SEMAKAN KEPUTUSAN PEMOHONAN UPU 2020

0 1,949

Semakan keputusan pemohonan UPU 2020 boleh dilakukan pada 3 Jun 2020 (Rabu). Pelajar yang terlibat boleh membuat semakan secara online.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menumumkan individu yang membuat pemohonan UPU boleh membuat semakan pemohonan bermula jam 12 tengah hari pada tarikh tersebut secara online.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Sebanyak 205, 972 pemohonan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membuat pemohonan UPU telah lulus untuk diterima masuk ke program pengajian tinggi

Ini termasuk ke Universiti Awam (US), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej komuniti, Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Semakan keputusan pomohonan UPU boleh dibuat melaui applikasi UPUPocket 2.0 yang boleh di download menggunakan telefon bimbit anda.

Selain daripada UPUPoket, anda juga boleh semak keputusan UPU di website berikut:

  1. http://jpt.umt.edu.my
  2. http://jpt.ums.edu.my
  3. https://jpt.unimas.my
  4. https://jpt.utm.my
  5. http://jpt.uum.edu.my.

Semua calon yang berjaya hendaklah membuat “pengesahan setuju terima” dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Sebarang pemohonan pertukaran tempat pengajian tidak dibenarkan dan keputusan adalah muktamat.

Bagi pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran masuk ke program pengajian ke Universiti Awam (US), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej komuniti, Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Anda jangan risau kerana anda boleh membuat rayuan.

Rayuan UPU boleh di buat melalui UPUOnline Rayuan dalam tempoh 5 hari bekerja bermula 3 Jun 2020 sehingga 10 Jun 2020,

Oleh itu, pelajar boleh buat rayuan bermula Jam 12.00 tengah hari sehingga 5.00 petang. Proses rayuan boleh di lakukan di website  http://upu.moe.gov.my .

Selain itu, bagi pemohonan ke Politeknik Premier,Politeknik Konvensional, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), proses rayuan boleh dibuat terus kepada institusi berkenaan.

Baca juga: Pendaftaran Kemasukan Universiti Awam Secara Online

Cara Semak Keputusan UPU

Semakan melalui SMS

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Untuk semakan melalui SMS anda hanya perlu masukkan “No Kad Pengenalan” dan hantar ke 15888.

Terdapat 2 kategori pemohonan yang anda boleh semak iaitu:

  1. Untuk Universiti Awam (UA) Dan Politeknik Premier

Sila taip : UPU<jarak> RESULT<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

  1. Untuk Politeknik Konvensional /Kolej Komuniti / ILKA (TVET)

Sila taip: UPU <jarak> TVET <jarak> No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

Semakan melalui aplikasi UPUPocket

Langkah 1: Muat naik aplikasi UPUPocket

Anda boleh muatnaik aplikasi UPUPocket menggunakan telefon bimbit anda di google playstore atau app store.

Langkah 2 : Masuk ke laman utama aplikasi UPUPocket

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Untuk proses semakan UPU, anda  klik butang “Semak”

Dalam aplikasi UPUPoket terdapat bebera bahagian maklumat penting yang anda boleh lihat iaitu:

  1. Semakan – Membolehkan pengguna untuk Semak Pemohonan, Semak Keputusan dan Semak Kelayakan.
  • e-Panduan – Menyediakan panduan dan syarat ke masukan ke Universiti Awam (UA), TVET dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
    Bahagian ini merangkumi e-Panduan SPM, e-Panduan STPM/Setaraf, e-Panduan UPUskils, Carian Program dan akhir sekali Laluan Kerja.
  • Direktori –Menyediakan info IPTA contohnya, alamat dan no telefon universiti-universiti yang terdapat di negara kita
  • Takwin – Menyediakan tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan pemohona UPUOnline.

    Contohnya tarikh pemohonan UPUOnline dibuka, Tarikh tutup pemohonan UPU dan sebagainya.
  • Hubungi – Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan  UPUOnline anda boleh klik bahagian “hubungi”
  • Notifikasi – Pengguna akan menerima notifikasi penting di bahagian ini

Langkah 3: Semak Pemohonan

Anda klik butang “Semak Pemohonan” untuk semak pemohonan UPUOnline anda.

Langkah 4 : Masukan butiran peribadi anda

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Masukkan butiran yang diperlukan untuk proses semakan seperti:

1.No Kad Pengenalan

2. Program Pengajian

Keputusan semakan akan terpapar setelah anda klik butang ”Semak”.

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menerima kemasukan pelajar bagi sesi 2020/2021 pada bulan Julai atau Ogos  untuk program Asasi, Diploma dan Metrikulasi.

Manakala bagi Program Ijazah Sarjana Muda kemasukan pada bulan Oktober 2020.

Semoga perkongsian cara semakan keputusan pemohonan UPU 2020  ini dapat mempermudahkan proses semakan UPU online anda. Saya doakan anda semua berjaya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34