Pendaftaran Kemasukan Universiti Awam Secara Online
Pendaftaran kemasukan universiti awam secara online akan mula dilaksanakan. Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan bermula Mac 2020, semua institusi pengajian baik rendah mahupun peringkat tinggi semuanya ditutup serta merta.
Sejajar dengan situasi pendemik yang berlaku sekarang ini, telah menyebabkan pihak universiti telah mengambil langkah awal dengan menaik taraf internet supaya semua aktiviti kuliah dapat dilakukan secara atas talian.
Bagi sesi pengambilan pelajar baru pada Julai 2020 ini, semuanya akan dilakukan secara atas talian secara keseluruhannya.
Ibu bapa serta para pelajar tidak perlu untuk hadirkan diri untuk pendaftaran pelajaran dan penginapan anak-anak mereka.
Malah, sesi orientasi yang menjadi kewajipan bagi sesebuah univiersiti untuk tempoh mengenali universiti juga turut dimansuhkan dan dibatalkan disebabkan oleh Covid -19 ini.
Presiden Persatuan Majlis Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) Raja Shah Erman Raja Ariffin berkata kaedah itu sudah diluluskan di peringkat senat Universiti Awam.
“Setiap pelajar baharu akan dimaklumkan mengenai cara dan kaedah pendaftaran kemasukan ke kampus sebaik menerima surat tawaran yang dijangka akan mula dikeluarkan pada minggu hadapan.”
“Pelajar hanya perlu mengesahkan penerimaan kemasukan secara atas talian dan urusan pembayaran tertentu juga dilakukan secara atas talian sahaja”. Katanya Ketika dihubungi Berita Harian hari ini.
Disebakan isu covid-19 ini, sudah banyak universiti yang sudah pun mengubah sistem kurikulum mereka kepada yang lebih sesuai dengan keadaan semasa untuk sepanjang tahun ini.
Contohnya seperti pelajar UniMAP jurusan kejuruteraan kebiasaannya dari semester pertama hingga akhir mereka akan melakukan aktiviti dalam makmal.
Akan tetapi, mengubah kepada situasi semasa menyebabkan mereka hanya perlu belajar dalam kuliah atas talian seperti mana para pelajar dari jurusan lain untuk semester pertama ini.
Diharapkan semester akan datang, mereka boleh belajar seperti sediakala dalam makmal seperti senior-senior yang sebelumnya.
Ditanya jika ada ada dokumen yang perlu diserahkan kepada pihak universiti beliau menjawab bahawa semua permohonan akan dilakukan secara atas talian melalui system UPU.
Kalau ada pun mungkin sijil-sijil penghargaan untuk rekod pihak universiti dan ia boleh diserahkan bila mana univiersiti dibuka kelak.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi satu kenyataan semalam, memaklumkan bahawa kemasukan pelajar baharu ke universiti awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti serta institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi sesi akademik 2020/2021 akan bermula seawall 1 Julai 2020.
Proses itu bagaimanapun akan dilakukan secara berperingkat dan tetap tertakluk kepada tarikh penamatan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Sehingga bila situasi dan keadaan ini akan berlarutan, tiada siapa yang punya jawapan. Namun, pihak Kementerian Pendidikan dan Kementerian pengajian Tinggi sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.
Besar kemungkinan, pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan besar seperi Sijil Pengajian Malaysia, (SPM) atau Penilaian Malaysia Rendah (PMR) atau PT3, dan mereka yang berumur 12 tahun dan bakal mengahdapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibenarkan masuk ke sesi persekolahan lebih awal.
Namun segala SOP akan dititik beratkan dalam pengawalan jarak sosial, memakai tepong muka dan juga hand sanitizer disediakan bagi mengawal dan mengekang berlakunya penularan virus covid -19 ini.
Walaubagaimanapun, sekalung tahniah kami ucapkan kepada semua yang berjaya mendapat tawaran baik dari universiti awam, kolej komuniti, politeknik atau IPTS sekalipun.
Di mana pun kita dapat, belajar lah dengan bersungguh-sungguh demi menggapai impian!
Kepada mereka yang belum membuat semakan UPU atau perlukan butiran lebih lanjut mengenai pendaftaran kemasukan universiti awam secara online ni, boleh rujuk pautan di bawah


Ada banyak lagi info dan butiran lanjut yang boleh diperolehi di laman web rasmi tersebut.
Semoga info mengenai pendafataran kemasukan universiti awam secara online ini dapat membantu anda membuat persediaan dalam pendafataran secara atas talian kelak. Surat tawaran akan mula diedarkan minggu hadapan. Selamat Maju Jaya!