Telefon Bimbit Percuma Untuk Pelajar Dari Keluarga B40

67 148,462

Telefon bimbit percuma untuk pelajar dari keluarga B40 merupakan satu inisentif YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia

Tujuaannya bagi membantu ibubapa yang kurang berkemampuan memiliki telefon bimbit untuk proses pembelajaran anak-anak.

Proses pembelajaran di Malaysia terpaksa di ubah kepada belajar dari rumah kerana kerajaan terpaksa menutup sekolah-sekolah dan institusi pegajian untuk menjaga keselamatan ekoran penularan wabak Covid19.

Realitinya, bukan semua pelajar dapat menikmati pembelajaran dari rumah kerana ada pelajar dari golongan yang kurang berkemapuan.

Jadi mereka tidak mempunyai telefon pintar untuk membolehkan mereka belajar dari rumah.

Oleh itu, YTL dalam usaha menyediakan data mudah alih beserta bahan pembelajaran atas talian secara percuma kepada semua pelajar yang berdaftar di sekolah kerajaan.

KELEBIHAN TELEFON BIMBIT KEPADA PELAJAR

Melalui inisiatif ini pelajar-pelajar dapat beberapa kelebihan seperti :

  1. Bahan pembelajaran percuma -Pelajar dapat belajar dari rumah dengan sukatan pembelajaran yang selaras dengan kurikulum sekolah kebangsaan.
  2. Kuiz revesi percuma –Pelajar dapat mengulangkaji dengan menjawab kuiz-kuiz yang terdapat di aplikasi FrogPlay
  3. Data internet percuma – YES memberikan sim kad percuma dengan data prabayar bernilai   120GB (10GB/sebulan selama 12 bulan) yang membolehkan pelajar mengulangkaji pelajaran menggunakan data internet yang mencukupi untuk proses pembelajaran di rumah.
Siapa yang layak memohon telephone bimbit percuma

Selain daripada guru sekolah, sesiapa sahaja layak untuk mencalonkan pelajar yang mereka kenali untuk mendapatkan telefon bimbit percuma dari YTL Faundatioan.

Tapi dengan syarat pelajar tersebut menepati kreteria yang telah di tetapkan.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Jadi sebelum mencalonkan, anda perlu semak kriteria pelajar tersebut terlebih dahulu supaya anda tidak mencalonkan pelajar yang salah.

Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah. Pelajar tersebut juga mestilah tergolong dalam keluarga B40.

Oleh itu, Sebelum mencalonkan, anda perlu pastikan pelajar tersebut daripada keluarga B40. Jadi, dapatkan kebenaran daripada pelajar dan ibubapa pelajar untuk semak status B40.

Anda boleh semak status B40 ibubapa pelajar di web site https://bpn.hasil.gov.my/.

Masukkan nombor Mykad ibubapa pelajar, kemudian klik ‘Cari’

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Untuk mengesahkan bahawa pelajar tersebut tergolong dalam keluarga B40, status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa haruslah tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM1,600.

Setelah anda dapati keluarga pelajar tersebut lulus BPN barulah anda layak untuk meneruskan untuk membuat pemohonan telefon bimbit percuma bagi pihak pelajar tersebut.

Golongan yang layak mungkin juga layak untuk terima mytv decoder percuma dari kerajaan jika memenuhi kriteria yang ditetapkan. Boleh rujuk cara nak mohon mytv decoder secara percuma di sini.

Step by step cara memohon telefon bimbit percuma untuk pelajar B40

Step 1 : Layari web site  : https://ytlfoundation.org/belajardarirumah

Klik bahagian “Keluarga B40”

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Scroll sampai ke bawah dan klik “Namakan di sini”

Step 2 : Isi borang pencalonan.

