Slot Program Tv Pendidikan Di Saluran Tutor Tv,Astro

0 2,632

Slot Program TV Pendidikan di Saluran Tutor TV, Astro merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Astro.

Tujuannya untuk meningkatkan akses murid terhadap bahan pembelajaran melalui platform lain selain platform online.

Cara ini dapat membantu murid yang tidak mempunyai internet di rumah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dari rumah.

Pendekatan ini akan digunakan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan wabak Covid 19.

Kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  dengan Astro Malaysia Holding Bhd ini akan menambah lebih banyak lagi  slot pendidikan di saluaran TV anda.

Antara saluran TV yang terlibat adalah TV Okey, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Tutor TV, Astro. Slot TV Pendidikan di saluran TV Okey telah bersiaran bermula 6 April 2020.

Manakala slot siaran di Tutor TV, Astro mula bersiaran pada 4 Mei 2020.  Slot program pendidikan ini akan di siarkan selam 2 jam pada setiap hari isnin hingga jumaat.

SALURAN TV PENDIDIKAN

Antara saluran TV yang anda boleh pilih untuk anak-anak belajar adalah :

  1. TV Okey – Saluran 110
  2. Astro Tutor TV – Saluran 601 dan 603

Waktu siaran di saluran TV Okey adalah pada pukul 9.00 pagi hingga 9.55 pagi untuk pembelajaran murid tingkatan 5 dan pada pukul 1.00 tengahari hingga 1.55 tengahari, siaran pembelajaran untuk murid tahun 4 – 6.

Slot untuk Tutor TV, Astro  pula ada 2 saluran yang murid-murid boleh tonton iaitu saluran astro 601 dan saluran 603. Waktu siaran saluran Tutor TV 601 adalah pada pukul 10.00 pagi hingga 10.30 pagi.

Siaran seterusnya pada pukul 3.00 petang hingga 3.30 petang. Pembelajaran di saluran 601 lebih kepada murid sekolah rendah (UPSR).

Manakala waktu siaran untuk saluran 603 adalah 11.00 pagi hingga 11.35 pagi dan siaran ulangan pula pada pukul 4.00 petang hingga 4.35 petang.

Pembelajaran di saluran 603 lebih kepada pembelajaran untuk murid peringkat sekolah menengah (SPM).

Jadual untuk program TV Pendidikan anda boleh dapatkan di website www.moe.gov.my. Sebarang perubahan jadual program akan di maklumkan dan di update dalam Facebook Rasmi KPM. 

Jadi, sekiranya anda ingin mengatur jadual pembelajaran anak-anak anda di rumah, anda perlu tahu jadual slot-slot rancangan TV Pendidikan yang sesui dengan umur anak anda.

Selain itu, anda juga boleh memuat naik aplikasi Astro Go untuk membolehkan anak-anak anda  menontot saluran TV Tutor secara percuma pada bila-bila masa melalui telefon pintar.

Aplikasi Astro Go boleh di muat naik di Play Store atau Apple Store.

Bagi golongan B40 yang tidak mempunyai siaran Astro di rumah, anda jangan risau kerana anak-anak anda masih berpeluang untuk belajar melalui saluran TV Okey, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Saluran TV Okey adalah percuma tanpa perlu sebarang langanan dan bayaran bulanan.

Sekiranya TV di rumah anda tidak mempunyai saluran TV Okey kerana anda masih belum memohon dekoder MYTV percuma dari kerajaan, anda layak untuk memohon sekiranya anda dari golongan B40.

Pastikan anda adalah penerima yang mendapat Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020. Boleh rujuk cara nak mohon mytv decoder secara percuma di sini

Semoga usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) denga Astro yang menyediakan slot program tv pendidikan di saluran tutor tv, astro ini dapat memberi manfaat kepada murid, guru dan ibubapa.

Ini bagi membolehkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dapat dilaksanakan dengan baik.

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34