Cara Buat Permohonan Rumah Mesra Rakyat (Plus) 2020
Cara Buat Permohonan Rumah Mesra Rakyat (Plus) 2020 Online daripada syarikat perumahan negara berhad. Setiap orang pasti impikan rumah sendiri kan?
Tapi, pudar harapan kebanyakan orang bila mana masing-masing berpendapatan rendah. Kadang-kadang syarat terlalu ketat sehingga kan tidak layak bagi golongan tertentu.
Namun, satu Program telah di perkenalkan untuk membolehkan golongan berpendapatan rendah ini memiliki rumah sendiri.

Melalui Program Rumah Mesra Rakyat PLUS 2020 ini, sudah pasti ianya memberi senyum gembira kepada mereka ini.
Jadi, kepada yang berkelayakan, boleh lah membuat permohonan di laman web rasmi mereka di sini.. >> https://spnb.com.my/
PENGENALAN RINGKAS
Sebuah Syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc. ) iaitu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
Ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 bertujuan untuk menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia.
Kini, bermula tahun 2018 ia telah diletakkan dibawah penguasaan dan kelolaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
OBJEKTIF UTAMA PROGRAM
Program ini ditubuhkan untuk memberi peluang dan membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani, atau keluarga sederhana hingga keluarga miskin untuk mempunyai rumah sendiri tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah yang lebih selesa.
APA ITU RUMAH MESRA RAKYAT PLUS (RMRPlus)
Rumah RMRPlus merupakan salah satu program yang ditawarkan oleh SPNB Mesra Sdn Bhd iaitu membina rumah sebuah di atas tanah sendiri.
Pembiayaan pembinaan rumah RMRPlus tidak melibatkan subsidi dari kerajaan seperti Rumah Mesra Rakyat biasa.
Pembiayaan untuk rumah RMRPlus di tanggung oleh pemohon melalui pinjaman bank atau pembiayaan secara tunai.
Menawarkan rumah sebuah dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air berkeluasan 1000 kps dan 1200kps dengan rekabentuk terkini dan menggunakan bahan bermutu, di jamin siap serta pembinaan di pantau oleh kakitangan berpengalaman. Keluasan min tanah adalah 3750 kps.
4 jenis rumah yang ditawarkan
1 dan 2. Villa Mesra Andaman & Villa Mesra Simfoni
1000 kps (harga bermula dari RM 108,888.00 untuk semenanjung dan 154,444.00 untuk sabah & sarawak)
3. Casa Mesra Impian & Casa Mesra SImfoni.
1200 kps (harga bermula dari RM 126,666.00 untuk semenanjung dan 182,222.00 untuk sabah & sarawak)
4. KELEBIHAN YANG DIPEROLEHI
- Dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
- 15 Tahun pengalaman dalam industri pembinaan
- Terdapat 13 cawangan di seluruh Negara
- Harga yang ditawarkan termasuk kos guaman (with tnc)
- Dijamin siap
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT 2020
Antara syarat-syarat yang wajib dipatuhi ialah :
- Berumur 18 Tahun
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai Tanah
- Keluasan tanah minima 3750 kps (50’ x 75’)
- Berkelayakan Mendapat Pinjaman daripada institusi kewangan
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- → Salinan Kad Pengenalan pemohon
- → Salinan Kad Pengenalan Tuan Tanah
- → Salinan Geran Hakmilik ( Tapak Pembinaan)
- → Surat Kebenaran Membina Rumah dari Tuan Tanah
TANGGUNGJAWAB PEMOHON
- Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
- Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi
- Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
- Membuat penyambungan utama ke bangunan
- Perlu mendapatkan bantuan kewangan dari mana -mana institusi kewangan sekiranya bukan tunai.
CARA PERMOHONAN
Dapatkan borang permohonan di pejabat cawangan setiap negeri atau hubungi ibu pejabat SPNB di talian → 03 2618 5555
atau boleh juga layari laman web rasmi SPNB di sini
Semoga dengan adanya program Rumah Mesra Rakyat PLUS ini, impian mereka yang berpendapat rendah juga boleh memiliki rumah sendiri seperti mana mereka yang lain.
Join Channel Telegram dengan update pantas!
Assalamualaikum macam mana nak mohon rumah mesra rakyat ni?
Waalaikumsalah.. Pemohonan blh dibuat secara Online daripada syarikat perumahan negara berhad. Dalam posting yang sis komen ni kami share info berkenaan cara memohon dan syarat utk mehohon.
Memohon rumah mesra rakyat
Memohon rumah mesra rakyat
Boleh baca posting kami dlam blog ni.. kami ada share cara utk memohon
Rujuk sini https://aksesinfo.com/permohonan/cara-buat-permohonan-rumah-mesra-rakyat-plus-2020.html