Daftar Ibu Tunggal di JPW Dan Baca Apa Kelebihannya

0 29,189

Daftar Ibu Tunggal di JPW dan Baca Apa Kelebihannya – Seperti yang kita sedia maklum, golongan ibu tunggal adalah golongan yang wajib diambil berat.

Tidak boleh dipandang enteng kerana golongan ini juga turut perlu dibela kebajikannya sebagaimana golongan-golongan yang lain.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri kita YAB Tan Sri Dato Muhyiddin bin Mohd Yassin memperuntukkan dana KHAS buat golongan Ibu Tunggal dan OKU yang berdaftar.

Melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Perdana Menteri berkata bahawa peruntukan ini akan disalurkan kepada dua golongan ini.

Walaubagaimanapun, kedua-dua golongan ini haruslah berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Hal ini kerana data yang diperolehi oleh pihak Kerajaan melalui JKM ini akan diambil kira untuk dana ni.

“SEBANYAK RM300 UNTUK MENGURANGKAN BEBAN”

Menurut YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin dalam ucapan beliau :

“ Kerajaan juga sentiasa mengambil berat akan kebajikan dan kesejahteraan kumpulan sasar seperti OKU dan Ibu Tunggal. Sehubungan itu, lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan one -off sebanyak RM300 mengurangkan beban mereka.”

Menurut beliau menerusi ucapan tersebut :

“ bayaran ini inshaAllah akan disalurkan sebelum Hari Raya AidilAadha. Kerajaan juga akan memperuntukkan geran kepada pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan.”

Saat mendengar ucapan Perdana Menteri  kita ini, sudah pasti ramai Ibu Tunggal dan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) terharu dan mengucapkan rasa syukur.

Bantuan demi bantuan yang diberikan oleh pihak Kerajaan sewaktu musim pendemik ini. Seolah memahami masalah rakyat yang kini susah untuk mendapatkan mata pencarian.

Walaupun begitu, kita sebagai rakyat haruslah memahami keadaan ekonomi Negara kita.

Bukan hanya menjadi rakyat yang menerima bantuan daripada Kerajaan, bahkan kita juga mestilah membantu semula meningkatkan ekonomi Negara Malaysia.

Untuk tersenarai dalam golongan Ibu Tunggal dan OKU berdaftar ini, kita perlu membuat pendaftaran di bawah Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dan Jabatan pembangunan Wanita (JPW).

Saya yakin, ramai yang tidak tahu dan tidak cakna perlunya kita untuk membuat pendaftaran kepada JKM atau JPW ini SEKIRANYA sudah bergelar ibu tunggal.

LANGKAH -LANGKAH PENDAFTARAN IBU TUNGGAL DI JPW, i-WANITA

PERHATIAN PENTING!
Untuk pendaftaran wang RM300 yang diwar2kan oleh Perdana Menteri baru-baru ini untuk ibu tunggal tu, BORANG PENDAFTARAN BELUM LAGI DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN.

Di bawah ini, saya kongsikan bagaimana langkah demi langkah untuk membuat pendaftaran ibu tunggal secara atas talian dan manual di JPW, i-wanita.

Banyak sebenarnya kelebihan-kelebihan yang boleh diperolehi oleh golongan ini sekiranya mendaftar di bawah jabatan kerajaan ini. Oleh itu, kepada yang belum buat pendaftaran, ikuti langkah di bawah ini okay!

Terdapat dua cara untuk kita membuat pendaftaran. Bagi OKU, pendaftaran dibuat di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagi Ibu Tunggal pula didaftarkan di bawah satu lagi agensi iaitu Jabatan Pembangunan Wanita melalui i-wanita

STEP 1 – layari laman sesawang –> (IBU TUNGGAL JPW)

Bagi Pendaftaran JPW ada dua kaedah yang boleh digunakan untuk buat pendaftaran. Melalui atas talian (online) atau manual.

Permohonan secara manual, pendaftaran boleh dilakukan di :

  • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) yang terdekat,
  • Biro Wanita Sarawak (BWS).
  • Bagi Negeri Sabah, boleh ke Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah.

