INFO TEPAT CARA MEMOHON BANTUAN BULANAN RM350 UNTUK WARGA EMAS 2020

0 69,016

Info Tepat Cara Memohon Bantuan Bulanan RM350 Untuk Warga Emas 2020. Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terdapat satu skim khas untuk Orang Tua untuk mambantu mereka meneruskan kelansungan hidup.

Skim Bantuan Orang Tua ini, bukanlah satu skim baru malah ia sudah ditubuhkan sekian lama. Menurut Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dijumpai, jumlah kes pada tahun 2002 adalah sebanyak 11,340 melibatkan Orang Tua yang layak diberi bantuan.

Angka ini semakin hari semakin meningkat kepada 139,000 penerima pada tahun 2018 dan 135,000 pada tahun sebelumnya.

PERINGATAN PENTING!

Mengenai isu tular yang mengatakan Bantuan Orang Tua ini tidak benar adalah salah sekali. Bantuan Orang Tua ini sememangnya wujud. Namun, yang menjadikannya tidak tepat adalah maklumat yang disampaikan oleh media sosial, youtube ada yang BERCANGGAH dengan maklumat dari JKM.

Hal ini menyebabkan JKM sendiri telah mengeluarkan satu notis mengenai maklumat yang tidak tepat ini.

Selepas diteliti, video yang viral tersebut ada mengeluarkan maklumat yang menimbulkan salah faham orang ramai. Namun, ianya telah diperbetulkan di ruangan komen video terbabit.

Oleh sebab itu, kami telah cuba menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah untuk dapatkan info tepat terus dari pihak JKM sendiri. Di bawah ini kami kongsikan perbualan telefon bersama wakil JKM Daerah tersebut.

Semoga dengan penjelasan ini, dapat melegakan hati orang ramai dan buatlah permohonan dengan cara yang betul. Teruskan bacaan untuk info syarat dan cara permohonan yang kami kongsikan di artikel ini.

BANTUAN & KEMUDAHAN WARGA EMAS

Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sebelum ini menjawat jawatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, hampir 30 peratus daripada kesleuruhan jumlah peruntukan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah untuk Bantuan Orang Tua (BOT).

Hal ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap warga emas yang memerlukan bantuan.

4 Jenis Bantuan Warga Emas
OBJEKTIF SKIM BANTUAN ORANG TUA

Skim Bantuan Orang Tua ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk membantu warga emas untuk meneruskan kelansungan hidup dan kesejahteraan dalam komuniti setempat.

Selain daripada Bantuan Kebajikan untuk Orang Tua, melalui laman web rasmi MyGoverment, bantuan lain yang layak diperolehi oleh warga emas adalah :

  • Bantuan Perubatan dan Kesihatan
    • Bantuan alat tiruan dan sokongan
    • Pengecualian bayaran pesakit luar
  • Bantuan Pengangkutan
    • Diskaun warga emas untuk pengangkutan awam (Bas, LRT, KTMB)
  • Bantuan Kebajikan
    • Bantuan Orang Tua (JKM)
  • Bantuan Perniagaa
    • Yayasan Tekun Nasional (TEKUN) – Kontrak -I, SPBT
    • Geran Pelancaran

Permohonan bagi setiap bantuan yang saya kongsikan di atas adalah berbeza. Untuk membuat permohonan, anda boleh buat permohonan secara online atau terus ke Jabatan kebajian Masyarakat yang berhampiran untuk mengisi borang permohonan.

Kami ada menghubungi pihak JKM dan menurut staf yang bertugas, adalah sangat digalakkan untuk pemohon hadir sendiri ke mana-mana JKM untuk buat permohonan.

SYARAT – SYARAT SKIM BANTUAN ORANG TUA (BOT)
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  • Merupakan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin per Kapita Semasa, dan
  • Merupakan warga emas yang TIDAK tinggal di
    1. Institut Kendalian JKM atau
    2. Pusat Jagaan Harian/ Berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan percuma atau
    3. Mana -mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusana KPKM.
  • Tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup
  • Tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberikan sumbangan.

Sekiranya kita mengenali mana-mana warga emas yang melepasi syarat seperti yang dinyatakan boleh lah bawa mereka ke JKM untuk membuat permohonan bagi menerima bantuan bulanan.

permohonan bantuan

Baca juga  > Nak Cashkan Kredit Bantuan RM50? Ini Cara Mudah Boleh Follow

CARA BUAT PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA
  • Permohonan boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di mana pemohon tinggal.
  • Sekiranya menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh dibuat menerusi surat, telefon atau email.
  • Senarai alamat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang boleh dihubungi, saya lampirkan sekali di bawah nanti.
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon boleh membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat JKM seperti :
    1. Salinan kad pengenalan pemohon
    2. Salinan kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
    3. Salina penyata gaji (jika ada)
    4. Gambar berukuran passport
    5. Dokumen sokongan lain (jika ada)

Walaupun kita digalakkan untuk membuat permohonan secara manual dengan pergi ke JKM terdekat, kita juga boleh buat permohona secara atas talian di laman web rasmi mereka di sini.
>> PERMOHONAN ONLINE (BOT)

Permohonan atas talian

DIINGATKAN!

Kepada anak-anak yang masih mampu menyara dan menjaga ibu bapa dari segi kewangan terutamanya, TIDAK DIGALAKKAN untuk membuat permohonan ini.

Permohonan yang dihantar kepada pihak JKM, akan dipertimbangkan dan disaring bagi melayakkan mereka yang benar-benar tidak mampu sahaja menerima bantuan ini.

Selepas permohonan di buat, pihak JKM akan memastikan pemohon akan layak menerima Bantuan yang mana yang selayaknya ada melalui JKM.

Semoga dengan Bantuan Orang Tua yang diberikan oleh kerajaan melalui JKM ini dapat lah membantu golongan warga emas untuk meneruskan kelansungan hidup dalam komuniti.

Dengan perkongsian Info Tepat Cara Memohon Bantuan Bulanan RM350 Untuk Warga Emas 2020 ini diharapkan dapat membantu anda yang sedang mendapatkan maklumat mengenainya.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.