Cara Daftar Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) Untuk Penganggur, Graduan & Lepasan Sekolah

0 2,963

Cara daftar insentif pengambilan pekerja (PenjanaKerjaya) untuk penganggur, graduan & lepasan sekolah kini dibuka. Ianya berita baik buat mereka yang ingin mencari kerja kosong.

5 Jun 2020 yang lepas, Perdana Menteri dalam ucapan perutusan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) ada menyentuh sedikit tentang bahagian PERKESO ini.

Untuk lebih mudah memahami apa yang saya kongsikan ini, jom kita ketahui sedikit sebanyak tentang Program MyFutureJobs PERKESO.

APA ITU MYFUTUREJOBS PERKESO?

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mempelawa kepada semua golongan yang masih menganggur dan dalam usaha mencari kerja mendaftar di bawah programnya.

Golongan ini termasuklah juga graduan dan mereka yang sudah tamat persekolahan.

Program di bawah PERKESO ini perlu mendaftar di MyFutureJobs PERKESO untuk menyertai Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya).

Perndaftaran ini boleh dilakukan dengan dua cara. Sama ada secara manual dengan menghadirkan diri ke pejabat PERKESO atau melalui atas talian menerusi portal MyFutureJobs.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz berkata :

“Pencari kerja yang memerlukan bantuan boleh menghubungi PERKESO atau hadir ke pejabat agensi yang ada di seluruh negara bagi mendapatkan bantuan kaunselor kerjaya.”

Sementara bagi majikan pula, beliau berkata Pegawai Perkhidmatan Majikan PERKESO bersedia memberi sokongan kepada majikan yang memerlukan bantuan.

Antaranya seperti mendaftarkan kekosongan jawatan ataupun pengambilan pekerja.

“Majikan yang mempunyai kekosongan jawatan di syarikat masing-masing, boleh mendaftarkan profile mereka di penjanakerjaya.perkeso.gov.my mulai hari ini iaitu 15 Jun 2020.”

Tambah beliau lagi :

“Apabila majikan telah mengambil pekerja melalui program PENJANA ini, mereka mestilah mendaftarkan pekerja-pekerja ini dengan PERKESO untuk caruman wajib. Mulai 1 Julai 2020, majikan boleh memilih nama pekerja yang diambil di bawah program penjanakerjaya untuk kelulusan bayaran insentif.”

A screenshot of a cell phoneDescription automatically generated
APAKAH ITU PENJANAKERJAYA?
  • PenjanaKerjaya di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Ia diwujudkan dengan untuk tujuan merangsang permintaan di kalangan majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan.
  • Kementerian Sumber Manusia telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program ini melalui National Employment Services, PERKESO.
  • Mudahnya PenjanaKerjaya ini, akan diisi oleh pihak majikan. Mereka akan senaraikan nama pekerja yang mereka rasakan layak untuk program ini.
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON PENJANAKERJAYA
  1. Majikan yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Jabatan Pendaftaran Malaysia (ROS) / Pendaftaran Perniagaan (ROB) / Pihak BErkuasa Tempatan (PBT) atau lain-lain pertubuhan sebelum 1 Jun 2020
  2. Majikan hendaklah berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 Jun 2020
GOLONGAN YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
  • Agensi Pekerjaan Swasta atau syarikat Penyumberan Luar yang membekalkan tenaga kerja kepada perusahaan lain dan bukannya sebagai majikan langsung
  • Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saran, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri.

Memetik petikan ucapan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin berkata :

“Bagi membantu dan menggalakkan penganggur meningkatkan kemahiran, elaun Latihan sehingga RM4,000 boleh dituntut daripada PERKESO oleh mereka yang hilang pekerjaan, walaupun mereka bukan pencarum di bawah Skim Insurans Pekerjaan.”

