Daftar I-SARAAN KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri Dan Suri Rumah

0 16,959

Daftar I-SARAAN KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri Dan Suri Rumah? Ramai yang tidak didedahkan dengan i-saraan KWSP ini. Sebelum kita bercerita lebih panjang mengenai i-saraan ini, jom kita kenali serba sedikit.

i-Saraan ini merupakan salah satu program di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Lebih kepada tempat kita simpan wang untuk hari tua kita.

Lebih-lebih lagi kepada golongan yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap. Bukan hanya untuk yang bekerja sendiri, malah suri rumah juga boleh memohon untuk mencarum di i-saraan ini.

Ianya adalah untuk simpanan untuk kegunaan selepas persaraan kita nanti.

APA ITU i-SARAAN?

Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman.

Caruman secara sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

INSENTIF PERSARAAN (i-SARAAN)

Sebagai ahli di bawah insentif ini, kita akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksima sebanyak RM250/ setahun). Ianya berkuatkuasa 1 Januari 2018 ke atas caruman anda.

Bagaimanapun ianya tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman majikan. Dan sumbangan kerajaan ini adalah TERHAD kepada ahli yang berumur 55 tahun ke bawah.

Dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Perdana Menteri kita YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin ada memperkatakan tentang i-saraan ini dalam ucapannya.

Menurut beliau :

“ Kerajaan juga akan merangka dasar untuk menyokong pertumbuhan ekonomi gig dan kebajikan pekerja dalam sektor ini. Sebagai kerajaan yang prihatin terhadap keselamatan sosial dan kebajikan golongan ini, sebanyak RM75 juta akan diperuntukkan.. ”

Terdapat dua tapi saya kongsikan satu sahaja yang berkait rapat dengan i-saraan ini.

“   PERTAMA – Geran sejumlah RM50 juta dalam bentuk dana padanan akan diperuntukkan bagi platform ekonomi gig ntuk mencarum bagi pekerjanya di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO dan Skim i-Saraan KWSP

A screenshot of a social media post

Description automatically generated

BACA JUGA : Daftar Ibu Tunggal di JPW Dan Baca Apa Kelebihannya

APA FAEDAH i-SARAAN KWSP INI?

  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri, mereka yang tiada pendapatan tetap dan juga suri rumah
  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh buat pengeluaran
  • Menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan anda
  • Menerima insentif KHAS sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksima RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif KHAS ini diberikan dari tahun 2018 hingga 2022.
  • Bantuan Kematian : RM2500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP)

Seperti apa yang kita boleh difahami dengan mudah, i-Saraan ini seperti mana tempat simpanan wang dan memberikan kita dividen pada setiap tahun. Semakin banyak caruman kita, semakin banyak dividen yang kita perolehi.

Tetapi tidak semua orang LAYAK memohon untuk buat caruman dengan i-saraan KWSP ini. Siapakah yang boleh dan layak memohon? Apakah syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP dan perlu kita patuhi?

SYARAT -SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Orang yang bekerja sendiri
    • Mereka yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja
  • Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Mestilah berumur 55 tahun ke bawah
  • Telah membuat pilihan i-Saraan

PERINGATAN PENTING!

** Suri Rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada suatu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri ( i-Suri), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan. Walau bagaimanapun ianyan adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.

Untuk membuat caruman ini, boleh dibuat melalui beberapa kaedah.

