Sistem Pembelajaran Malaysia Di Ubah kerana Covid 19?

0 783

Sistem Pembelajaran Malaysia Di Ubah kerana Covid 19? Realitinya penularan wabak Covid-19 memberi kesan besar kepada pelbagai sektor di negara kita termasuklah sektor pendidikan.

Sekolah-sekolah dan institusi pendidikan tidak kira swasta ataupun kerajaan terpaksa ditutup untuk memastikan rantaian penularan wabak Covid 19 dapat diputuskan.

Kerajan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana rakyat tidak di benarkan keluar rumah tanpa keperluan.

Selain daripada sekolah terpaksa di tutup, kerajan jugah telah mengumumkan pembatalan 2 peperiksaan penting  tahun ini iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Keputusan kerajaan membatalkan peperiksaan tersebut adalah bagi tujuan menjaga keselamatan pelajar.

Menurut Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi terdapat hampir satu juta pelajar yang akan menduduki peperiksaan tahun ini.

Seramai 450 000 calon peperiksaan UPSR dan terdapat kira-kira 440 000 calon peperiksaan PT3.

Jadi, sekiranya semua pelajar-pelajar ini perlu ke sekolah bagi tujuan pembelajaran dan peperiksaan, mereka akan terdedah dengan resiko Convid 19.

Keputusan kerajaan membatalkan UPSR dan PT3 merupakan keputusan terbaik demi menjaga keselamatan murid-murid daripada terdedah dengan bahayanya wabak Covid 19.

Namun begitu, kerajaan akan membuat penilaian khas bagi menggantikan peperiksaan UPSR dan PT3.

Kerajaan juga  komited dalam memastikan murid-murid tidak ketinggalan dalam pelajaran dan dapat belajar dengan selamat di rumah masing-masing.

Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu garis panduan baru untuk sistem pembelajaran dari rumah iaitu pelaksanaan garis  panduan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Baca juga: Slot Program Tv Pendidikan Di Saluran Tutor Tv,Astro

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) guru-guru tidak dibenarkan pergi ke sekolah.

Tetapi guru-guru  bertanggungjawab memastikan murid-murid dapat belajar dan membuat tugasan dari rumah dengan bantuan  saluran teknologi yang bersesuaian.

Walaubagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  telah memutuskan 4 lagi peperiksaan penting di peringkat menengah akan tetap di jalankan.

Namun tarikh peperiksaan akan di tunda kepada suku pertama tahun hadapan.

Antara peperiksaann yang di beri keutamana untuk dijalankan adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Mahyiddin Yassin, kerajaan akan mengumumkan tarikh pembukaan sekolah dua minggu lebih awal, dan hanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama sahaja di benarkan pergi sekolah apabila sesi persokolan di buka.

Normal baharu akan di perkenalkan kepada pelajar-pelajar supaya keselamatan pelajar di sekolah akan terjamin.

Antara prosedure yang akan di perkenalkan semasa sesi persekolahan berlangsung nanti adalah, susun atur  meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin, pergerakan ke bilik darjah dan pelbagai aspek lain lagi.

Di samping itu, kemasukan pelajar baharu ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi lulusan peperiksaan SPM dan SVM tahun ini dijangaka pada bulan Julai/Ogos 2021 bagi pogram Asasai,Diploma dan Matrikulasi.

Manakala bagi lulusan STPM dan STAM yang akan mengikuti program Ijazah , mereka dijangka mendaftar pada Oktober 2021.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga telah memaklumkan bagi pelajar yang telah menduduki peperiksana pada tahu 2019 dan sudah memohon UPUOnline bagi kemasukan 2020/2021.

Proses kemasukkan akan di teruskan seperti biasa. Proses kemasukan pelajar ke IPTA di jangka pada bulan Julai/Ogos 2020 bagi pelajar Asasi,Diploma dan Matrikulasi.

Manakala, bagi program Ijazah Sarjana Muda pada Oktober 2020.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha mengatur garis panduan yang bersesuaian untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar.

Jadi, rakyat perlu akur sistem pembelajaran Malaysia di ubah kerana Convid 19 ini.

Sama-samalah kita patuh arahan kerajaan supaya rantaian Covid 19 ini dapat diputuskan dengan segera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34