INSENTIF DI BAWAH PENJANAKERJAYA

PenjanaKerjaya yang disediakan adalah seperti kategori berikut :

  • MyApprentice – Insentif Perantis bagi majikan yang mengambil pencari kerja tempatan secara perantis dalam kalangan lepasan sekolah dan graduan.
  • HireMalaysia – terdapat 3 kategori :
    • Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan di bawah umur 40 tahun
    • Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan berumur 40 tahun ke atas.
    • Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan dalam kalangan golongan mudah terjejas termasuk golongan kurang upaya (OKU) dan peserta Program Return to Work PERKESO.
  • Bantuan Mobility ( Bayaran one -off kepada pekerja yang pindah melebihi 100km sehala)
  • Program Latihan – menyediakan Latihan semula (reskilling and up skilling).
A screenshot of a cell phoneDescription automatically generated
A screenshot of a cell phoneDescription automatically generated
A screenshot of a cell phoneDescription automatically generated
CARA DAFTAR PENJANAKERJAYA ONLINE

Seperti yang saya maklumkan tadi, untuk membuat pendaftaran di PenjanaKerjaya dan MyFutureJobs ini, boleh buat pendafataran melalui dua cara. Sama ada melalui manual atau secara online.  

Ini saya kongsikan Langkah-langkah macam mana nak buat pendafatran secara atas talian. Harus di ingat ianya diisi oleh MAJIKAN.

Kita sebagai pekerja, atau pencari kerja akan isi MyFutureJobs sahaja. Saya ada share langkah-langkahnya di bawah sana nanti.

STEP 1 – layari laman web rasmi PENJANAKERJAYA PERKESO

A screenshot of a computerDescription automatically generated

STEP 2 –  Isi detail untuk mendaftar kali pertama. atau log masuk jika sudah ada akaun.

A screenshot of a cell phoneDescription automatically generated

STEP 3 – Klik submit selepas isi detail yang diperlukan.

A screenshot of a cell phoneDescription automatically generated

STEP 4 – Buka email dan klik untuk pengesahan.

A screenshot of a cell phoneDescription automatically generated

STEP 5 – Log masuk dengan email dan password yang kita create awal tadi.

A screenshot of a computerDescription automatically generated

STEP 6 – Di tab training, ada program yang boleh dipilih untuk pekerja.

A screenshot of a cell phoneDescription automatically generated

STEP 7 – Saya pilih usahawan, ada beberapa program yang ada tersedia. Ini adalah tugas majikan yang akan tentukan kepada pekerja.

CARA DAFTAR MYFUTUREJOB

Jika kita dalam golongan penganngur, graduan atau lepasa persekolah. Isi MyFutureJobs dengan ikuti langkah-langkah yang saya sediakan ni.

STEP 1 – Masuk ke laman web rasmi MYFUTUREJOBS

A picture containing umbrellaDescription automatically generated

STEP 2 – Daftar masuk untuk yang sudah ada akaun. Bagi yang belum ada akaun, klik register.

A screenshot of a cell phoneDescription automatically generated

STEP 3– Tekan sebagai pencari kerja. Pihak majikan pun akan ada akaun untuk masuk dan pilih pekerja yang dimahukan dari laman web ini.

A person standing in front of a buildingDescription automatically generated

STEP 4 – Isi detail yang diperlukan seperti alamat email, nombor kad pengenalan dan juga password.

A screenshot of a cell phoneDescription automatically generated

STEP 5 – Selepas kita diminta klik butang ACCEPT, dah dapat masuk. Jangan lupa, isi segala butiran yang diperlukan dengan lengkap. Dari maklumat inilah pihak majikan memilih kita untuk memberikan pekerjaan.

Alhamdulillah, satu lagi kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan kepada kita sebagai rakyatnya. Seingat saya, tiada golongan yang terkecuali dari mendapat mana-mana bantuan dari kerajaan.

Jadi, golongan penganggur dan mereka yang kini sedang giat mencari pekerjaan, boleh lah daftar ke MyFutureJobs PERKESO supaya ada majikan yang mendaftarkan kita ke PenjanaKerjaya.

Mudah-mudahan ada majikan yang ingin mengambil kita untuk bekerja di bawah syarikatnya. Terutama jika kita memang sudah ada pengalaman bekerja sebelum ini, jangan lepaskan peluang.

Kesimpulannya, yang dah tahu nak cara daftar insentif pengambilan pekerja (PenjanaKerjaya) untuk penganggur, graduan & lepasan sekolah ni boleh kongsikan kepada kawan-kawan yang lain juga ye. 

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.