Semak Status Permohonan Telefon Bimbit Percuma Untuk Pelajar Dari Keluarga B40
Semak status permohonan telefon bimbit percuma untuk pelajar dari keluarga B40. YTL Foundation dengan kerjasama YES telah menawarkan telefon bimbit percuma untuk pelajar dari keluarga B40.
YTL Foundation merupakan satu institusi yang telah ditubuhkan sejak tahun 1997. YTL ditubuhkan untuk memperkasakan individu dan masyarakat supaya menjadi pemangkin perubahan negara.
APAKAH INISIATIF YANG DI TAWARKAN OLEH YTL FOUNDATION?
Terdapat tiga (3) kategori inisiatif yang ditawarkan oleh YTL Foundation seperti :

- Akses kepada pembelajaraan
- Murid-murid boleh mengulangkaji pelajaran melalui koleksi kuiz yang boleh didapati melalui aplikasi FrogPlay Mobile. Boleh muat turun dari PlayStore dan AppleStore.
- Pelan Data Percuma
- YES akan memberikan sim kad dengan data prabayar bernilai 40GB untuk kegunaan pembelajaran.
- Bantuan Keluarga B40
- Telefon bimbit percuma dengan data internet 20GB (10GB / sebulan selama 12 bulan)
“BANTUAN NI BETUL-BETUL BOLEH DAPAT KE?”
Ada yang masih ragu-ragu dengan program bantuan telefon bimbit percuma yang ditawarkan oleh pihak YTL Foundation kerana risau ditipu.
Jadi, saya akan share gambar yang di kongsikan oleh beberapa orang rakan di facebook mengenai status pemohonan mereka yang sudah lulus.

Alhamdulillah! ada yang dah berjaya dapat telefon bimbit dan sim kad percuma dari YTL Foundation dan YES.
Saya harap telefon bimbit ini dapatlah membantu pelajar dari keluarga B40 sedikit sebanyak supaya tidak ada yang ketinggalan dalam pelajaran .
Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 March 2020 lalu.
Bermula dari tarikh itu, murid-murid tidak lagi dibenarkan untuk ke sekolah.
Namun, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan garis panduan Pengajaran dan Pembelajaran (PnP). Antaranya ialah melalui kaedah pembelajaran atas talian.
“TELEFON BIMBIT SALURAN KOMUNIKASI TERBAIK”
Oleh itu, telefon bimbit merupakan saluran komunikasi utama yang digunakan antara guru dan murid.
Guru-guru bertanggungjawab dalam memastikan setiap murid menerima tugasan yang telah diberikan dan menyiapkan. Bagi pihak murid-murid pula hendaklah siapkan kerja yang diberi dan hantar semula.
Setiap tugasan atau kerja rumah yang diberikan akan dihantar melalui saluran teknologi yang bersesuaian seperti aplikasi Whatsapp, Telegram, Facebook dan lain-lain.
Saya pasti ramai yang sudah pun membuat pemohonan telefon bimbit percuma ni. Tetapi masih menunggu status pemohonan lulus atau tidak sebab tidak tahu cara untuk buat semakan pemohonan.
Betul! Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah cara buat semakan telefon bimbit ni kan? Lulus ke? Atau tidak lulus? Atau dah dalam perjalanan kah?
Boleh buat pening kepala juga menanti benda yang tiada jawapan dan kepastian ni.

Selain itu, masih ada yang belum membuat pemohonan atau pendaftaran untuk mendapatkan telefon bimbit percuma bagi tujuan pembelajaran anak-anak? Anda boleh baca posting yang saya pernah kongsikan sebelum ni.
>> CARA MOHON TELEFON BIMBIT PERCUMA UNTUK PEMBELAJARAN DARI KELUARGA B40
Dalam posting tersebut, saya ada ajar langkah demi langkah cara untuk memohon telefon bimbit secara percuma. Cara memohon telefon bimbit ini tersangatlah mudah.
Tetapi anda tidak boleh memohon bagi pihak anda sendiri. Jadi anda perlu mencari seorang pengesyor untuk memohon untuk anda.
CARA SEMAK STATUS PEMOHONAN TELEFON BIMBIT PERCUMA
Bagi keluarga yang sudah membuat pemohonan telefon bimbit percuma dari YTL Foundation, anda boleh semak status pemohonan anda secara atas talian.
Boleh ikut langkah-langkah di bawah :
STEP 1: Layari laman web >> https://lcs.yes.my
STEP 2: Pilih inisiantif “Telefon percuma dengan sim”
Terdapat 4 jenis inisiatif yang telah di tawarkan oleh pihak YTL Foundation iaitu:
- Sim percuma dengan data
- Telefon percuma dengan sim
- Sim percuma dengan ICSS
- Sim percuma universiti
STEP 3: Masukkan nombor MyKad “Ibu bapa”
STEP 4: Masukkan nombor MyKid / Mykad “Calon”
STEP 5: Klik butang “Hantar” setelah semua butiran diisi dengan betul dan tepat.
Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada anda semua. Masih ada yang belum semak status pemohonan telefon bimbit percuma untuk pelajar dari keluarga B40 ni?
Anda boleh semak segera dengan ikuti langkah-langkah yang saya kongsikan. Namun pasti ada kerisauan daripada ibu bapa dari segi penggunaan telefon bimbit ini terhadap anak-anak.
PANTAU AKTIVITI ANAK-ANAK KITA
Amatlah disarankan supaya ibu bapa memantau aktiviti anak-anak ini. Contohnya, hanya beri kepada mereka sewaktu buat kerja sekolah sahaja.
Bantuan telefon bimbit dan simkad ini dibuat bertujuan untuk membantu anak-anak yang dari keluarga B40 dan kurang berkemampuan.
Ini untuk memudahkan mereka untuk bersama-sama kawan sekelas yang lain dapat meneruskan pembelajaran melalui atas talian.
Sesuai dengan saranan kerajaan untuk memastikan pembelajaran dapat diteruskan dengan pelbagai cara ketika musim pendemik ini.
Kepada yang sedang memohon, dah LULUS dan sedang menanti telefon bimbit ucapan TAHNIAH diucapkan. Dan kepada yang baru nak mohon, semoga dipermudahkan!
Jangan lupa semak status permohonan telefon bimbit percuma untuk pelajar dari keluarga B40 ini sekarang dan nikmati bantuan dari YTL ini sebaiknya.
Bagaimana saya nak dapatkan telefon bimbit untuk anak saya
sis boleh buat pemohonan follow step yg kami share dalam artikel tu
Memohon tel bimbit untuk anak saya
sis boleh cuba buat pemohonan di link yang kami share.. dalama posting tu kami ada share step by step cara utk membuat pemohonan. https://aksesinfo.com/…/telefon-bimbit-percuma-untuk-pelaja…
I need this phone for my stadis
boleh cuba mohon follow step yg kami share dalam artikel tu 🙂
bagaimana saya memohon telefon bimbit untuk kegunaan anak saya belajar.
Boleh memohon di website YTL.. kami ada share cara mohon dalam posting ni
Memohon tel bimbit untuk anak saya
Cara memohon kami ada share dalm artikel sebelum ni
Cara nak semak satus dpt lulus
kami ada share cara semak dalam blog ni..nanti boleh rujuk 🙂