  • Perbankan Internet
  • Kaunter Ejen Bank (Tunai / Cek)
  • Kaunter Ejen Bank (Tunai / Cek)
  • Bank Pihak Ketiga
  • Kaunter KWSP

  1. Perbankan Internet (Pemindahan wang secara elektronik)
    1. Maybank
    1. Public Bank
    1. RHB Bank
    1. Bank Muamalat
    1. CIMB Bank
  2. Kaunter Ejen Bank (Tunai / Cek)
    1. BSN
    1. Maybank
    1. Public Bank
    1. RHB Bank
  3. Kaunter Ejen Bank (Tunai / Cek)
    1. Ejen Bank (EB) BSN
  4. Bank Pihak Ketiga
    1. Agen BSN
      1. Boleh klik di sini untuk ejen berdekatan anda >> AGEN BSN
  5. Kaunter KWSP
    1. Tunai (maksimum RM500 / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Untuk bayaran pula, tiada minima pembayaran yang dihadkan. Akan tetapi boleh buat pembayaran RM60,000 dalam setahun untuk semua caruman sukarela.

  • Caruman Pilihan Sendiri
  • I-Saraan
  • I-Suri
  • Caruman Simpanan Tamabahan

(Berkuatkuasa Januari 2013)

LANGKAH DEMI LANGKAH PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN CARUMAN i-SARAAN KWSP

Terdapat dua kaedah untuk membuat pembayaran caruman untuk i-saraan ini. Melalui atas talian dan juga manual.

Bagi atas talian, boleh buat bayaran terus melalui perbankan internet di bank-bank yang saya sertakan di atas.

Sekiranya kita sudah membuat pendaftaran pertama kali di kaunter, boleh ikuti Langkah ini untuk pembayaran atas talian.

STEP 1 – Masuk ke perbankan online anda. Saya gunakan maybank.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

STEP 2 – Klik Bahagian Pay and Transfer.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

STEP 3 – Pilih EPF untuk pembayaran

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

STEP 4 – Di bahagian EPF Account Type, pilih i-Saraan. i-Suri Contribution.

STEP 5– Masukkan berapa jumlah yang ingin dicarum, nombor kad pengenalan dan butiran lengkap seperti yang diminta.

PEMBAYARAN SECARA MANUAL

Untuk pembayaran secara manual pula, boleh ikuti Langkah- Langkah di bawah :

STEP 1 – Muat turun borang permohonan 16G (M). Borang ini hanya perlu diisi sekali sahaja. Iaitu pada pendaftaran kali pertama.

A screenshot of a computer

Description automatically generated

STEP 2 – Muat turun borang permohonan 6A (2). Borang permohonan ini diisi setiap kali kita nak buat pembayaran caruman.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

STEP 3 – Serahkan dua borang ini ke Pejabat KWSP yang terdekat dengan Kawasan anda. Bawakan bersama :

  • MyKad
  • Wang Tunai atau Cek

Jadi, selesai sudah pendafatran kita setelah hantar borang-borang dan dokumen di kaunter KWSP. Terdapat cop jari yang diperlukan nanti.

RASIONAL PROGRAM I-SARAAN

Pasti ada yang terfikir apakah rasionalnya program i-Saraan ini. Sudah pasti banyak rasionalnya.

  • Sediakan saluran untuk golongan yang kerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk menabung bagi tujuan persaraan
  • Tingkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
  • Zahirkan keprihatinan kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka
  • Kurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada program JKM.

Siapa pula yang terdiri daripada golongan mereka yang bekerja sendiri

  1. Petani / nelayan/ pemandu teksi
  2. Peniaga kecil/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
  3. Pengasuh bayi
  4. Ejen menerima komisen (ejen insurans, hartanah)
  5. Freelancer seperti penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding, pakar motivasi.
  6. Pemilik perniagaan (pemilikan tunggal / rakan kongsi) yang membeli dan menjual barang atau perkhidmatan
  7. Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
  8. Pemilik praktis sendiri ( akauntan, doktor atau peguam)
  9. Suri rumah
  10. Pekerja berpencen

Kesimpulannya, program i-Saraan ini adalah salah satu inisiatif Kerajaan dalam membantu golongan yang bekerja sendiri dan berpendapatan tidak tetapi untuk mencarum melalui i-saraan ini.

Kepada yang belum lagi mendaftar, boleh lah daftar i-saraan kwsp bagi yang bekerja sendiri dan suri rumah ini sekarang.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.