Cara Mohon Bantuan Zakat Kecemasan untuk Covid19
Cara Mohon Bantuan Zakat Kecemasan untuk Covid19? Baru-baru ini YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad telah kongsikan di Twitter rasmi miliknya berkenaan MAIWP telah menyediakan Bantuan Zakat Kecemasan.
Ianya khas untuk mereka yang tinggal di Wilayah Persekutuan yang terjejas dari segi kewangan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang di kuatkuasa oleh kerajaan di sebabkan wabak Covid 19.

Bantuan kecemasan yang diberikan
MAIWP telah memperuntukan RM25.11 juta untuk bantuan zakat semasa Covid 19 ini, antaranya:
- Bantuan Zakat Kewangan Bulanan (RM9.67 juta)
- Bantuan Zakat Khas Tambahan (RM12.1 juta)
- Bantuan Peralatan Penafasan Hospital (RM3.27 juta)
- Bantuan Makanan Harian Sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan (RM49 000)
- Bantuan Bantal dan Tilam Pusat Khusus Gelandangan (RM15 000)
Pemohonan bantuan zakat ini boleh dilakukan secara atas talian melalui link rasmi zakat Wilayah Persekutuan https://ebaitulmal.maiwp.gov.my .
Pemohonan ini bermula 13 April 2020. Pemohonan hanya boleh di lakukan sekali sahaja bagi mengelak penindihan maklumat yang boleh menyebabkan pemohonan akan di tolak.
Bantuan ini bertujuan membantu meringankan beban mereka yang memerkukan agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan baik.
Jumlah bantuan zakat yang akan di berikan bergantung kepada keperluan isi rumah pemohon.
Syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Zakat Kecemasan ini adalah :
- Warganegara Malaysia
- Menetap di Wilayah Persekutuan
- Beragama Islam
- Bukan penerima bantuan kewangan bulanan.
- Mereka yang terputus perbelanjaan disebabkan tidak ada sumber pendapatan sepanjang (PKP)
Step-by step cara membuat Pemohonan Bantuan Zakat Kecemasan Covid19
Step 1 : Layari laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my dan klik Ez-Zakat

Step 2: Log masuk sistem pemohonan ez-Zakat.
Masukkan No kad pengenalan dan katalaluan.

Tapi sekiranya anda merupakan pengguna baru, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu.
Pemohon perlu mengisi detail diri termasuk kata laluan yang akan digunakan untuk akses masuk sistem ez-Zakat. Setelah selesai klik “Daftar”. Pastikan semua detail di isi dengan lengkap.

Step 3: Kemaskini maklumat pemohonan (LANGKAH 1)
Setelah pendaftaran sebagai pengguna baru berjaya dibuat, anda perlu “Log Masuk” semula untuk melengkapkan butiran pemohonan.

KEMASKINI PERMOHONAN
Kemaskini pemohonan terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:
- Maklumat peribadi
- Maklumat pekerjaan
- Maklumat rujukan untuk pengesahan
- Maklumat akaun.

Pemohon hendaklah mengisi semua butiran yang terdapat dalam borang pemohonan dengan lengkap.
Selain itu, anda perlu memuat naik dokumen peribadi ke dalam sistem seperti :
- Kad pengenalan
- Kad pengenalan pasangan/rujukan
- Bil air atau bil api
- Penyata bank
- Surat sokongan.

Dokumen-dokumen tersebut perlu di muat naik dalam format pdf,jpg,jpeg/gif. Jadi anda perlu scan atau tangkap gambar terlebih dahulu supaya mudah proses mengisi borang nanti.
Maksimum saiz setiap file adalah tidak melebihi 2MB
Setelah semua detail selesai di isi anda klik button “Kemaskini Pemohonan” bagi menyimpan butiran pemohonan. Anda sudah di kira selesai mengisi boring bahagian maklumat pemohon.
Step 4 : Kemaskini Tanggungan (LANGKAH 2)

Pemohon hendaklah mengemaskini tanggugan dan mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan. Klik button “Kemaskini Tanggungan” yang terdapat di bahagian atas tab.
Pemohon hendaklah menekan button “Tambah tanggugan” dan isi maklumat yang diperlukan.
Antara maklumat yang perlu di kemaskini adalah:
- No Kad Pengenalan
- Nama
- Tarikh lahir
- Jantina
- Hubungan
- Pekerjaan
Setelah selesai kemaskini klik button “Hantar”.
Step 5 :Hantar Pemohonan Bantuan (LANGKAH 3)

Setelah pemohon selesai mengemaskini maklumat tanggungan, pemohon dikehendaki menekan
button Langkah 3 – Hantar Permohonan Bantuan.

Pemohon hendaklah menekan button yang bertanda ( /) bagi mengesahkan permohonan tersebut.
Seterusnya, pemohon perlulah menekan button” Langkah 4 – Hantar Permohonan” bagi menghantar permohonan yang telah dibuat.

Permohonan telah diterima oleh MAIWP akan di paparkan seperti gambar di atas.
Step 6 :Semak Pemohonan

Pemohon boleh membuat semakan diatas permohonan yang telah dibuat dengan menekan
butang “Semakan Bantuan” yang terdapat di halaman utama Ez-Zakat MAWIP
Mudah je kan nak buat permohonan Bantuan Zakat Kecemasan Covid 19 ni?
Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu anda yang dalam kesempitan kewangan disebabkan wabak Covid 19 ni mendapat bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Anda boleh sebarkan kepada rakan facebook anda yang tinggal di Wilayah Persekutuan yang memerlukan bantuan, mana lah tahu ada antara kawan-kawan kita yang tidak tahu macam mana nak buat permohonan Bantuan Zakat Kecemasan ni.
Semoga bermanfaat!
Join Channel Telegram dengan update pantas!