Cara Mudah Untuk Memohon Rumah Selangorku
Cara Mudah Untuk Memohon Rumah Selangorku? Rupanya ramai yang layak memiliki rumah Selangorku tetapi kurang jelas cara untuk membuat permohonan.
Rumah Selangorku merupakan usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan setiap penduduk atau keluarga di Selangor mempunyai tempat tinggal yang baik,selesa dan selamat untuk didiami.
Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha untuk merealisasikan matlamat utama Dasar Perumahan Negeri Selangor iaitu.
“Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna”
Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu “Perumahan Mampu Milik” yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk dan faciliti kepada penghuninya.

Bermula 1 Januari 2014, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah memperkenalkan Dasar Perumahan Mampu Milik atau lebih dikenali sebagai “Rumah Selangorku” yang terdiri daripada 4 kategori rumah iaitu:
KATEGORI RUMAH SELANGORKU
1. Rumah Selangorku Jenis A
- Berkeluasan 700 kps
- Harga julan RM42,000
- Syarat kelayakan pendapatan RM3000 kebawah
2. Rumah Selangorku Jenis B
- Berkeluasan 750 kps
- Harga julan RM100,000 hingga RM250,000
- Syarat kelayakan pendapatan RM10, 000 kebawah
3. Rumah Selangorku Jenis C
- Berkeluasan 800 kps, 900kps atau 18’ x 60’
- Harga julan RM100,000 hingga RM250,000
- Syarat kelayakan pendapatan RM10, 000 kebawah
4. Rumah Selangorku Jenis D
- Berkeluasan 1,000 kps atau 20’ x 60’
- Harga julan RM100,000 hingga RM250,000
- Syarat kelayakan pendapatan RM10, 000 kebawah
Baca juga: PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (BSN MYHOME)
PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU

Pemohonan Rumah Selangorku boleh di buat secara online di laman web rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) http://lphs.selangor.gov.my
Setiap pemohon hanya boleh membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja. Sama ada rumah jenis A,B,C atau D.
SYARAT-SYARAT MEMOHON RUMAH SELANGORKU
- Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas layak untuk memohon.
- Pendapatan bagi pemohonan Rumah Selangorku untuk jenis A adalah RM3,000 kebawah.
- Pendapatan bagi pemohonan Rumah Selangorku untuk jenis B,C dan D adalah bermula RM3001 hingga RM10,000
- Setiap pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja
- Rumah tersebut merupakan rumah pertama yang ingin dimiliki.
- Pembelian rumah tersebut bagi tujuan untuk didiami dan bukan untuk disewakan
- Permohonan pindahmilik hanya boleh dilakukan selepas 5 tahun dari tempoh Perjanjian Jual-Beli .Tapi dengan syarat mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri.
- Tempoh sah laku bagi setiap permohonan Rumah Selangorku adalah selama 2 tahun.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Proses Pemohona Rumah Selangorku
- Salinan kad pengenalan pemohon dan juga pasangan
- Bagi pemohon berkahwi: Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan
- Bagi pemohon bujang: Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
- Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri
- Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja
- Penyata KWSP (jika ada)
- Salinan laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
Pemohonan Berjaya “Layak Ditawarkan Rumah Selangorku”
Sekiranya pemohonan anda berjaya, pemaju akan menghubungi anda melalui surat untuk memaklumkan status kelayakan.
Anda perlu mengemukakan dokumen sokongan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi tujuan semakan dan pengesahan sebelum surat tawaran Rumah Selangorku dikeluarkan.
Pemohonan Dalam Status “Senarai Menunggu”
Pemohonan yang masih lagi dalam status “Senarai Menunggu” merupakan pemohona yang masih dalam proses tertakluk kepada kreteria dan syarat kelayakan pemohon dan stok unit rumah yang ada.
Sekiranya dalam tempoh 2 tahun status pemohonan masih lagi “Senarai Menunggu”. Pemohon perlulah membuat pendaftaran baru sekiranya pemohon masih berminat dengan Rumah Selangorku.
CARA MEMOHON RUMAH SELANGORKU
Langkah 1: Layari laman web rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

Klik pada benner “Pendaftaran Rumah Selangorku”
Langkah 2 : Daftar Sistem Pendaftaran Pemohonan Hartanah Negeri Selangor

Sekiranya anda belum pernah log masuk sistem ini, klik “Daftar Baru”

Kemudian masukkan No Kad pengenalan dan klik “Semak”

Sekiranya rekod tidak di temuai. Anda perlu klik “Memohon” untuk teruskan proses pemohonan.

Sila masukkan maklumat anda untuk proses pendaftaran sistem LPHS. Kemudian Klik “Daftar”
Langkah 3: Log Masuk Sistem Pendaftaran Pemohonan Hartanah Negeri Selangor

Untuk Log Masuk sistem LPHS. Anda perlu masukkan “No Kad Pengenalan” dan “Katalaluan”. Kemudian klik “Masuk”

Seterusnya klik Sistem Pendaftaran Pemohonan Rumah Selangor “SPPRS”

Untuk membuat pemohonan Rumah Selangorku .Sila klik butang “Pemohonan” yang berada di bahagian atas sistem

Lengkapkan borang pemohonan sebelum membuat pengesan dan hantar pemohonan.
Semoga usaha Kerajaan Selangor untuk memastikan penduduk di Selangor mempunyai tempat tinggal yang selesa dan selamat ini tercapai. Saya harap pemohonan Cara Mudah Untuk Memohon Rumah Selangorku ini membantu.
Join Channel Telegram dengan update pantas!
I’m looking ppr house pm me
Boleh baca posting yg kami share sampai habis..Kami ada share cara nak apply