Borang pencalonan terbahagi kepada 3 bahagian iaiatu:

  1. Butiran anda sebagai Pengesyor
  2. Butiran pelajar dan Ibu Bapa
  3. Butiran tambahan

Anda perlu mengisi detail anda sebagai “pengesyor” kepada pelajar tersebut. Antara detail yang perlu di isi adalah:

  1. Nama sekolah pelajar
  2. Nama anda
  3. Nombor mykad anda
  4. Nombor telefon anda
  5. Email anda

Setelah selesai isi semua detail klik “Next”

Kemudian ada perlu mengisi detail pelajar dan ibubapa. Antara butiran yang perlu di isi adalah

  1. Nama pelajar
  2. Nombor mykid/mykad pelajar
  3. Nama ibu/bapa
  4. Nombor mykad ibu/bapa
  5. Nombor telefon ibu/bapa
  6. Email ibu/bapa
  7. Muat naik screenshot semakan BPN
  8. Bilangan Tangungan
A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Selesai isi semua  detail pelajar dan ibubapa  klik  “Next”

Akhir sekali anda perlu mengesahkan pelajar yang disyorkan tidak mempunyai telefon bimbit untuk belajar di rumah. Kemudain klik “Submit”

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Pencalonan anda telah berjaya. Sekiranya anda ingin membuat pencalonan baru klik “Buat pencalonan baru”. Tetapi anda hanya boleh mencalonkan seorang pelajar sahaja bagi satu keluarga.

Langkah setelah pencalonan berjaya

  1. Setelah pencalonan berjaya, anda dan ibubapa pelajar akan menerima notifikasi melalui email beserta langkah seterusnya.
  2. Pendaftaran kali ini lebih khusus kepada ibubapa pelajar sahaja. Ibubapa perlu memuat naik butiran seperti:
  3. Salinan Mykad/Mykid pelajar
  4. Salinan Mykad ibubapa
  5. Salinan bukti status B40
  6. IbuBapa perlu mengisi borang dalam tempoh 7 hari selepas menerima email. Sekiranya lewat pendaftaran boleh dikira terbatal.

Semoga perkongsian ini dapat membantu ramai lagi keluarga untuk memohon telefon bimbit percuma untuk pelajar dari keluarga B40.

Bersama-sama, kita menjaga keselamatan anak-anak dan terus menyokong pembelajaran mereka!

67 Comments
  1. Nurul nazhatul bte zaharudin says

    No 12 kg terengging kuala krau 28050 temerloh pahang

    1. aksesinfo says

      Ehh.. alamat apa ni sis.. Untuk membuat pemohonan sis boleh baca step by step cara untuk memohon telefon bimbit percuma kat posting ni.

      1. liyana safiya says

        sy nak tanya mse mohon sy letak name sy takpe ke?sbb ade yg ckp mesti letak nama suami betul ke

        1. aksesinfo says

          kalau ikut syarat blh je letak nama sis..saya share sikit syarat yg blh sis rujuk.

          #Pemohon dan suami/isteri tidak memiliki tanah atau rumah dalam daerah atau mukim yang sama di mana PPR/Council Homes dibina.
          #Berumur 18 tahun ke atas dan telah berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
          #Pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM2,000 sebulan;

          1. Macam mana nak Chek status permohonan bantuan telefon bimbit b40 lulus ke tidak

          2. aksesinfo says

            Kami ada share dalam blog aksesinfo.. nanti boleh rujuk ye

        2. Zuraida yahya says

          Kenapa Saya isi x sampai pun email Dr yes dah seminggu lebih..bila buat semula dia ckp dah Ada rekod..bila semak tiada rekod.

          1. shamsul says

            tiada email dibalas..macam mana?

          2. aksesinfo says

            Boleh semak status pemohonan sama ada lulus atau tidak

            Boleh ikut langkah-langkah untuk semak di sini : https://aksesinfo.com/…/semak-status-permohonan-telefon-bim…

  2. JUMATIAH BINTI omar says

    Saya Nak anak saya boleh lh dapat telefon

    1. aksesinfo says

      hai kak.. boleh cuba baca posting yang kami share tu.. kami ada share butiran lengkap cara untuk apply telefon bimbit percuma dari YTL..semoga posting tu memudahkan urusan akak utk buat pemohonan nanti.

