Cara Memohon Rumah PPR, MyHome Dan Rumah Transit Melalui TEDUH Secara Online
Cara Memohon Rumah PPR, MyHome, Dan Rumah Transit Melalui TEDUH Secara Online – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan saluran yang betul untuk membuat permohonan perumahan.
APAKAH ITU PORTAL TEDUH?
TEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.
Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingun memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.
Selain daripada itu, TEDUH juga merupakan inisiatif kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam menydiakan saluran rasmi bagi maklumat perumahan kepada rakyat, agensi kerajaan, badan berkanun dan pemaju swasta.
OBJEKTIF TEDUH DIBANGUNKAN?
TEDUH dibangunkan kerana terdapat pelbagai system perumahan di peringkat kerajaan Persekutuan dan negeri yang bertindak secara silo. Melalui TEDUH, semua sistem semua sistem ini akan diintegrasikan sebagai satu sistem utama yang akan memudahkan akses kepada pelbagai maklumat perumahan.
3 FUNGSI TEDUH
- Peratus pembinaan projek yang dikemaskini oleh pemaju
- One Stop Centre carian Projek Perumahan Awam
- Carian Pemaju Perumahan Swasta
Baca juga > CARA MUDAH MOHOM RUMAH PRIMA
PERMOHONAN PPR, MyHOME DAN RUMAH TRANSIT DIBUKA ONLINE
Program Perumahan Rakyat (PPR), MyHome dan Rumah Transit merupakan antara program dan projek perumahan yang di bawah kendalian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
- Program Perumahan Rakyat (PPR)
- Pemohon dan pasangan mestilah berwarganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun dan ke atas
- Keutamaan diberikan kepada mereka yang sudah berkeluarga
- Pemohon mestilah belum memiliki rumah
- Program Rumah Transit
- Pemohon dan Pasangan berwarganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun hingga 30 tahun
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan
- Keutamaan diberikan kepada mereka yang sudah berkeluarga
- Pemohon mestilah memiliki rumah
- Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)
- Pemohon dan pasangan mestilah warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun dan ke atas
- Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja
- Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah sebulan.
CARA BUAT PERMOHONAN
Untuk buat permohonan secara online, kita perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu dan boleh ikuti langkah-langkah dikongsikan ini.
- Klik Daftar Akaun SPRN
- Masukkan Nama, Nombor Kad Pengenalan, dan Emel. Klik Daftar.
- Masukkan Kata Laluan, dan klik Simpan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan.
- Klik Log Masuk
Selepas dan selesai mendaftar, dan log masuk semula. Follow step by step ni.
STEP 1 – Masuk ke system SPRN
STEP 2 – Klik Pilih Skim
STEP 3 – Baca Syarat dan Klik YA untuk teruskan.
STEP 4 – Lengkapkan pada bahagian Maklumat Pemohon, Pendapatan, Tanggungan dan Save
STEP 5 – Klik Projek untuk memohon projek di negeri yang berminat. (Rujuk di bawah)
STEP 6 – Kemudian, klik Mohon unit dan muat naik sokongan. Hantar permohonan.
Follow step seterusnya sehingga habis permohonan dibuat. Boleh kemaskini sekiranya ada penambahan atau pembaharuan apa-apa maklumat.
Senarai hartanah bagi setiap negeri adalah seperti berikut.
PERLIS (tiada rekod)
TERENGGANU
WILAYAH PERSEKUTUAN
UNTUK PERTANYAAN LANJUT
Untuk keterangan yang lebih detail mengenai Program Perumahan yang wujud ini boleh terus hubungi Jabatan Perumahan Negara di :
Jabatan Perumahan Negara,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No 51 Persiaran Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Presint 4, 62100 Putrajaya.
Atau boleh hubungi mereka di talian :
Bagi Skim PPR,
03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan)
03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah Sarawak)
03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang dan Terengganu)
Bagi Skim Rumah Transit :
03-88912290 / 4083 / 3977
Bagi Skim MyHome :
03-88914014 /4016 / 4020 / 4062 / 4027 / 4054 /
Jadi kepada yang nak tahu Cara Memohon Rumah PPR, MyHome, Dan Rumah Transit Melalui TEDUH Secara Online boleh baca dan follow step yang saya kongsikan di atas.