Untuk atas talian, Pihak Jabatan Pembangunan Wanita mengeluarkan kenyataan rasmi di facebook milik mereka. Bahawa borang atas talian akan dibuka tidak lama lagi.

Hal ini bermaksud, untuk mendapat inisiatif RM300 dari Kerajaan melalui PENJANA itu, perlulah dimohon dengan kadar segera (selepas borang online dibuka).

Akan tetapi, laman ini agak susah dibuka buat masa ini. Saya percaya kerana trafik yang terlalu tinggi masuk ke sana untuk pendaftaran.

LANGKAH DEMI LANGKAH PENDAFTARAN ONLINE DI i-WANITA (JPW)

STEP 2 – Layari laman web –> i-WANITA

STEP 3 – Pilih Pendaftaran Individu seperti dalam bulatan di atas.

STEP 4 – Isi detail yang diperlukan dengan tepat. Hanya 1 kad pengenalan sahaja dibenarkan untuk membuat pendaftaran. Sekiranya sudah daftar sebelum ini dan lupa kata laluan. pilih butang lupa kata laluan

STEP 5 – Selepas selesai isi borang pendaftaran secara online, boleh klik butang DAFTAR yang berwarna hijau.

STEP 6 – Kemudian, sekiranya sudah comfirm semuanya, teruskan dengan tekan butang KEMUDIAN dan cek email anda untuk pengesahan.

Untuk lebih mudah, rujuk cara daftar di i-wanita ini dengan lebih terperinci di sini.

>> PANDUAN DAFTAR SECARA ONLINE

Haa, so dah siap pendaftaran kita dekat JPW, i-wanita. Ada juga berita yang kami terima, sekiranya ibu tunggal yang sudah mendaftar di JKM sebelum ini pun, perlu mendaftar semula di JPW.

Selain boleh menunggu borang pendaftaran JPW di laman web rasmi mereka, boleh juga menanti berita tersebut di laman rasmi Facebook mereka di sini.

Mana tau ada berita rasmi lagi dari mereka. Jangan lupa LIKE sekali ye. 🙂

>> FACEBOOK RASMI JPW

Tetapi, terdapat banyak kelebihan lain yang dapat diperolehi sekiranya kita berdaftar di bawah jabatan-jabatan under Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat ini.

Jadi, kita masih lagi berpeluang untuk mendapat inisiatif dari Kearajaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) ini. Ianya akan disampaikan sebelum AidilAdha nanti.

Antara kelebihannya, golongan Ibu Tunggal ini boleh buat permohonan 7 jenis bantuan ini.

BACA JUGA: Permohonan Bantuan Skim BaitulMal Yang Ramai Tak Tahu

7 BANTUAN YANG BOLEH DIMOHON OLEH IBU TUNGGAL

Terdapat banyak kelebihan yang disediakan untuk mereka yang berdaftar di bawah JPW ini. Terutama sekali untuk golongan yang kurang bernasib baik.

Ada 7 bantuan yang boleh dimohon oleh ibu tunggal. Dan bantuan tersebut ialah :

  1. BANTUAN KANAK-KANAK (BKK) – Ibu Tunggal yang mempunyai anak
  • KADAR BANTUAN
    • Minima – RM100 sebulan bagi seorang anak
    • Maksima – RM450 sebulan bagi keluarga yang melebihi 4 orang anak
  • TUJUAN
    • Membantu kanak-kanak miskin dan berkeperluan supaya dapat terus tinggal bersama keluarga mereka untuk menikmati kasih sayang. Juga perhatian dan penjagaan sewajarnya.
    • Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat supaya daoat berdikari dan terus menjaga anak-aank dengan sempurna.
  • KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
    • Keluarga / penjaga yang merupakan penjaga kanak-kanak terbabit
    • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa.
    • Kanak-kanak yang diperlihara mestilah berumur 18 tahun ke bawah. 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.
    • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
  • TEMPOH PENERIMAAN
    • 12 bulan atau 1 tahun

