Cara Buat Tuntutan Khairat Kematian RM1000 Untuk Penerima BSH

0 25,616

Cara Buat Tuntutan Khairat Kematian RM1000 Untuk Penerima BSH. Bagi mereka yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) secara automatiknya layak menerima bantuan khairat kematian berjumlah RM1000.

Skim Khairat Kematian (SKK) adalah satu skim menggantikan Insurans Takaful Berkelompok (i-BR1M) yang telah dilaksanakan pada pemberian BR1M pada tahun 2014.

SKK akan memberi manfaat kepada waris penerima  BSH dengan bantuan RM1000 yang akan berkuat kuasa selama setahun pada tahun semasa. Bagi tahun 2020 juga, SKK sebanyak RM1000 akan diberikan.

Tuntutan ini boleh dilakukan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat dengan Kawasan masing-masing. Dan ianya boleh dituntut oleh pewaris terdekat.

Berita ini diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan I iaitu Datuk Abdul Rahim Bakri mengenai hal ini. Ternyata berita ini menggembirakan ahli keluarga yang baru sahaja mengalami kehilangan.

INFO PENTING SKIM KHAIRAT KEMATIAN 2020

  • Penerima yang layak adalah di bawah kategori isi rumah dan bujang berumur 60 tahun dan ke atas
  • SKK adalah untuk waris yang dinamakan sahaja
  • Kematian dalam tempoh 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020
  • Tempat tuntutan ialah – Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Waris mestilah terdiri daripada pasangan/ ibu/bapa/anak/adik beradik atau cucu sahaja.
  • Penerima untuk kategori individu tidak layak untuk Skim Khairat Kematian ini.

Kalau perasan ketika isi borang Bantuan Sara Hidup, memang kita diminta untuk mengisi ruangan waris. Dan hanya waris ini sahaja yang layak dan boleh membuat permohonan SKK ini sekiranya berlaku kematian kepada pemohon.

Skim Khairat kematian (SKK) ini layak bagi Kategori isi rumah seperti berikut :

  • Kahwin
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda / Mempunyai Anak
  • Bujang berumur 60 tahun dan ke atas

Kelayakan SKK ini adalah seperti berikut :

  • Penerima pembayaran Fasa Pertama BSH 2020
    1. Kematian pada 1 Januari 2020 – 31 Januari 2020
    2. Pemohon layak
    3. Pasangan (warganegara sahaja) – Tidak Layak
  • Penerima Pembayaran Fasa Pertama dan Tidak Lulus BSH 2020
    1. Kematian pada 1 Februari 2020 hingga 31 Disember 2020
    2. Pemohon tidak layak
    3. Pasangan (warganegara sahaja) – Tidak Layak
  • Penerima Pembayaran Fasa Pertama dan Lulus Fasa seterusnya
    1. Kematian pada 1 Feb sehingga 31 Dis 2020
    2. Pemohon layak
    3. Pasangan juga layak (warganegara sahaja)
  • Permohonan baharu yang Lulus BSH 2020
    1. Kematian pada 1 Feb hingga 31 Dis 2020
    2. Pemohon layak
    3. Pasangan juga layak (warganegara sahaja)

Baca Juga >> Penerima BSH layak terima RM8000 dari MySalam

Dokumen yang perlu dibawa semasa tuntutan SKK ini ialah :

  • Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Kad Pengenalan Waris
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan waris.
    • Ibu / Bapa – Sijil Lahir Penerima
    • Pasangan – Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan / Sijil Lahir Anak
    • Anak – Sijil Lahir Wakil
    • Anak Angkat – Sijil Anak angkat yang dikeluarkan JPN. Sekiranya tiada, pengesahan daripada mahkamah atau Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) diperlukan.
    • Anak Tiri – Sijil Lahir Wakil (Anak Tiri) dan Sijil Perkahwinan Ibu/Bapa Tiri
    • Adik Beradik – Sijil Lahir Penerima dan Sijil Lahir Wakil
    • Cucu – Sijil Lahir Wakil (cucu) dan Sijil Kelahiran Ibu atau Bapa Kepada Wakil
Cara Buat Tuntutan Khairat Kematian RM1000 Untuk Penerima BSH

Sebarang keterangan atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi 1800-88-2747 (LHDNM) atau 03-88824565 / 4566 (kementerian kewangan) ataupun melalui e-mel pada bsh@treasury.gov.my .

Selain daripada itu, boleh juga rujuk FAQ yang disediakan oleh Laman Web Rasmi BSH ini untuk lebih detail .

> FAQ BSH

Semoga perkongsian Cara Buat Tuntutan Khairat Kematian RM1000 Untuk Penerima BSH ini dapat membantu anda semua yang betul -betul memerlukan khairat kematian ini.

Kami di akses info mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.