Info mendoakan yang terbaik buat anda!

Join Channel Telegram dengan update pantas!

2 Comments
  1. Jonit al yok kelah says

    saya ingin nak keje

    1. aksesinfo says

      Boleh baca maklumat penuh yang kami share di blog ye..ada cara nak apply

Leave A Reply

Your email address will not be published.