2. BANTUAN ANAK PELIHARA (BAP)

  • KADAR  BANTUAN
    • Minima RM250 sebulan seorang
    • Maksima RM500 jika lebih 2 anak
  • TUJUAN
    • Menggalakkan kanak-kanak terus tinggal dalam masyarakat dan tidak tinggal di institusi kebajikan
    • Mengiktiraf peranan dan tanggungjawab keluarga ganti (keluarga angkat). Terhadap kanak-kanak ini dalam penjagaan mereka.
  • KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
    • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibubapa
    • Tinggal bersama keluarga ganti
    • Dijaga oleh keluarga / penjaga yang TIADA pertalian darah
    • Diambil sebagai anak angkat bawah akta Pengangkatan 1952 @ akta Pedaftaran dan pengangkatan 1952
    • Diambil oleh program Anak Pelihara kendalian JKM
    • Had pendapatan keluarga pelihara ditetapkan

3. BANTUAN AM (Bagi Wilayah Persekutuan dan Labuan)

  • KADAR
    • RM80/ seorang – RM350/ sekeluarga
  • TUJUAN
    • Memberi bantuan kepada kumpulan sasar Jabatan yang tidak berkemampuan untuk meringankan. Terutama dari segi beban kewangan buat sementara waktu atau sehingga suatu jangka masa mereka dapat berdikari.
  • SYARAT UTAMA
    • Pendapatan bulanan di bawah PGK Semasa
    • Keluarga yang bekeperluan dan tidak berkemampuan

4. BANTUAN AM NEGERI

  • KADAR
    • Berbeza mengikut negeri masing-masing
  • PEMOHON
    • Bergantung kepada negeri masing-masing
    • Bantuan dipertimbangkan kepada keluarga miskin yang memerlukan
  • TEMPOH
    • 12 bulan

5. BANTUAN LATIHAN APERANTIS (BPA)

  • KADAR
    • RM200 sebulan seorang
  • TUJUAN
    • Membantu belia/ beliawanis terutama anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan, mengaggur atau terdedah dari masalah sosial.
    • supaya dapat latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja

6- BANTUAN PENJAGA OKU TERLANTAR / PESAKIT KRONIK TERLANTAR (BPT)

  • KADAR
    • RM300 sebulan seorang
  • TUJUAN
    • Membantu meringakan bebanan perbelanjaan penjagaan yang dihadapi oleh panjaga
    • MEnggalakkan penjagaan lebih sempirna kepada kumpulan sasar OKU dan Oesakit kronik terlantar
  • SYARAT
    • Warganegara Malaysia
    • Menjaga orang sakit terlantar / OKU sepenuh masa
    • Pendapatan isi rumah tidak lebih dari RM3000
    • Keluarga yang berkeperluan tetapi tidak berkemampuan.

7- GERAN PELANCARAN (GP)

  • KADAR
    • maksima RM2700 sekaligus
  • TUJUAN
    • Mempertingkatkan kesejahteraan keluarga memberi bantuan kewangan kepada mereka yang ada potensi memajukan diri
    • baik dari bidang perusahaan atau perniagaan kecil
    • Memberi galakan penerima JKM untuk berdikari dan tingkatkan taraf hidup
  • SYARAT
    • Penerima bantuan bulanan atau ahli keluarganya
    • OKU yang sedang mendapat perkhidamatan dari jabatan
    • Bekas pelatih dari Institusi kebajikan
    • Kes-kes seliaan akhlak

Untuk baca dengan lebih detail jenis bantuan ini boleh baca di sini. >> BANTUAN JPW

Kesimpulannya, bagi Ibu Tunggal yang baru sahaja kehilangan tempat bergantung, kita jangan terus putus asa. Jangan terus rasa rendah diri.

Kerana terdapat banyak bantuan yang kita boleh perolehi untuk meneruskan kehidupan kita. InsyaAllah.

Daftar Ibu Tunggal di JPW dan baca apa kelebihannya – Terus buat pendaftaran segera supaya tidak terlepas menikmati bantuan dan peruntukan yang diberikan kerajaan kepada kita.

Kepada yang membuat pendaftaran Ibu Tunggal ini, kami doakan supaya permohonan diluluskan dan mudah untuk sebarang urusan di kemudian hari.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.