    2. norliana binti rahman says

      boleh sy tahu mcmane permohonan sy lulus ke tak.sbb sy tak dpt email dr pihak sana.

      1. aksesinfo says

        YTL akan send email sekiranya LULUS.. sis perlu bersabar tunggu. kalau ada rezeki insyaallah pihak YTL akan email sis

  3. Khairil bin ishak says

    Saya perlu telefon pintar ini untuk pembelajaran anak saya di rumah sepanjang tempoh PKPB. Banyak kerja rumah yang perlu melayari youtube serta google.

    1. aksesinfo says

      Assalamualaikum tuan.. nanti tuan boleh rujuk posting kat blog tu.. kami ada share step by step cara nak apply telefon bimbit percuma dari YTL..Kalau tuan dari keluarga B40 dan LULUS BPN RM1600..Boleh cuba isi.. mana tahu rezeki tuan dan anak2 untuk dapat telefon percuma untuk kegunaan anak2 belajar kat rmh.

      1. Kamalia Abdullah says

        salam sya nk tnye ea..anak sya dh dpt simkad..tpi hp sampai hari ini x dpt,kwn sya yg mohon lebih lambat dri sya pun anak die dh dpt ape masalahnye ea

        1. aksesinfo says

          Golongan B40 merupakan salah satu syarat pemohonan yang YTL tetapkan..tapi pasti ada kuota dan proses pemilihan sekali lagi oleh pihak YTL

    2. Appy says

      Salam, ini butiran cikgu yg isi atau bapamama?

      1. aksesinfo says

        ibubapa x boleh isi.. pengesyor yg kena isi..Cikgu atau sesiapa sahaja yg mengenali keluarga awk.

    3. Muhd Aniq Zafri says

      Assalamualaikum, saya dh memohon dn melengkapkan butiran yg diperlukan. Sy sgt berharap terpilih mendapat bantuan ini.
      Untuk makluman tuan, keluarga sy ada golongan B40 dan tidak mampu untuk membeli Tel. Buat masa sekarang, kami hanya berkongsi penggunaan Tel bersama adik beradik yg lain.

      Ayah saya hanya bekerja sebagai Posmen dan ibu sy hanya mengajar kafa dgn elaun 900 shj. Kakak sy belajar di USIM dan seorang lagi belajar kelas tahfiz yg memerlukan bayaran yuran setiap Bulan. Adik sy juga belajar tahfiz. Kami sering berkongsi penggunaan Tel kerana ibu bapa tidak mampu belikan setiap seorang Telefon bimbit. Org cakap Kami kolot, terpulang. Hanya Kami yg tahu kesusahan kami.

      Sekian makluman.

      1. aksesinfo says

        Waalaikumsalam. pihak kami hanya share dan warwarkan info berkenaan pemohonan Telefon bimbit percuma untuk golongn B40. Sebarang keputusan akan dibuat oleh pihak YTL. Kami doakan urusan pemohonan anda di permudahkan 🙂

  4. mahani mahamod says

    mahani bt mahamod
    No 64 jalan damai taman damai
    27000 jerantut pahang
    darul makmur

    1. aksesinfo says

      Hai sis.. nanti boleh rujuk posting kat blog tu.. kami ada share step by step cara nak apply telefon bimbit percuma dari YTL..Kalau sis dari keluarga B40 dan LULUS BPN RM1600..Boleh cuba apply.. mana tahu rezeki sis dan anak2 untuk dapat telefon percuma untuk kegunaan anak2 belajar kat rmh.

  5. Ismet says

    Assalamualaikum admin nak tanya kalo ayah dia ic merah ibu wna tp anak warganegara boleh dapat ke tak ye telefon percuma ni?

