5 Langkah Mudah Mohon eBantuan JKM Yang Ramai Tak Tahu!

0 8,706

5 Langkah Mudah Mohon eBantuan JKM Yang Ramai Tak Tahu? Sebenarnya biasa kita dengar orang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Terutamanya mereka yang terdiri daripada golongan yang kurang bernasib baik, baik dari segi anggota badan atau dari segi kewangan khususnya.

Jabatan Kebajikan Masyarakat sememangnya ditubuhkan untuk menjaga kebajikan rakyat Malaysia supaya tidak ada golongan yang susah dan terabai di Negara Malaysia yang tercinta ini.

Walaubagaimanapun,  tidaklah semua golongan layak untuk menerima bantuan daripada pihak JKM. Sudah tentu, pelbagai saringan, kajian dan soal selidik akan diajukan kepada pemohon.

Hal ini bertujuan untuk memastikan tiada  pihak yang membuat permohonan dengan maklumat yang palsu. Dan memastikan ia diberikan kepada mereka yang betul-betul layak dan berhak.

Saya akan kongsikan dengan anda semua, langkah dan cara untuk membuat permohonan Ebantuan JKM ini. Ya! ianya semudah ABC. Tapi sebelum tu, kita teliti dulu apa sebenarnya objektif Ebantuan JKM ini.

Objektif eBantuan JKM

1- Memenuhi keperluan asas (basic needs) asas bagi meringankan beban penerima bantuan

2- Alat Sokongan Sosial ( Social Support Tool ) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan pada bantuan

3- Alat pemulihan agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti / masyarakat.

4- Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelansungan dan kesejahteraan hidup.

Anda dah pernah buat permohonan? Boleh buat Semakan Status eBantuan JKM Secara Online Atau Atas Talian di sini

SIAPAKAH YANG LAYAK MEMBUAT PERMOHONAN

Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria  dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut :

1- Bantuan Kanak- Kanak (BKK)

2- Elaun Pekerja Cacat (EPC)

3- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

4- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/  Pesakit Kronik Terlantar (BPTI)

5- Bantuan Orang Tua (BOT)

6- Bantuan Am persekutuan (BA)

7- Bantuan Anak Pelihara (BAP)

8- Bantuan Latihan Perantis (BLP)

9- Bantuan Geran Pelancaran (GP)

10- Bantuan Ahli Tiruan / Alat Sokongan (BAT)

11- Tabung Bantuan Segera (TBS)

LANGKAH DEMI LANGKAH CARA MEMBUAT PERMOHONAN EBANTUAN JKM

STEP 1 – Tekan link atau pautan di bawah dan klik ke link DAFTAR PERMOHONAN ATAS TALIAN >> http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp

STEP 2 – Masuk ke bahagian laman yang dibulatkan di bawah.

STEP 3 – Baca dengan teliti. Peringatan! Walaupun kita sudah buat permohonan secara online, kita tetap PERLU untuk hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang terdekat dengan daerah kita.

Sediakan dokumen- dokumen yang diperlukan. Klik Daftar Permohonan

STEP 4 – Pilih Negeri anda dan masukkan Nombor Kad Pengenalan. Klik Daftar.

STEP 5 – Selepas tekan Daftar, kita akan dibawa ke laman ini. Di sini ialah tempat untuk kita isi segala detail kita dengan jelas. Ianya terbahagi kepada dua bahagian.  Isi butiran dengan jelas dan lengkap.

STEP 6 – BAHAGIAN A. Maklumat Pendapatan. Masukkan pendapatan kita seisi keluarga.

STEP 7 – BAHAGIAN B. Merupakan bahagian perbelanjaan bulanan yang perlu kita keluarkan.  Isi dengan tepat supaya pihak JKM dapat menilai sebanyak mana  bantuan yang selayaknya kita perolehi.

Kemudian, teruskan dengan Daftar Permohonan. Atau kita juga boleh membuat pendaftaran secara manual selain daripada atas talian. Oleh itu, muat turun borang JKM18.

Isi dan bawa bersama dokumen-dokumen yang diperlukan dan bawa bersama ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah masing-masing.

Mudah je kan nak buat permohonan ni? Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu kita semua untuk membuat permohonan Ebantuan JKM ini.

Boleh sebarkan kepada rakan facebook anda, mana lah tahu ada antara kawan-kawan kita yang tidak tahu macam mana nak buat permohonan Eborang JKM ini. 

Jadi, inilah 5 Langkah Mudah Mohon eBantuan JKM Yang Ramai Tak Tahu. Semoga bermanfaat!

Boleh juga muat turun Borang JKM18 ini di sini

>> BORANG JKM18 (hyperlink)

http://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JPOKU/BORANG%20PERMOHONAN%20JKM%2018.pdf

atau borang untuk kemaskini sekiranya sudah pernah membuat pendaftaran.

>> BORANG KEMASKINI JKM20 (hyperlink)
http://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/Bahagian%20PW/JKM20_2016.pdf

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.