6 KOD INI SAHAJA BOLEH BUAT RAYUAN BSH SECARA ONLINE
6 Kod Ini Sahaja Boleh Buat Rayuan Bsh Secara Online Hari ini merupakan hari pertama permohonan rayuan dibuka untuk mereka yang berstatus Tidak Lulus atau Gagal menerima Bantuan Sara Hidup Fasa 3.
Permohonan Rayuan ini akan dibuka bermula hari ini 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020 iaitu selama 1 bulan lamanya.
Kepada yang akan membuat permohonan rayuan, baca dengan tenang sehingga habis kerana saya kongsikan 6 kod Tidak Lulus yang membolehkan kita untuk membuat permohonan rayuan ini secara atas talian sahaja. Tanpa perlu ke Cawangan LHDN berdekatan.
Saya yakin dan percaya, rata-rata mereka yang tidak tahu menggunakan teknologi seperti warga tua dan sebagainya akan hadirkan diri mereka ke mana-mana cawangan LHDN BSH untuk membuat permohonan rayuan.
DIingatkan supaya patuh SOP dan jaga jarak kita supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini kepada kita semua.
Baca Juga > Tak lulus BSH Fasa 3 dengan alasan tak munasabah?
6 KOD TIDAK LULUS STATUS BSH
Seperti yang terteta di laman web Bantuan Sara Hidup, rayuan yang dibuat atas talian hanya untuk beberapa kod sahaja. Dan selebihnya hendaklah dikemukakan secara penghantaran manual ke mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia.
Apa enam (6) kod yang dinyatakan adalah :
KOD 05 – Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi kategori Bujang
KOD 07 – Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon/ pasangan melebihi RM4000
KOD 09 – Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM2000
KOD 12 – Permohon berdaftar sebagai Pemegang Saham/Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
KOD 13 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad.
KOD 34 – Permohon tidak menetap di Malaysia / Bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi.
Selain itu, bagi mereka yang lulus namun nak buat rayuan tambahan juga dibenarkan bagi tambahan anak dan pendapatan.
So, sekiranya keputusan BSH Fasa 3 kita Tidak Lulus dengan salah satu alasan KOD seperti yang tertera, boleh lah buat permohonan rayuan secara atas talian atau ‘online’.
Kepada mereka yang berstatus Tidak Lulus tetapi dengan kod yang tiada di atas, hendaklah mengemukakan rayuan di kaunter berkenaan.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN BAGI 6 KOD TIDAK LULUS ADALAH SEPERTI :
KOD 05 – Semakan status Orang Kurang Upaya (OKU) akan dilakukan secara terus dengan agensi yang ytelah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) atau
Jika tidak wujud, dokumen asal dan Salinan yang perlu dikemukakan ialah
* Kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
KOD 07 – Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
* Semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Menteri Kewangan (MoF)
KOD 09 – Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
* Semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Menteri Kewangan (MoF)
KOD 13 – Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).
KOD 34 – Tidak perlu sebarang pembuktian menetap di Malaysia
* Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Namun, dengan alasan-alasan yang diberikan ini, adalah lebih baik jika dikemukakan juga dokumen sokongan sebagai bukti kepada Kod Tidak Lulus yang kita perolehi.
CARA BUAT RAYUAN BSH FASA 3
Terdapat dua (2) cara untuk kita membuat permohonan rayuan ini.
- Boleh dibuat di semua cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre – UTC)
Berikut adalah jadul pembukaan kaunter Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 di pusat dan cawangan bermula hari ini.
- Boleh buat secara atas talian untuk 6 KOD Tidak Lulus yang dikongsikan di atas. Yang tiada dalam senarai, boleh lah membuat permohonan secara offline atau ke Pusat pusat yang ditetapkan.
SOALAN -SOALAN PENTING (FAQ)
Bilakah Tarikh mula Permohonan Rayuan Dibuka?
Tarik permohoan rayuan dbuka hari ini (7 ogos 2020)
Bila Tarikh tutup permohonnan Rayuan?
Akan ditutup pada 24 September 2020
Rayuan ini dibuka untuk siapa?
Permohonan Rayuan ini dibuka hanya untuk mereka yang Gagal dalam status BSH Fasa 3. Tidak dibuka kepada permohonan Baru
Boleh buat rayuan tambahan?
Bagi yang LULUS, boleh buat rayuan tambah sekiranya ada perubahan bilangan anak atau perubahan pendapatan.
Kami di Akses Info mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua yang akan membuat permohonan rayuan bermula hri ini.
Diharapkan dengan perkongsian 6 KOD INI SAHAJA BOLEH BUAT RAYUAN BSH SECARA ONLINE ini dapat membantu anda dapat buat permohonan dengan mudah.
Status perkahwinan tidak layak macam mana tu tuan
alasan tuan kod apa?
kod 16 kena buat macam mana
Rujuk artikel ye
Sy dh 23 thn xtnggl bersama suami..
cuba buat rayuan di LHDN