    1. aksesinfo says

      Boleh cuba isi terlebih dahulu..Nanti pihak YTL akan pertimbangkan 🙂

  6. Tahir says

    Saya tidak dapat attach bukti screen short. Kenapa ya 😭😩

    1. aksesinfo says

      Tuan cuba buat guna Pc atau leptop

  7. Sangeetha Soalea says

    Saya dah Mohon tapi saya tak terima call Dari anda, saya Dari golongan B40

    1. aksesinfo says

      Pihak YTL akan send email sekiranya anda berjaya menerima telefon bimbit percuma.

  8. Aziza Salwny says

    Anak saya juga perlu telefon untuk belajar..di rumah…

    1. aksesinfo says

      Akak boleh baca posting yg kami share tu.. Nanti boleh mintak siapa2 tolong isi untuk akak..dengan syarat akak dari golongan B40.

  9. zaky Ahmad Syaffie jaini says

    Macam mana mahu memohon telefon ini

    1. aksesinfo says

      hai, dah baca posting yang kami share sampai habis?? dalam posting tu ada share step by step cara untuk memohon telefon bimbit percuma 🙂

    2. Norma binti mohamad says

      Dpt sim je tel x dpt…mane mane nak buat ye?

      1. aksesinfo says

        Pihak YTL ada beberapa proses saringan utk buat pemilihan calon yg layak dapatkan telefon percuma..mungkin semasa proses pemilihan pihak YTL senaraikan keluarga puan hanya layak untuk simcard sahaja. Simcard tu blh guna sebab ada data internet 40GB. Bukan simcard kosang dan x bernilai.

  10. Anuar bin samian says

    Sya dh mohon utk kad sim dn fon….tpi kad sim kn dpt ttapi tel yg tk dpt smpi skrg

    1. aksesinfo says

      Pihak YTL send by berperingkat rasanya. Ada yang dapat dua-dua sim kad dan fon bersama, ada yang dapat asing-asing. atau boleh contact pihak YTL untuk update.

      1. Shanti KUPUSAMY says

        I dapat SIM sjh Fon tak dapat

        1. aksesinfo says

          Dalam sistem ada 2 jenis kategori pemohonan iaitu simcard dengan internet 40GB percuma dan lagi satu phone+simcard 120GB percuma. mungkin pihak YTL pilih sis utk kategeri simcard sahaja. Simcard dgn internet percuma pun dapat membantu sis jimat sediklit utk kegunaan anak2 belajar.

  11. Kumar a/l ramasenderan says

    Saya dah mohon dah lama ,tapi saya tak menerima Email or message dari pihak tertentu…sampai bila kita harus tunggu…tlglah secepat mungkin…tq

    1. aksesinfo says

      Boleh contact pihak YTL menerusi email atau call untuk jawapan yang lebih pantas. Mungkin sebab ada banyak permohonan sekarang ni. 🙂

  12. Nur Hasanah says

    Assalamualaikum , bolehkah pengesyor terdiri daripada pelajar itu sendiri?

    1. aksesinfo says

      Waalaikumussalam wbt. tidak digalakkan. Permohonan mencalonkan nama pelajar mestilah dibuat melalui guru sekolah dengan syarat guru tersebut mestilah memenuhi kriteria seperti berikut :

      * Guru tersebut mestilah sedang berkhidmat di sekolah rendah atau sekolah menengah
      * Calon pelajar sedang bersekolah di sekolah yang sama dengan guru yang mencalonkan nama
      * Pelajar berasal dari golongan keluarga B40
      * Setiap pencalonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui SMS dan emel kepada ibubapa pelajar dan guru

    2. mohd says

      dah email tapi tak dapat..padahal semua syarat layak.

      1. aksesinfo says

        Golongan B40 merupakan salah satu syarat pemohonan yang YTL tetapkan..tapi pasti ada kuota dan proses pemilihan sekali lagi oleh pihak YTL

  13. Rossmawati binti Che Hassan says

    saya memerlukan headphone untuk belajar di online.

