CARA MUDAH MOHON RUMAH PR1MA TAPI RAMAI MASIH TAK TAHU
Cara mudah mohon rumah PR1MA tapi ramai masih tak tahu. Rumah PR1MA merupaka skim perumahan mampu milik yang telah ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012.
Tujuannya adalah untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia.
Kediaman PR1MA berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk yang tinggal di kawasan bandar yang berpendapatan sederhana. Kediaman PR1MA dibina dalam kawasan berkomuniti.
Terdapat pelbagai jenis dan saiz rumah yang anda boleh pilih berdasarakan pendapatan.

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON KEDIAMAN PR1MA
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
- Berumur 21 tahun keatas semasa permohonan dibuat.
- Bujang atau sudah berkahwin dengan pendapatan isi rumah purata antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan.
- Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah. (Boleh memohon untuk rumah kedua)
- Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh Akta PR1MA.
LOKASI PEMBANGUNAN KEDIAMAN PR1MA
Pembangunan kediaman PR1MA terletak di kawasan bandar-bandar utama di seluruh Malaysia.
Antara bandar-bandar yang mepunyai pembangunan kediaman PR1MA adalah:
- Kangar, Perlis – Residensi Padang Siding
- Alor Setar, Kedah – Residensi Simpang Empat 2
- Kulim, Kedah – Residensi Padang Meha
- Sungai Petani, Kedah – Residensi Sungai Petani 1
- Sungai Petani, Kedah – Residensi Sungai Petani 2
- Ipoh, Perak – Residensi Fair Park
- Lumut, Perak – Residensi Sitiawan
- Bagan Serai, Perak – Residensi Bagan Serai
- Ipoh, Perak – Residensi Falim
- Johor Bahru, Johor – Residensi Bandar Layangkasa
- Kota Tinggi, Johor – Residensi Kota Tinggi
- Johor Bahru, Johor – Residensi Taman Pelangi Indah
- Alor Gajah, Melaka – Residensi A’Famosa
- Bandaraya Melaka, Melaka – Residensi Klebang 2
- Bandaraya Melaka, Melaka – Residensi Melaka Tengah 2
LOKASI KEDIAMAN PR1MA
Sebenarnya banyak lagi lokasi kediaman PR1MA yang anda boleh pilih. Anda boleh semak lokasi pembangunan rumah PR1MA dengan lebih detail di website ini https://sales.pr1ma.my
Sekiranya anda melayari website https://sales.pr1ma.my anda boleh semak lokasi rumah PR1MA berdasarkan kategori rumah serta lokasi bandar yang mempunyai pembagunan rumah PR1MA .
Antara kategori rumah PR1MA yang ada ialah:
- Apartment
- Banglo
- Teres dua tingkat
- Teres satu tingkat
- Semi-D
Kediaman PR1MA berukuran dari 850 kps hingga 1,850 kps bagi rumah teres. Manakala bagi apartment pula ukurannya ialah dari 600 kps hingga 1,200 kps.
Harga rumah PR1MA adalah dalam lingkungan RM100,000 hingga RM400,000.
CARA MENDAFTAR RUMAH PR1MA
Pendaftaran rumah PR1Ma boleh dibuat secara online di laman web rasmi PR1MA
Step 1 : Layari Portal rasmi Perbadanan PR1MA Malaysia : https://www.pr1ma.my

Step 2: Semak kelayakan
Berikut merupakan kelayakan asas untuk permohonan kediaman PR1MA. Anda perlu tanda pada (/) pada kotak berdasarkan kreteria anda. Kemudian klik butang “Semak Kelayakan”
Step 3: Daftar akaun PR1MA

BACA JUGA: PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (BSN MYHOME)
Sebelum mendaftar PR1MA anda hendaklah membaca terma dan syarat terlebih dahulu. Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh PR1MA anda boleh teruskan proses seterusnya. Lengkapkan butiran yang diperlukan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Antara dokumen yang di perlukan untuk proses pendaftaran kediaman PR1MA adalah:
- Lampiran untuk Pendaftaran
Pekerja:
- Salinan kad pengenalan
- Slip gaji 1 bulan terkini
*Pemohon yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM2,500 hendaklah menyediakan penyata bank sebagai dokumen sokongan.
Bekerja Sendiri:
- Salinan kad pengenalan
- Penyata bank terkini
2. Maklumat Pekerjaan pemohon
- Nombor fail cukai pendapatan LHDN
- Nombor KWSP
- Nombor persaraan (hanya untuk pesara)
- Jumlah purata pendapatan kasar bulanan
- Maklumat pekerjaan pasangan (jika ada)
*Sekiranya anda tidak mempunyai nombor LHDN dan KWSP masukkan “TIADA”.
*Purata pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan . Ianya termasuklah upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain. Angka ini diperoleh apabila jumlah pendapatan selama 3 bulan terkini dibahagikan dengan 3
3. Maklumat Hartanah yang Dimiliki (jika ada)
- Alamat
- Saiz dan jenis
- Tarikh pembelian
Sebarang pertanyaan berkenaan kediaman PR1MA anda boleh hubungi :
- Pusat Panggilan (+603) 7628 9898
- Isnin hingga Ahad (9:00 pagi – 6:00 petang)
- E-mel: info@pr1ma.my
Walaupun program rumah PR1MA ini telah di perkenalkan sejak 2012. Namun masih ada lagi yang tidak tahu bagaimana cara untuk memohon dan apa sayarat kelayakan untuk memohon.
Oleh itu, anda boleh baca dan follow step by step cara mudah mohon rumah PR1MA tapi masih ramai tak tahu yang saya kongsikan ni.
Semoga perkongsian saya ini membantu anda memiliki rumah pertama yang selesa bersesuaian dengan pendapatan anda.
mcm mana nk isi borang permohonan?
Dalam artikel ni kami ada share cara untuk daftar rumah PR1MA.. nanti uan rujuk ye