Terharu! Cikgu Muda Ini Harungi 6 Jam Demi Anak Murid

0 685

Cikgu Muda Ini Harungi 6 Jam Demi Anak Murid. Viral baru-baru ini mengenai kesungguhan seorang guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sukang, Lawas Sarawak.

Muhammad Nazmi Rosli meletakkan rasa tanggungjawab yang tinggi dalam mencari peluang untuk terus mengajar anak- anak muridnya.

Seperti mana yang kita sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan PKP ini membataskan pergerakan semua pihak untuk keluar rumah.

Termasuklah sesi persekolahan yang juga turut ditangguh atas arahan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengekang wabak Covid -19.

Hal ini menyebabkan ramai guru yang mengambil inisiatif mengajar anak-anak murid mereka melalui kaedah atas talian. Membuat kelas online, memberikan kerja sekolah terus ke whatsapp group dan sebagainya.

Tapi, tidaklah semuanya bernasib baik sebegitu memandangkan terdapat juga tempat-tempat pedalaman seperti di Perkampungan Lawas.

Lawas terletak di bahagian Utara Sarawak ini jauh dari bandar dan mengambil masa 3 jam untuk sampai ke kawasan berkenaan.

Muhammad Nazmi rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu demi menyampaikan ilmu yang sama seperti mana guru lain.

Namun, disebabkan tiada capaian internet di perkampungan sana, beliau yang tinggal di Bandar Lawas mencetak kerja-kerja sekolah, dan latihan untuk diagihkan kepada anak-anak muridnya yang mana terdapat 13 kampung kesemuanya di sana.

Usaha murni yang dilakukan oleh Cikgu Muhammad Nazmi ini dipertontonkan beliau di Facebooknya bagi berkongsi pengalaman manis menjadi guru lebih lebih lagi di musim PKP ini. 

Selain daripada subjek beliau, beliau juga membuka peluang untuk membantu kawan-kawan gurunya yang sudah pulang ke Semenanjung dan juga Sabah untuk menghantar kepada beliau kerja-kerja untuk anak – anak murid tersebut untuk dicetak dan diagihkan.

Baca juga → Telefon Bimbit PERCUMA untuk pelajar dari Keluarga B40

Perjalanan ulang alik selama 6 jam betul-betul mencabar beliau. Namun, usaha itu tetap diteruskan tanpa rasa jemu dan rasa terbeban.

Untuk ke sana, beliau akan berhubung dengan orang kampung yang keluar ke Pekan Lawas untuk mendapatkan bekalan makanan.

“Pejabat Pendidikan Daerah membantu saya bagi mendapat keizinan untuk datang ke kawasan pedalaman.

Seorang atau dua orang guru akan tinggal di lokasi itu dan membantu saya mengagihkan bahan bahan pembelajaran tersebut.”

“Kami diawasi secara ketat oleh wakil klinik kesihatan. Kanak-kanak perlu mencuci tangan sebelum dan selepas menerima bahan bagi mengelakkan jangkitan.”

“ Kami tidak berkumpul di satu tempat sebaliknya  pergi dari rumah ke rumah. Kami juga berusaha untuk mengurangkan bilangan yang terlibat.”

Anak-anak murid Sekolah Kebangsaan Long Sukang seramai 111 orang kesemuanya, sudah semestinya gembira kerana dapat teruskan pembelajaran walaupun dari rumah masing-masing.

Rata-rata dari mereka yang tidak sabar untuk kembali ke sekolah jika sesi persekolahan dibuka nanti. Namun, semuanya kini terbatas.

“ Sesi kami tidak sama dengan orang lain. Hari ini buat kerja, hari ini hantar hari ini juga semak. Kami lain sikit. Seminggu sekali baru boleh dapat tengok balik hasil kerja anak murid kami. Nota-nota subjek Sains pun kami tukar ke Bahasa Melayu, takut tiada tempat diorang nak rujuk. It’s okay. Kalau inilah New Normal kami, kami terima hendaknya. Tak mampu nak jadi yang terbaik, kami bagi yang termampu kami.”

Usaha yang dilakukan beliau tidaklah sia-sia. Sehingga mendapat tempat dan namanya dijulang sebagai Hero Malaysia beberapa minggu lepas.

Ada yang menyumbangkan kertas A4 untuk tujuan dicetak bahan-bahan pembelajaran dan dihantar ke anak-anak murid di Perkampungan Lawas dan ada juga yang turut menyumbangkan dakwat printer buatnya.

Semoga usaha murni Cikgu Muhammad Nazmi ini dapat membantu anak-anak murid SK Long Sukang mendapat ilmu dan pembelajaran sejajar dengan sekolah-sekolah yang lainnya.

Dan semoga wabak Covid 19 ini diangkat dan sesi persekolahan juga boleh diteruskan seperti biasa.

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34