    1. aksesinfo says

      Boleh baca posting yang kami share.. Ada step by step cara untuk memohon 🙂

      1. Yusni says

        Perlu bayarkah?

        1. aksesinfo says

          telefon tersebut merupa kan percuma ..Boleh cuba apply ,kalau ada rezeki boleh dapat

  14. Dila says

    Kenapa sy punya xboleh nk tekan kotak permohonan.. Xboleh nk scoll ke tepi.. Hnya blh kebawah sahaja

    1. aksesinfo says

      boleh cuba apply guna phone atau device lain

  15. Norhidayah Ahmad says

    Suami Saya dh apply,tapi tiada jwpn

    1. aksesinfo says

      Harap ada rezeki keluarga sis..Golongan B40 merupakan salah satu syarat pemohonan yang YTL tetapkan..tapi pasti ada kuota dan proses pemilihan sekali lagi oleh pihak YTL

  16. MD ALI BIN MD ARSHAD says

    Assalamualaikum kalau saya nk cuba boleh saya ni oku orang kirang upaya tolong isi borang boleh dk tuan

    1. aksesinfo says

      Waalakumasalam.. Maaf tuan,Sebaiknya tuam mintak tolong ahli keluarga tuan untuk tolong isi..sebab ada butiran peribadi yang perlu di isi oleh tuan sendiri

  17. MD ALI BIN MD ARSHAD says

    Saya memerlukan bantuan headphone untuk pelajar online

    1. aksesinfo says

      Tuan boleh cuba buat pemohonan.. Cara membuat pemohonan kami ada share dalam posting

  18. Kamalia Abdullah says

    Kamalia Abdullah ..salam anak sya dh dpt simkadnye tpi hp smpai sekarng x dpt lagi..kwn sya yg mohon lebih lambat dri sya pun dh dpt hpnye ape masalah ea..nk call x tau no canter die

    1. aksesinfo says

      Sebenarnya YTL ada beberapa kategori pemohonan..Ada kemungkinan anak akak apply yg simcard sahaja atau pihak YTL pilih anak akak untuk dapat simcard percuma dengan internet 40GB. Sebelum ni memang ada yang layak dapat simcard sahaja walaupun apply untuk phone.

  19. Siti noor aLina says

    Sy dh pohon tapi sy guna nama sy sbb ada yg ckp boleh guna nama sendiri tapi sy x lulus mcm mana ye boleh ke sy pohon balik

    1. aksesinfo says

      Pemohon tu memang tak boleh guna nama sendiri.. orang lain yang pelu isikan untuk sis.

  20. LONGGINUS LAMA says

    sya sudah dpt sms dari YTL permohonan lulus…dia srh lgkapkan almat n butir2 pljar n butir2 ibu bapa…sdh siap semua nya dia srh klik hntar….sya tekan hntar….bole kah sya tau d mna sya bole buat rujukan utk mengetahui borang tu sdh terhntar @ blm sbb dia bg tmpoh dlm msa 7 hari sahaja.

    1. aksesinfo says

      Hai..waa seronoknnya pemohonan awak dh lulus.. apa2 YTL akan update melalui SMS dan email

  21. khairi says

    da reply email semua tp sampai sekarang xde apa2 feedback…email tu kata da lulus n da isi siap semua details..

    1. aksesinfo says

      proses pemohonan ambik masa.. ada yg 1 bln lebih baru dpt..harap yg tuan pun akn dpt segera

  22. Misnati Binti Miski says

    Saya dah cek status dan jwapan nye lulus tapi mslah nya .. saya hanya dapat simkad YES dan tel masih belom dapat.. untuk memastikan macam mana dan pada utk saya hubungi bertanya?

    1. aksesinfo says

      ada beberapa skim yg YTL sediakan..kemungkinan besar YTL hanya luluskan utk sim sahaha..tapi sim tu ada manfaat..sbb blh dapat internet percuma

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34